![]() |
WINNIPEG, Manitoba, 4 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Buat julung kalinya sejak ia membuka pintunya 43 tahun yang lalu, kemudahan Winnipeg Royal Canadian Mint telah mengeluarkan syiling numismatik emas tulen dan perak halus. Syiling boleh kumpul yang istimewa ini merupakan produk daripada gabungan kepakaran yang unik antara kakitangan Winnipeg dan Ottawa yang berganding bahu untuk memberi penghormatan "buatan Manitoba" kepada syiling bulion Daun Mapel yang terkenal di dunia daripada Mint.
Pelanggan kini boleh memperoleh Syiling Perak Halus $5 2020 – Silver Maple Leaf dan Syiling Emas Tulen $50 2020 – Gold Maple Leaf dengan tanda kilang wang 'W' mulai hari ini. Menampilkan daun Mapel Gula rekaan Walter Ott yang ikonik pada bahagian belakangnya dan kemasan bergilap yang memberikannya penampilan matt yang luar biasa, syiling bertarikh tahun 2020 ini terhad kepada tempaan 10,000 unit untuk edisi perak dan 400 unit untuk emas.
Syiling-syiling lain yang disediakan dalam tawaran numismatik akhir Mint tahun ini termasuk:
Tempaan, harga dan maklumat latar belakang penuh setiap produk boleh didapati di tab "Shop" www.mint.ca. Imej duit syiling boleh dilihat di sini.
Semua produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau di laman sesawang Mint. Syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, serta melalui jaringan peniaga dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.
Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab untuk penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah satu kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, kunjungi www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.
Untuk maklumat lanjut:
Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 884-6370, reeves@mint.ca
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1039202/Royal_Canadian_Mint_Logo.jpg