![]() |
![]() |
REUS, Sepanyol, 29 November 2019 /PRNewswire/ -- Satu kajian yang dibiayai oleh INC baru-baru ini, diterbitkan dalam Molecular Nutrition & Food Research[1], menunjukkan bahawa pengambilan kekacang yang tinggi boleh membantu warga tua daripada kemerosotan kognitif.
Sepasukan penyelidik mengkaji sama ada diet tinggi kekacang boleh membantu melindungi daripada kemerosotan kognitif berkaitan umur sepanjang tempoh tiga tahun.
Sejumlah 119 peserta berumur 65 tahun ke atas yang mengalami demensia dipilih daripada kohort InCHIANTI, kajian berasaskan populasi berperwakilan terhadap penduduk warga tua Chianti, Itali. Peserta-peserta dipilih berdasarkan pengambilan kekacang oleh mereka: pengguna tidak memakan kekacang dan pengguna yang kerap memakan kekacang (≥2.9 g/hari).
Pendedahan terhadap kekacang diukur pada awal kajian dengan borang soal selidik kekerapan makanan yang disahkan atau dengan alatan analitik untuk pencirian sebatian fenolik. Selain itu, kemerosotan kognitif diukur menggunakan ujian Mini-Mental State Examination.
Penyelidik mendapati bahawa, daripada 119 subjek, 38 peserta mengalami kemerosotan kognitif, 28 daripada kumpulan pengguna tidak memakan kekacang dan 10 daripada kumpulan pengguna yang memakan kekacang. Pengambilan kekacang dianggarkan sama ada oleh penanda diet atau menerusi model penanda urin dalam kedua-dua keadaan yang dikaitkan dengan kemerosotan kognitif yang lebih rendah.
"Penggunaan panel metabolit memberi maklumat yang tepat dan saling melengkapi tentang pendedahan terhadap kekacang dan mengukuhkan lagi keputusan yang diperoleh menggunakan maklumat diet," ujar Prof. Andrés-Lacueva, ICREA Academia di University of Barcelona, Ketua kumpulan CIBERFES on Frailty and Healthy Aging dan penyelidik utama kajian.
Kajian ini disokong oleh INC.
Latar Belakang International Nut & Dried Fruit Council
INC ialah pertubuhan naungan antarabangsa untuk industri kekacang dan buah-buahan kering. Ahli-ahlinya melibatkan lebih 800 syarikat dalam sektor kekacang dan buah-buahan kering dari lebih 80 negara. Keahlian INC mewakili lebih 85% daripada nilai "pagar ladang" komersial dunia bagi perdagangan dalam kekacang dan buah-buahan kering. Misi INC adalah untuk merangsang dan memudahkan pertumbuhan mampan dalam industri kekacang dan buah-buahan kering global. Ia merupakan pertubuhan antarabangsa yang terkemuka bagi kesihatan, pemakanan, statistik, keselamatan makanan serta piawaian dan peraturan antarabangsa berhubung kekacang dan buah-buahan kering.
[1] Rabassa, M., Zamora-Ros, R., Palau-Rodriguez, M., Tulipani, S., Miñarro, A., Bandinelli, S., … Andres-Lacueva, C. (2019). Habitual Nut Exposure, Assessed by Dietary and Multiple Urinary Metabolomic Markers, and Cognitive Decline in Older Adults: The InCHIANTI Study. Molecular Nutrition & Food Research, e1900532.
Hubungan akhbar: e-mel press@nutfruit.org dan telefon +34-977-331-416.