omniture

Xinhua Silk Road: Pembuat kereta JAC lancar kereta sport sedan terbaik di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-17

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-28 16:20 557

GUANGZHOU, China, 28 November 2019 /PRNewswire/ -- Pembuat kereta China, Jianghuai Automobile Group Corp., Ltd (JAC) telah melancarkan kereta sedan sport unggulannya Jiayue A5 pada Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-17 baru-baru ini, di ibu negeri China selatan, Wilayah Guangdong.

Jiayue A5 dipamerkan di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-17
Jiayue A5 dipamerkan di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-17

Telah dikatakan yang kereta penumpang JAC telah melakarkan sebuah pengembaraan baharu dengan era 3.0 yang dikuasakan oleh teknologi, kualiti dan jenama dengan menggabungkan teknologi terasnya serta sumber global dalam pembangunannya 55 tahun lepas, ujar Huai Zili, pengarah projek Jiayue A5 memberitahu wartawan Xinhua di JAC.

Pelancaran Jiayue A5 menandakan sebuah usaha baharu JAC dengan makna yang penting, sementara rekaan model menggabungkan sumber global, justeru memadankan estetika global dan menunjukkan kualiti kelas dunia.

Jiayue A5 telah direka oleh Daniel, ketua pereka di pusat rekaan JAC di Itali, bersama-sama pasukan rekaan tempat asalnya. Model baharu ini didatangkan dengan sebuah siri yang ulung dalam aspek struktur, gaya dan teras lainnya, seperti rekaan pintu but berbentuk sedan sport, lampu depan LED dan liang silinder berganda.

Menurut Huai Zili, Jiayue A5 juga direka bentuk dengan melihat pada penanda aras piawaian kereta antarabangsa. Sebagai contoh, JAC telah memperkenalkan sistem pengurusan kualiti VDA Jerman, melabur 200 juta yuan dalam menaik taraf barisan pengeluarannya, dan melatih pasukan pengurusan yang berkualiti seramai 50 ahli di pusat latihan Volkswagen.

Sebelum pelancaran Jiayue A5, penyiasatan dan pameran telah dilaksanakan di beberapa negara asing dan ia diterima baik khususnya dalam kalangan pelanggan di Mexico. Selepas itu, Jiayue A5 akan mengembangkan sayapnya ke pasaran lain di seluruh dunia, tambah Huai lagi.

Huai juga mendedahkan bahawa JAC akan bergantung kepada teknologi terasnya untuk mendalami lagi inovasi dalam semua aspek dan ia akan melancarkan lebih banyak produk berkualiti dalam bidang MPV, SUV, sedan dan kenderaan tenaga baharu (NEV) serta berusaha untuk menawarkan penyelesaian pengangkutan terbaik dan pengalaman memandu bagi pelanggan global.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309628.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191127/2655408-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Transportation Trade show news