omniture

Pengaruh AntWorks Ke Atas Industri AI Terus Peroleh Momentum Pada 2019 - Didorong Oleh Pelancaran ANTstein SQUARE

Tahun 2019 melambangkan tahun inovasi produk, peluasan pejabat dan yang pertama dalam industri.
AntWorks
2019-12-05 07:57 447

SINGAPURA, 5 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Ia merupakan satu tahun dengan peristiwa penting untuk AntWorks™, penyedia global kecerdasan buatan dan penyelesaian pengautomatan pintar yang dikuasakan oleh sains fraktal. Paling utama, AntWorks memperkenalkan versi baharu dan dipertingkat ANTstein™ SQUARE, Platform Pengautomatan Bersepadu (IAP) tindanan penuh yang membolehkan perusahaan untuk mengautomasikan proses perniagaan hujung-ke-hujung dengan pantas, mudah dan dengan cara yang boleh diskala. Bagi menyokong dan mempercepatkan pertumbuhannya, AntWorks meningkatkan dengan ketara jejak geografinya dan kiraan kepala global dan diiktiraf secara meluas untuk teknologinya yang canggih dan mengubah industri.

"Ini merupakan tahun dengan catatan rekod dan pencapaian pertama buat AntWorks," kata Asheesh Mehra, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AntWorks. "Empat tahun lalu, kami menetapkan matlamat bercita-cita tinggi untuk mengubah industri AI dengan membawakan IAP autentik yang pertama dan satu-satunya kepada syarikat-syarikat yang tangkas dan berpandangan jauh dalam setiap sektor. Kini, kami sentiasa berusaha meraih pencapaian yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan - ditanda aras terhadap pesaing yang telah berada dalam industri ini jauh lebih lama. Sepanjang tahun 2019, kami meluaskan kehadiran global kami dalam pasaran-pasaran utama, meningkatkan perkongsian strategik kami, terus memupuk budaya yang inklusif dan kolaboratif serta melancarkan produk paling inovatif seumpamanya. Momentum kami sentiasa dipandu oleh misi kami untuk menunjukkan kuasa AI beretika sambil memberi nilai paling hebat kepada pelanggan kami dan kakitangan AntWorks. Saya berasa amat berbangga dengan semua yang dicapai oleh AntWorks Colony."

Peluasan Global dan Pemerolehan Bakat: 

Untuk menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggannya yang semakin berkembang, AntWorks meningkatkan kehadiran globalnya sepanjang 12 bulan yang lalu di seluruh Australia, Kanada, Dubai, Perancis, India (Bangalore, Chennai, Mumbai), Jepun, Filipina, Singapura, UK dan AS. AntWorks kini dengan bangganya mempunyai Colony dengan lebih 500 orang, hampir meningkatkan kiraan kepala sebanyak tiga kali ganda sejak tahun 2018, mengumpul bakat mengikut bidang-bidang pertumbuhan strategik yang utama. AntWorks turut memperluas jangkauannya melalui saluran dalam talian, dengan komuniti yang semakin berkembang dengan lebih 40,000 pengikut merentas platform media sosialnya.

Inovasi Produk Berterusan:

Pada bulan Mei, AntWorks melancarkan IAP pertama industri, ANTstein SQUARE. Penyelesaian berbilang sewaan yang unik ini membolehkan penggunaan bot yang maksimum, memahami semua jenis data dan menyediakan pelanggan dengan penyelesaian sehenti untuk kurasi dan pembinaan data, menggunakan dan mengurus tenaga kerja digital didayakan AI.

Usaha Sama dan Peluasan Rakan Kongsi; 

AntWorks meraih pencapaian yang luar biasa menerusi satu usaha sama dengan SBI Neo Financial Services untuk menubuhkan SBI Antworks Asia di Jepun, menyediakan penyelesaian pengautomatan pintar ke pasaran-pasaran Asia Timur dan Asia Tenggara. Di samping itu, bagi mendayakan penerimaan AI yang dipercepatkan di rantau GCC, baru-baru ini AntWorks mengumumkan satu perkongsian dengan SEED Group.

Anugerah: 

  • Asheesh Mehra, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, dinamakan sebagai Penginovasi Terbaik Tahun 2019 - anugerah Teknologi oleh Singapore Business Review Management Excellence Awards. Anugerah ini memberi penghormatan kepada penginovasi rintis yang mana inisiatif luar biasanya memberi sumbangan dan kejayaan ketara kepada perniagaan mereka.
  • AntWorks memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Frost & Sullivan dalam industri perisian pengautomatan pintar. Firma penyelidikan ini menjelaskan bahawa perisian pengautomatan pintar AntWorks membolehkan data daripada dokumen diproses dengan mudah dan cepat, berkata bahawa ia kagum kerana AntWorks menggunakan pembacaan mesin kognitif, yang boleh menganalisis data tidak berstruktur, memperakui kebolehan ANTstein untuk menggunakan set data yang agak kecil bagi melatih enjin dan menambah bahawa pengguna yang bukan teknikal juga boleh menggunakan AntWorks untuk mengautomasikan proses perniagaan hujung-ke-hujung.
  • AntWorks turut menerima anugerah 451 Research - Firestarter atas inovasi luar biasanya dan visi pasaran. Ketika mengumumkan penghormatan ini, 451 Research membandingkan platform tindanan penuh AntWorks dengan penyelesaian titik daripada pembekal lain dan mengenal pasti bahawa ANTstein boleh menangani set masalah yang lebih luas berbanding penyelesaian pesaing lantaran pendekatan berbezanya.
  • Sebagai finalis dalam The Hackett Group Digital Awards, AntWorks bersama-sama pelanggannya, Indecomm Global Services, diiktiraf kerana menakrifkan semula pemprosesan gadai janji.
  • AntWorks turut diisytiharkan sebagai pemenang di L&D World Awards yang dibawakan oleh Adobe. Ia diiktiraf untuk penggunaan terbaik Teknologi dalam Pembelajaran.

Pengiktirafan Industri: 

Mengulas tentang kejayaan tahun 2019 oleh AntWorks, Phil Fersht, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di HFS Research berkata, "AntWorks menawarkan laluan kepada pengautomatan pintar bersepadu, dengan syarat perusahaan menerima tindanan penuhnya. Satu lagi pusingan pendanaan yang besar dan ia bakal menjadi suatu kuasa sebenar."

[1] IDC Market Note: AntWorks Bawakan Pembacaan Mesin Kognitif kepada Pihak Pengautomatan Pintar, Pushkaraksh Shanbhag, Mac 2019 Doc #AP44907219

[2] Ulasan Gartner Peer Insights terdiri daripada pendapat subjektif pengguna akhir individu berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan tidak mewakili pandangan Gartner mahupun ahli gabungannya.  

Latar Belakang AntWorks:

AntWorks™ ialah syarikat kecerdasan buatan dan pengautomatan pintar bertaraf global, mewujudkan kemungkinan baharu dengan data melalui pendigitan, pengautomatan dan kecerdasan perusahaan. Sebagai Platform Pengautomatan Bersepadu (IAP) yang pertama dan satu-satunya di dunia yang dikuasakan oleh prinsip sains fraktal dan pengecaman pola yang memahami setiap jenis data, ANTstein™ SQUARE mendigitalkan setiap maklumat untuk pelbagai industri. Kunjungi www.ant.works untuk memperkasa perusahaan anda dengan mengautomasikan proses perniagaan kompleks hujung-ke-hujung. 

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551620-1LOGO?lang=0

Source: AntWorks
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics