NEW YORK, 5 Disember 2019 /PRNewswire/ -- CB Insights, platform kecerdasan pasaran yang membantu perbadanan menemui teknologi baru muncul, dengan gembiranya mengumumkan satu perkongsian dengan DeepTech, sebuah syarikat media, acara dan kandungan yang berpangkalan di Beijing, yang akan membantu meluaskan kehadiran CB Insights di China.
"Kami menghimpunkan syarikat baharu Cina dan data modal usaha niaga serta menerbitkan penyelidikan tentang China selama bertahun-tahun. Kami teruja kerana perkongsian DeepTech akan mempercepatkan usaha-usaha ini dengan menyediakan lebih banyak data, penyelidikan dan acara untuk pasaran Cina," kata Anand Sanwal, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama CB Insights. "Menerusi perkongsian ini, kami akan berupaya untuk menyokong pelanggan kami di China dan seterusnya dengan data dan pandangan penyelidikan yang lebih tajam tentang apa yang sedang berlaku dalam pasaran teknologi baru muncul Cina yang pantas berkembang dan inovatif."
"DeepTech memberi tumpuan pada kandungan dan perkhidmatan berkaitan teknologi baru muncul dan bekerjasama dengan organisasi yang terkenal di peringkat global. Kami benar-benar percaya bahawa kolaborasi ini akan membawakan kandungan dan perkhidmatan yang beraneka serta profesional kepada pelanggan tempatan kami dengan tanggapan berharga dan juga pandangan global," kata Brandon Zhou, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DeepTech.
Selain daripada menyokong kandungan dan penyelidikan untuk rakan kongsi global, DeepTech berjaya menganjurkan acara-acara terkenal yang memberi tumpuan pada teknologi baru muncul dengan ahli teknologi terkemuka, Ketua Pegawai Eksekutif, pengasas dan penyelidik yang hadir.
CB Insights dengan gembiranya mengalu-alukan DeepTech sebagai rakan kongsi yang berkongsi cita-cita yang sama dengan kami untuk membantu syarikat-syarikat yang paling penting di dunia menemui, mencipta dan mengurus respons mereka terhadap teknologi dan pasaran baru muncul.
Latar Belakang CB Insights
CB Insights membantu perusahaan mempercepatkan strategi dan transformasi digital mereka dengan data, bukan pendapat. Platform pembelajaran mesin kami mencari isyarat dalam berjuta-juta dokumen tidak berstruktur yang membantu anda menemui, mencipta dan mengurus respons anda terhadap syarikat baharu disruptif dan teknologi baru muncul.
Latar Belakang DeepTech
DeepTech ialah penyedia perkhidmatan teknologi teras, memberi tumpuan pada teknologi baru muncul yang boleh dikomersialkan dalam tempoh 3-5 tahun akan datang. Ditubuhkan pada tahun 2016, DeepTech ialah sebuah syarikat media teknologi baru muncul yang utama di China, dengan 4 juta pelanggan melalui saluran dalam talian dan luar talian yang berbeza. Menerusi perkongsian eksklusifnya dengan MIT Technology Review, IEEE Computer dan CoinDesk, DeepTech kini merupakan pilihan pertama kerjasama untuk media teknologi yang terkenal di dunia yang menembusi pasaran Cina.