omniture

Pengesahan WIFI pintar dan Platform Pengesahan Berbilang Faktor Pintar dilancar oleh AirCUVE

AirCUVE
2019-11-29 08:00 423

SEOUL, Korea Selatan, 29 November 2019 /PRNewswire/ -- AirCUVE membekalkan penyelesaian pengesahan identiti yang mantap kepada pasaran global bagi menghindari isu insiden keselamatan.

AirCUVE yang terkenal dengan produk penyelesaian bagi pengesahan wayarles WIFI pintar dan mantap telah berkhidmat dalam menyediakan penyelesaian khusus bagi pengesahan akses rangkaian kepada pasaran global selama 17 tahun yang lalu. AirCUVE AirFRONT merupakan penyelesaian yang menyediakan keselamatan dengan pengesahan wayarles. Penyelesaian ini telah dibekalkan kepada pasaran global termasuklah sektor awam, tentera, kewangan, korporat, pendidikan, telekomunikasi dan industri lain. Pengenalpastian pengguna dengan selamat bukan lagi pilihan untuk kebanyakan, AirFRONT menyediakan penyelesaian pengesahan yang mudah namun kukuh.

AirCUVE tidak lama lagi akan melancarkan produk SaaS yang menggabungkan penyelesaian pengesahan keselamatan berwayar/wayarles berserta fungsi keselamatan IoT. Memandangkan pasaran IoT yang dijangkakan berkembang, AirCUVE memfokuskan dalam menyediakan perkhidmatan penyelesaian ini. Kebanyakan kes penggodaman IoT berlaku bukan kerana kelemahan produk itu sendiri tetapi penggodaman berlaku berikutan kelemahan sambungan rangkaian terbuka yang membawa kepada insiden keselamatan. Pelbagai pengguna seperti pekerja, pelawat dan subkontraktor serta pelbagai bentuk persekitaran kerja seperti jabatan yang menguruskan maklumat sensitif dan pengurus IT/pelayan perlu mempunyai polisi pecah bahagi yang melindungi maklumat antara pejabat secara secukupnya.

AirCUVE V-FRONT merupakan Alat Pengesahan Berbilang Faktor (MFA) yang mantap. Ia  menyediakan kaedah pengesahan yang pelbagai dan mudah. Ia memberikan sokongan pada perniagaan dengan menggunakan token pengesahan yang mencukupi, menggunakan SMS, e-mel, OTP mudah alih, token HW (jenis kad), kod QR, pemberitahuan tolak dalam aplikasi, YubiKey dan cap jari. Penyelesaian ini menyediakan persekitaran yang lebih baik bagi pengguna dalam menguruskan maklumat peribadi dan pengesahan.

AirCUVE, sebuah syarikat yang khusus dalam pembangunan perisian pengesahan, telah mempunyai beribu-ribu rujukan lebih dari 17 tahun dan penyelesaian inovatif ini telah digunakan oleh bank-bank (Bank DBP), syarikat telekomunikasi (Eastern Telecon) dan syarikat penerbangan (Philippine Air Line) di seluruh Asia Tenggara, China, Jepun dan AS. Permintaan bagi produk pengesahan AirCUVE yang pelbagai semakin meningkat saban tahun.

Pengurus Besar bahagian luar negara dan Naib Presiden Eksekutif AirCUVE, GS AHN, telah menekankan perkara berikut: "Memandangkan pelaksanaan dalam perlindungan maklumat peribadi telah diperketatkan di seluruh dunia, kita melihat betapa pentingnya pengesahan akses rangkaian dalam agensi-agensi kerajaan, syarikat korporat, sektor pendidikan dan institusi penyelidikan. AirCUVE bersedia untuk menjadi pemain utama dalam bidang akses WIFI dan  pengesahan berbilang faktor serta merancang secara agresif dalam mengembangkan perniagaannya ke pasaran Timur Tengah, Asia Tenggara dan Jepun."

Source: AirCUVE
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Mobile Entertainment Telecommunications