omniture

Next Story Group Lancar Jenama Ink Hotels

Ink Hotel Melbourne Southbank undang tetamu terokai pengalaman dan hubungan baharu di Melbourne
Next Story Group
2019-12-05 08:12 475

MELBOURNE, 5 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat hospitaliti antarabangsa Next Story Group meraikan penambahan Ink Hotels ke dalam portfolio jenamanya menerusi pembukaan Ink Hotel Melbourne Southbank. Terletak di 167 City Road di tengah-tengah hab tepian air terkenal Melbourne, hotel baru dibina yang diperoleh baru-baru ini membawa ciri berbeza jenama Ink Hotels baharu yang dijadualkan untuk membuka hotel keduanya di Singapura pada tahun 2021.

"Ink Hotels ialah jenama menarik yang memahami pengembara dengan penetapan minda Gen Z. Ia merupakan suatu penambahan hebat yang mengukuhkan portfolio jenama Next Story Group yang akan merangsangkan rancangan pengembangan kami," kata Darren Edmonstone, Ketua Pegawai Eksekutif Next Hotels & Resorts. "Portfolio jenama berbeza kami membolehkan kami untuk meletakkan jenama-jenama yang tepat di tempat-tempat yang tepat dan untuk menguasai segmen-segmen penting dalam pasaran-pasaran utama kami termasuk Australia dan Asia Tenggara, di mana kami terus memacu pertumbuhan strategik yang kukuh."

Jenama Ink Hotels percaya bahawa kehidupan adalah lebih baik apabila kita tidak terlalu terikat dengan peraturan yang ditetapkan dan melakukan perkara dengan cara berbeza. Ink Hotels ialah tempat yang meriah, menyeronokkan dan selesa untuk bermalam dan meluangkan masa bersama penduduk tempatan dan pengembara. Ia direka untuk menjadi tuan rumah, berhubung dan menginspirasikan gelombang baharu penjelajah yang bersifat ingin tahu dan mengikut trend yang berkembang maju menerusi pengalaman baharu. Mementingkan alam sekitar dan sosial, jenama Ink memberi tumpuan pada reka bentuk funki yang dibina di sekitar kawasan umum yang bersifat inklusif. Suasana perkhidmatannya mementingkan personaliti, dipersembahakan oleh pasukan tuan rumah yang sibuk. Ink membawakan nilai asli dan tetamu boleh mengharapkan kualiti yang cemerlang apabila melibatkan hal-hal yang benar-benar penting.

Jenama Ink Hotels membawakan:

  • Urban Commons yang merupakan ruang sosial awam untuk tetamu bersantai, menjamu selera, bekerja atau meluangkan masa bersama pengembara
  • Super Comfy Vibes yang membuatkan tetamu seolah-olah seperti di rumah sendiri melalui perkhidmatan dan reka bentuk yang santai
  • Value Where It Counts dengan harga jujur dan kualiti hebat yang amat penting buat tetamu kami
  • Funked-up Eccentrics yang membuktikan kami mementingkan personaliti serta gaya dan kami melakukan perkara dengan cara berbeza

Ink Hotel Melbourne Southbank ialah sebuah hotel 15 tingkat, 162 buah bilik yang terletak secara strategik di presint Southbank. Ia memberi peluang kepada tetamunya untuk berhubung dan menikmati Bandar Raya Melbourne yang menawarkan kalendar acara seni dan kebudayaan sosial dan sukan sepanjang tahun. Ia terletak berhampiran CBD Melbourne dan terletak dalam jarak berjalan kaki ke Pusat Konvensyen Melbourne serta restoran, galeri seni, tempat hiburan dan sukan Southbank.

Hotel ini menampilkan reka bentuk yang menyeronokkan dan meriah yang dapat mencipta banyak detik Instagram untuk tetamunya. Karya seni lobinya yang menarik dihasilkan oleh Blender Studio dan menonjolkan mural yang berwarna warni dan funki. Di sebalik latar belakang karya seni ini ialah ruang sosial kasual dan inklusif yang mana tetamu boleh meluangkan masa untuk bersantai, bekerja atau beramah mesra dengan pengembara dan juga penduduk tempatan. Bilik tamu mempunyai dinding yang dihiasai dengan seni, direka dan disesuaikan oleh artis Australia yang berpangkalan di New York, Brolga.

Ink Hotel Melbourne Southbank, seperti mana tetamunya, mementingkan alam sekitar dan sosial. Ia menerima pakai pendekatan lestari untuk kemudahan yang boleh dihargai oleh tetamu. Kemudahan bilik mandi Metis buatan Australia termasuk botol pam isian semula yang tidak memerlukan kelengkapan mandi guna sekali. Dispenser air membuih dan air mati di kawasan awam membolehkan tetamu untuk mengisi botol guna semula semasa keluar, dapat mengurangkan penggunaan botol plastik. Ia menghidangkan kopi Streat dan setiap cawan kopi yang dijual disumbangkan kepada program latihan dan pendidikan yang dianjurkan oleh Streat yang membantu belia kurang bernasib baik.

Bagi memastikan tetamu memperoleh hubungan bermakna di dan ke Melbourne, tuan rumah hotel tersebut yang menarik dan mesra sentiasa bersedia untuk berkongsi pengalaman dan cadangan mereka. Semasa menginap di hotel ini, tetamu boleh menikmati hidangan makanan yang lazat, wain dan bir Victorian yang hebat serta koktel di Kitchen & Bar hotel ini. Seleksi snek Grab & Go disediakan 24/7.

Bagi meraikan pembukaan Ink Hotel Melbourne Southbank, tetamu boleh menikmati kadar pembukaan istimewa bermula daripada AUD$119 (USD$84) untuk tempahan yang dibuat mulai sekarang hingga 31 Januari 2020 bagi penginapan sehingga 30 Jun 2020. Tempahan boleh dibuat terus di www.inkhotels.com

Latar Belakang Next Story Group 

Next Story Group mencipta dan mengubah ruang untuk berhubung dan menginspirasikan hubungan bermakna. Ia menawarkan portfolio berbeza dengan jenama-jenama hospitaliti dan gaya hidup yang tersendiri dan menambat perhatian. Kumpulan ini memiliki, mengurus, memfrancaiskan 20 hotel dan pusat peranginan, membawa jenama-jenama termasuk Next, Sage dan Ink. Ia turut mengurus lima hartanah Kafnu yang menawarkan ruang yang direka dengan baik untuk ahli-ahlinya menginap, bekerja, belajar dan berhubung. Ibu pejabatnya terletak di Singapura dengan pejabat-pejabat serantaunya terletak di Sydney dan Bengaluru. Untuk maklumat lanjut: www.nextstory.com.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190214/2375429-1LOGO-a?lang=0

Source: Next Story Group
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services