omniture

Xinhua Silk Road: Hongqi perkenal model baharu E115 di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-28 14:39 509

GUANGZHOU, China, 28 November 2019 /PRNewswire/ -- Hongqi, jenama di bawah pembuat auto yang terkemuka di China FAW Group, memperkenalkan model baharunya Hongqi E115, di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou kali ke-17 di Guangzhou pada 22 November.

Hongqi E115 diperkenalkan di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-17
Hongqi E115 diperkenalkan di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-17

Hongqi E115 ialah SUV elektrik 100-peratus pintar khusus bersaiz-penuh yang pertama dibina oleh Hongqi, yang menandakan pencapaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) terkini oleh syarikat dalam teknologi kenderaan tenaga baharu (NEV) dan kenderaan terhubung pintar (ICV).

Selepas Hongqi E-HS3, model baharu tersebut sekali lagi menunjukkan penerokaan berterusan oleh pembuat auto berkenaan dalam bidang tenaga baharu. Menerusi reka bentuk inovatifnya, ia akan meningkatkan kevitalan imej jenama Hongqi.

Sejumlah tiga belas buah kenderaan daripada tujuh model di bawah jenama Hongqi dipamerkan di pameran auto ini, termasuk Hongqi E115, Hongqi HS7 dan Hongqi HS5.

Dalam dua tahun yang lalu, di bawah bimbingan strategi jenama baharu, Hongqi telah mencapai keputusan luar biasa dalam banyak aspek seperti pembinaan jenama dan pembangunan produk.

Pada tahun 2019, syarikat ini telah menarik perhatian dari serata dunia. Bermula dengan Pameran Elektronik Pengguna (CES) tahun ini, yang mana Hongqi mengambil bahagian buat julung kalinya, kepada Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai, Pameran Motor Antarabangsa (IAA) 2019 yang diadakan di Frankfurt dan juga Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou, Hongqi menyebarkan pengaruhnya secara beransur-ansur kepada dunia, mengambil langkah-langkah kukuh dalam perjalanannya menuju pengantarabangsaan.

Pada masa depan, dengan penambahbaikan berterusan terhadap susun atur produknya, Hongqi dijangka akan dipacu oleh inovasi bagi mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi dalam ekologi perjalanan dan menyediakan penyelesaian yang lebih banyak dan lebih baik buat penggunanya.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309631.html?from=singlemessage

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191127/2655403-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Transportation Trade show news