omniture

Kajian Antarabangsa Terkini Tunjukkan Pembedahan Estetik Terus Meningkat Seluruh Dunia

International Society of Aesthetic Plastic Surgery (ISAPS)
2019-12-04 23:06 119

Jumlah prosedur pembedahan dan tanpa pembedahan meningkat sebanyak 5.4% pada tahun 2018 

HANOVER, New Hampshire, 4 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS) mengeluarkan keputusan Tinjauan Prosedur Estetik/Kosmetik Antarabangsa tahunan mereka hari ini, yang menunjukkan peningkatan keseluruhan sebanyak 5.4% dalam prosedur kosmetik disempurnakan pada tahun 2018.

Sorotan Penting daripada Tinjauan Global 2018 

Rawatan tidak invasif, seperti pengisi, meningkat sebanyak 10.4%, jauh lebih banyak daripada pembedahan estetik, yang menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 0.6%.

Augmentasi Payudara dengan implan meningkat ke tempat pertama antara pembedahan yang paling kerap dilakukan. Ini mewakili pertumbuhan saiz sebanyak 6.1% berbanding tahun lalu dan 27.6% berbanding tahun 2014.

Peningkatan terbesar dalam prosedur pembedahan ialah Liposuction dan Abdominoplasty, kedua-duanya dengan peningkatan sebanyak lebih 9% berbanding tahun lalu.

Rawatan Toksin Botulinum meningkat paling banyak dari tahun 2017 dengan peningkatan sebanyak 17.4%, diikuti dengan rawatan pengisi Asia Hialuronik sebanyak 11.6%.

Senarai Kedudukan 10 Negara Teratas untuk Prosedur Kosmetik

Dua negara teratas (AS dan Brazil) menyumbang sebanyak 28.4% bagi jumlah prosedur estetik yang dijalankan di seluruh dunia, diikuti dengan baki lapan negara (Mexico, Jerman, India, Itali, Argentina, Colombia, Australia dan Thailand). Brazil mendaki ke tempat pertama di dunia untuk prosedur pembedahan estetik, manakala AS menerajui dunia bagi prosedur tanpa pembedahan.

Negara 

Jumlah Prosedur
Pembedahan
 

Jumlah Prosedur
Tanpa Pembedahan

Jumlah
Prosedur

Peratus bagi Jumlah
Prosedur
Seluruh Dunia
 

AS

1,492,383

2,869,485

4,361,867

18.7%

Brazil

1,498,327

769,078

2,267,405

9.7%

Mexico

518,046

525,200

1,043,247

4.5%

Jerman

385,906

536,150

922,056

4.0%

India

390,793

505,103

895,896

3.9%

Itali

311,456

542,752

854,208

3.7%

Argentina

280,555

328,405

608,960

2.6%

Colombia

273,316

135,473

408,789

1.8%

Australia

102,404

100,238

202,642

0.9%

Thailand

105,105

35,018

140,123

0.6%

Perbezaan Gender 

Wanita terus menjalani lebih banyak prosedur kosmetik berbanding lelaki, menyumbang sebanyak 87.4%, atau 20,330,465 prosedur. Lelaki menyumbang sebanyak 12.6% daripada kesemua prosedur pada tahun 2018, atau 2,935,909 prosedur.

Prosedur pembedahan dan tanpa pembedahan yang paling popular untuk wanita masing-masing ialah Augmentasi Payudara dengan 1,841,098 prosedur dan Toksin Botulinum dengan 5,344,764 prosedur. Prosedur pembedahan dan tanpa pembedahan yang paling popular untuk lelaki masing-masing ialah Ginekomastia dengan 269,720 prosedur dan Toksin Botulinum dengan 752,752 prosedur.

Dr. Dirk Richter, Presiden ISAPS mengulas: "Menarik apabila melihat betapa pantas pasaran mengubah dunia. Semakin banyak rawatan dijalankan dengan keinvasifan minimum, sebagaimana yang ditunjukkan oleh angka-angka tersebut."

Walau bagaimanapun, beliau dengan jelas memberi amaran terhadap rawatan pengisi oleh mereka yang bukan doktor atau doktor tidak terlatih lantaran peningkatan komplikasi yang diperhatikan di seluruh dunia.

"Walaupun implan payudara merupakan topik berulang dalam media, ini merupakan bidang dengan pertumbuhan terbesar di dunia dan pesakit mengakui banyak manfaatnya. Kami sekali lagi menyaksikan bilangan mencatat rekod tahun ini seraya membuktikan bahawa pesakit mendapat manfaat inovasi yang terkini dalam pembedahan estetik untuk kelihatan dan rasa lebih baik," ujar Richter.

Metodologi Tinjauan 

Data untuk Tinjauan Global ditabulasikan menerusi borang soal selidik yang dihantar kepada kira-kira 35,000 pakar bedah plastik dalam pangkalan data proprietari ISAPS. Borang soal selidik berkenaan memberi tumpuan khususnya kepada bilangan prosedur pembedahan dan tanpa pembedahan tertentu yang dijalankan pada tahun 2018, berserta beberapa soalan sampingan yang berkaitan dengan pelancongan perubatan. Keputusan disusun, ditabulasikan dan dianalisis oleh Industry Insights, sebuah firma penyelidikan bebas yang berpangkalan di Columbus, Ohio.

ISAPS ialah satu-satunya organisasi yang mengumpul data kosmetik seperti ini setiap tahun pada skala global. Untuk mendapatkan salinan keputusan penuh, sila kunjungi www.ISAPS.org.

Latar Belakang ISAPS – Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS) ialah sebuah badan profesional yang terkemuka di dunia untuk pakar bedah plastik estetik yang diperakui oleh pihak lembaga. Ditubuhkan pada tahun 1970, ISAPS menyediakan forum terbuka bagi tujuan perkongsian tentang pengetahuan pembedahan plastik estetik di seluruh dunia. Persatuan ini menawarkan ahli-ahlinya dengan latihan terkini dan pendidikan berterusan serta menaja dan mengesahkan mesyuarat saintifik secara berkala di seluruh dunia. Hari ini, keahlian ISAPS melibatkan pakar bedah estetik dan pembentukan semula yang paling disegani di dunia dari lebih 100 negara.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1038963/ISAPS_Logo.jpg

Source: International Society of Aesthetic Plastic Surgery (ISAPS)
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research Women-related news