omniture

Xinhua Silk Road: Tiggo 7 SUV Konsep Baharu Chery Dilancar Buat Kali Pertama di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou

Xinhua Silk Road Information Service
2019-12-02 13:39 487

BEIJING, 2 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat pembuat kereta dari China, Chery telah mengeluarkan Tiggo 7, sebuah SUV berkonsep baharu yang dilancarkan di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou yang ke-17 pada 22 November.

Kemunculan sulung SUV konsep baharu Chery, Tingo 7, di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-17
Kemunculan sulung SUV konsep baharu Chery, Tingo 7, di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-17

Dengan kemasan warna biru gelap (midnight blue), SUV baharu yang berkonsepkan pengeluaran besar-besaran ini mewakili evolusi konsep rekaan Chery yang digelarkan Life in Motion 3.0, yang bukan sahaja menggabungkan gaya timur dan barat, tetapi juga seiring dengan rekaan global yang moden.

Model SUV baru ini dilengkapi dengan gabungan kuasa 1.6TGDI+7DCT, iaitu enjin 1.6TGDI pertama dengan hak harta intelektual bebas untuk sebuah jenama China.

Sementara itu, Chery mempamerkan lapan model lagi di bawah dua keluaran pentingnya ke atas pentas, didahului dengan Tiggo8 dan Ariza GX generasi baharu.

Pembuat kereta ini juga menunjukkan tiga produk yang mewakili pencapaian teknologi terbaharu mereka, termasuklah sistem transmisi boleh ubah berterusan CVT25, transmisi hibrid DHT dan enjin suntikan terus silinder berkuasa turbo generasi ketiga ACTECO 1.6TGDI, yang baru-baru ini memenangi gelaran "hati China" sebagai sepuluh enjin terbaik pada tahun ini.

Pada sidang akhbar, Gu Chunshan, pengarah pusat teknologi set kuasa Chery, mendedahkan bahawa pada masa depan, Chery akan memperkenalkan tiga penyelesaian kuasa, 1.5t tambahan hibrid lembut 48V, enjin 2.0TGDI generasi baharu dan sebuah versi hibrid 1.5TGDI serta sistem kotak gear hibrid DHT.

Sejak Januari hingga Oktober 2019, Chery telah menjual 577,000 buah kenderaan, yang mana jualan model yang dikembangkan sendiri meningkat 6.7 peratus daripada tahun sebelumnya. Pada bulan Oktober, jualan Tiggo8 mencecah 13,152 unit, dengan perkembangan sebulan sebanyak 10.6 peratus dan perkembangan setahun sebanyak 80.2 peratus.

Lihat pautan asli: https://en.imsilkroad.com/p/309646.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191128/2656500-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news