omniture

Saintis Senaraikan Kedudukan Menara Air Gunung Paling Penting, Paling Terancam di Dunia

National Geographic Society
2019-12-10 02:39 187

Kajian berikan pemahaman baharu tentang sistem sumber air diperoleh daripada glasier gunung, memberi kesan kepada sehingga 1.9 bilion orang di seluruh dunia

WASHINGTON, 10 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Saintis-saintis dari seluruh dunia telah menilai 78 sistem air berasaskan glasier gunung di planet ini dan buat pertama kalinya, menyenaraikan kedudukannya mengikut susunan kepentingan terhadap komuniti tanah rendah bersebelahan dan menilai kerentanannya terhadap perubahan alam sekitar dan sosioekonomi masa depan. Sistem ini, yang dikenali sebagai menara air gunung, menyimpan dan mengangkut air melalui glasier, litupan salji, tasik dan anak sungai, seraya membekalkan sumber air yang tidak ternilai kepada 1.9 bilion orang di seluruh dunia—kira-kira satu perempat daripada penduduk dunia.

Melting ice from the Khumbu glacier runs down the mountain at Everest Base Camp, Nepal in the Ganges-Bramaputra water tower. The region is expected to see a 1.6 degree C temperature rise by 2050. New research supported by National Geographic and Rolex’s Perpetual Planet partnership highlights the importance and vulnerability of the world’s glacier-based water systems. Learn more at natgeo.com/PerpetualPlanet. Photo Credit: Brittany Mumma, National Geographic.
Melting ice from the Khumbu glacier runs down the mountain at Everest Base Camp, Nepal in the Ganges-Bramaputra water tower. The region is expected to see a 1.6 degree C temperature rise by 2050. New research supported by National Geographic and Rolex’s Perpetual Planet partnership highlights the importance and vulnerability of the world’s glacier-based water systems. Learn more at natgeo.com/PerpetualPlanet. Photo Credit: Brittany Mumma, National Geographic.

Kajian berkenaan, diterbitkan dalam jurnal saintifik yang berprestij Nature, memberi bukti bahawa menara air global berhadapan dengan risiko, dalam banyak keadaan secara kritikal, lantaran ancaman daripada perubahan iklim, peningkatan penduduk, salah urus sumber air dan faktor-faktor geopolitik yang lain. Di samping itu, pengarang-pengarang berkenaan menyimpulkan bahawa pentingnya untuk membangunkan dasar-dasar pemuliharaan khusus-gunung dan penyesuaian perubahan iklim serta strategi-strategi untuk melindungi ekosistem mahupun penduduk di hilir.

Secara global, sistem gunung yang paling menjadi pergantungan ialah menara air Indus di Asia, menurut kajian mereka. Menara air Indus—yang terdiri daripada kawasan luas banjaran gunung Himalaya dan meliputi bahagian Afghanistan, China, India dan Pakistan—juga merupakan salah satu yang paling mudah terdedah kepada bahaya. Sistem menara air bertaraf tinggi di benua-benua lain ialah selatan Andes, Banjaran Rocky dan Banjaran Alp Eropah.

Bagi menentukan kepentingan 78 menara air ini, penyelidik-penyelidik menganalisis pelbagai faktor yang menentukan sejauh mana pergantungan komuniti hiliran terhadap bekalan air daripada sistem ini. Mereka turut menilai tahap kerentanan sumber air, selain penduduk dan ekosistem yang bergantung kepadanya, berdasarkan ramalan perubahan iklim dan sosioekonomi masa depan.

Daripada 78 menara air global yang dikenal pasti, berikut merupakan lima sistem yang paling menjadi pergantungan oleh benua tersebut:

  • Asia: Indus, Tarim, Amu Darya, Syr Darya, Ganges-Brahmaputra
  • Eropah: Rhône, Po, Rhine, Pantai Utara Laut Hitam, Pantai Laut Caspian
  • Amerika Utara: Fraser, Columbia dan Barat Laut Amerika Syarikat, Pantai Pasifik dan Artik, Saskatchewan-Nelson, Amerika Utara-Colorado
  • Amerika Selatan: Chile Selatan, Argentina Selatan, Negro, wilayah La Puna, Chile Utara

Kajian ini, yang ditulis oleh 32 orang saintis dari seluruh dunia, diketuai oleh Prof. Walter Immerzeel dan Dr. Arthur Lutz daripada Utrecht University, penyelidik-penyelidik lama air dan perubahan iklim di gunung tinggi Asia.

"Apa yang unik tentang kajian kami adalah kami telah menilai kepentingan menara air, bukan sahaja dengan melihat berapa banyak air yang disimpan dan disediakan olehnya, tetapi juga berapa banyak air gunung yang diperlukan di hilir dan sejauh mana rentannya sistem dan komuniti ini terhadap beberapa perubahan yang mungkin berlaku pada beberapa dekad yang akan datang," tambah Immerzeel. Lutz, "Dengan menilai semua menara air glasier di Bumi, kami dapat mengenal pasti lembangan utama yang seharusnya menjadi keutamaan dalam agenda-agenda politik serantau dan global."

Kajian ini disokong oleh National Geographic dan Rolex sebagai sebahagian daripada perkongsian Perpetual Planet mereka, yang bertujuan untuk memberi pencerahan tentang cabaran yang dihadapi oleh sistem sokongan kehidupan yang kritikal di Bumi, menyokong sains dan penerokaan sistem-sistem ini serta memperkasa pemimpin-pemimpin seluruh dunia untuk membangunkan penyelesaian bagi melindungi planet ini.

"Gunung ganang ialah tempat ikonik dan suci di seluruh dunia, namun demikian peranan kritikal yang dimainkan olehnya dalam mengekalkan kehidupan di Bumi tidak difahami dengan baik," kata Jonathan Baillie, naib presiden eksekutif dan ketua saintis di National Geographic Society. "Kajian ini akan membantu pembuat keputusan, di peringkat global dan tempatan, memberi keutamaan di mana tindakan perlu diambil bagi melindungi sistem gunung, sumber yang disediakan olehnya dan penduduk yang bergantung kepadanya."

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi natgeo.com/PerpetualPlanet.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1041075/National_Geographic_Society_Khumbu_Glacier.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1041076/National_Geographic_Society_Rolex_Logo.jpg 

Source: National Geographic Society
Keywords: Environmental Products & Services Magazines Publishing/Information Service Environmental Issues Survey, Polls & Research