![]() |
BUSAN, Korea Selatan, 6 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Biocon Biologics, sebuah organisasi bioserupa global 'bidang khusus' bersepadu sepenuhnya, memajukan misinya untuk membuka akses yang berpatutan kepada insulin yang berkualiti buat pesakit yang menghidap diabetes di seluruh dunia. Sebagai pengusaha insulin global yang boleh dipercayai, ia komited untuk menangani cabaran penjagaan kesihatan berkaitan diabetes yang semakin meningkat di seluruh dunia dan didorong oleh misinya untuk mendayakan akses yang berpatutan.
Walaupun sewaktu kita menghampiri ulang tahun ke-100 penemuan insulin, kekurangan akses yang saksama kepada insulin yang mampu dimiliki kekal menjadi penghalang utama terhadap rawatan diabetes yang berjaya, lalu membawa kepada komplikasi komorbid dan kematian yang tidak disangka-sangka. Kini, diabetes menjejaskan kesihatan lebih 463 juta orang di seluruh dunia dan dijangkakan untuk mencapai 578 juta orang menjelang tahun 20301.
Biocon Biologics telah mengambil langkah sebagai peneraju untuk mendayakan akses insulin yang mampu milik buat pesakit di seluruh dunia bagi memastikan individu yang menghidap diabetes yang memerlukan insulin harus mendapatkannya. Meneruskan strategi inovasi yang berakar umbi pada kemampuan, secara kumulatif Biocon membekalkan lebih 2 bilion dos insulin bioserupa kepada pesakit di seluruh dunia sepanjang 15 tahun yang lalu.
Pada September 2019, Syarikat membuat pengumuman untuk mendayakan akses sejagat kepada Insulin manusia rekombinan (rh-Insulin), dengan menawarkannya kurang daripada 10 sen AS / hari untuk Kerajaan dalam LMIC.
Kiran Mazumdar Shaw, Pengerusi & Pengarah Urusan, Biocon, berkata: "Di Biocon, kami dipandu oleh keyakinan bahawa produk yang menyelamatkan nyawa seperti insulin tidak boleh diletakkan harga melebihi kemampuan mereka yang memerlukannya setiap hari. Kami komited untuk mengurangkan lagi harga insulin kami melalui perkongsian dengan agensi-agensi seperti WHO, UNAIDS & lain-lain bagi menerobos sempadan untuk mengakses geografi tertentu yang terlalu susah untuk menangani cabaran Diabetes secara sendiri."
Untuk menjayakan komitmennya bagi menyediakan Akses Sejagat kepada insulin yang berkualiti tinggi, Biocon Biologics membuat penampilan sulung di Kongres Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) yang sedang berjalan di Busan, Korea Selatan, yang diadakan mulai 2-6 Disember 2019.
Christiane Hamacher, Ketua Pegawai Eksekutif, Biocon Biologics, berkata: "Saat-saat menjelangnya ulang tahun ke-100 insulin, Biocon Biologics memulakan satu misi untuk membuka akses sejagat kepada insulin berkualiti tinggi, dipandu oleh keyakinan bahawa produk yang menyelamatkan nyawa seperti ini perlu lebih mudah didapati oleh pesakit di seluruh dunia, baik di negara-negara sedang membangun mahupun negara-negara maju. Penyertaan kami di Kongres IDF 2019 bertujuan untuk menangani isu-isu semasa berkisarkan akses insulin, khususnya peluang dan nilai yang ditawarkan oleh bioserupa, bagaimana untuk mencapai penjagaan yang saksama dan mengekalkan peranan India sebagai farmasi buat dunia. Selari dengan aspirasi kami untuk mendekati 'satu dalam lima' individu menghidap diabetes yang bergantung pada insulin di seluruh dunia, kami ingin bekerjasama erat dengan pemegang kepentingan utama di serata dunia untuk mencari cara bagi memastikan insulin dapat diberikan kepada mereka yang paling memerlukannya."
Baca Lebih Lanjut: https://www.biocon.com/biocon_press_release_20191203-0430.asp
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1039641/Biocon_Biocologics_Logo.jpg