omniture

Anak Lelaki Audrey Hepburn Sean Hepburn Ferrer Disangkal Tuduhan Oleh Keputusan Mahkamah

Sean Hepburn Ferrer
2019-12-05 00:50 118

LOS ANGELES, 5 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Anak sulung lelaki Audrey Hepburn, Sean Hepburn Ferrer, menang dalam satu tuntutan mahkamah yang dibuat ke atas beliau oleh sebuah pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan oleh beliau pada tahun 1993 untuk meneruskan usaha-usaha kebajikan ibu beliau. Selepas perbicaraan mahkamah selama empat minggu di Mahkamah Atasan Los Angeles, hakim, Yang Berhormat David Sotelo, mendapati bahawa tiada merit kepada tuntutan badan kebajikan tersebut bahawa ia mempunyai hak bebas untuk menggunakan nama dan persamaan Audrey Hepburn, atau untuk memeterai kontrak dengan pihak ketiga tanpa kebenaran Ferrer.

Pada bulan Februari 2017, Hollywood for Children (HFC) berpangkalan di California – yang mana lembaga dengan tiga ahli terdiri daripada saudara lelaki seibu Ferrer - Luca Dotti, bekas peguam Ferrer - Paul Alberghetti dan seorang bekas pembantu - menyaman Ferrer dan memohon untuk membuktikan bahawa ia mempunyai hak-hak berkekalan yang berasingan untuk menggunakan nama dan persamaan Audrey Hepburn tanpa kebenaran Ferrer, walaupun Ferrer (bersama saudara lelaki beliau) merupakan pemilik tunggal hak-hak harta intelek beliau. HFC juga memohon lebih US$6 juta dolar sebagai ganti rugi daripada Ferrer kerana didakwa campur tangan dengan perjanjian yang dimeterai oleh HFC bersama pihak ketiga, didakwa membenarkan mereka untuk terlibat dalam penggunaan nama dan persamaan Audrey Hepburn tanpa kebenaran Ferrer. Mahkamah mendapati bahawa HFC tidak pernah mempunyai hak bebas untuk menggunakan nama dan persamaan Cik Hepburn, selain sebagai sebahagian daripada dba: "The Audrey Hepburn Children's Fund." Justeru itu, Mahkamah mendapati bahawa tindakan HFC, memeterai kontrak dengan pihak ketiga tanpa kebenaran Ferrer, melampaui hak-haknya dan menyalahi undang-undang. Menurut dapatan yang memihak kepada Ferrer, Mahkamah juga mendapati bahawa tidak terdapat asas undang-undang untuk tuntutan HFC bagi campur tangan dengan kontrak dan dengan itu memutuskan yang memihak kepada Ferrer bagi tuntutan ganti rugi HFC sebagai perkara undang-undang, menolak untuk membenarkan tuntutan tersebut dibicarakan.

Peguam pihak pendakwa utama Ferrer, Lawrence Segal, berkata, "Sentiasa jelas bagi saya bahawa HFC mengambil kebebasan yang tidak wajar, jauh melebihi apa-apa kebenaran terhad untuk menggunakan hak harta intelek yang mungkin sebelum ini dibenarkan oleh Sean kepada mereka. Mereka bertindak sesuka hati dan mula bertindak seolah-olah mereka merupakan pemilik hak-hak tersebut, dan bukannya Sean serta saudara lelaki beliau. HFC cuba merampas kawalan Sean ke atas nama dan persamaan ibu beliau sendiri. Ia menunjukkan satu tahap keberanian melampau tertentu apabila Sean telah memberi kebenaran kepada HFC pada masa lalu untuk menggunakan harta intelek Audrey Hepburn bagi tujuan pengumpulan dana terhad dan berdasarkan kes demi kes dan kemudiannya mendapati bahawa HFC telah berhenti meminta kebenaran dan mula mengeksploitasi secara kewangan hak-hak yang bukan miliknya atau di bawah kawalannya. Mahkamah mendapati bahawa HFC tidak pernah mempunyai lesen atau hak bebas terhadap nama dan persamaan Audrey Hepburn pada bila-bila masa, dan seluruh dakwaan dan penegasan oleh HFC dalam tuntutan mahkamahnya terhadap Sean ditolak oleh Mahkamah. Sean menang dari semua sudut."

Setelah mengetahui keputusan Mahkamah, Sean Hepburn Ferrer mengatakan, "setelah dicerca dalam pemfailan mahkamah awam dan sidang akhbar, kebenaran akhirnya terungkai. Apabila saya menubuhkan Hollywood for Children pada tahun 1993, ia dibuat dengan tujuan yang sangat baik untuk meneruskan usaha-usaha kemanusiaan ibu kami yang telah menjadi satu budaya keluarga. Selepas meletak jawatan daripada Hollywood for Children pada tahun 2012, saya meminta adik lelaki saya untuk mengambil tampuk pentadbirannya. Kemudian, saya menjadi Kursi kehormat Audrey Hepburn Society di US Fund for UNICEF yang mana, seperti yang diperakui oleh Presiden Caryl Stern, berjaya mengumpul sebanyak lebih US$150,000,000 untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, apabila adik lelaki saya Luca menolak untuk meneruskan pemberian lesen kepada Persatuan tersebut, kami terpaksa menutupnya. Sekiranya seseorang menyemak semula pulangan cukai 990 Hollywood For Children, yang boleh didapati secara dalam talian, ia kelihatan seperti kes ini bukanlah mengenai kerja-kerja amal. Apabila saudara lelaki dan bekas peguam sendiri mengkhianati anda, masing-masing atas alasan oportunistik mereka sendiri, menjadikan seluruh pengalaman ini sebagai salah satu pengalaman yang paling pahit dalam hidup saya. Secara dasarnya tajuk berita berbunyi 'Audrey Hepburn (Charity) saman anak lelaki beliau sendiri.' Saya menghabiskan sepanjang hidup saya menjadi seorang yang jujur dan bermoral dan apabila dipersoalkan ke tahap ini merupakan satu ujian. Adakah ia suatu kemenangan? Mengambil kira apa yang dipertaruhkan dan individu-individu yang terlibat, saya berasa lebih lega daripada menang. Mudah-mudahan kini saya dapat kembali semula kepada apa yang penting: meneruskan warisan kebaikan dan kemanusiaan ibu kami."

Tindakan guaman tersebut asalnya difailkan pada Februari 2017 dan Hakim Sotelo mendengar hujah akhir pada Julai. Kenyataan Keputusan sembilan muka surat Yang Berhormat David Sotelo dalam perbicaraan tanpa juri ini boleh didapati di sini.

Source: Sean Hepburn Ferrer
Keywords: Legal issues Not for profit Public Interest