omniture

Topseat Menang Tuntutan Mahkamah Pelanggaran Paten Lwn Penjual Runcit DIY Eropah Utama

Topseat International
2019-12-10 15:54 97

MUNICH, 10 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Topseat International, Inc. ("Topseat") hari ini mengumumkan bahawa ia menang dalam prosiding pelanggaran paten berhubung beberapa jenis tempat duduk tandas terhadap penjual runcit DIY Jerman, Hornbach Baumarkt AG ("Hornbach").

Latar belakang
Topseat memiliki pelbagai hak harta intelek ke atas tempat duduk tandasnya, termasuk paten EP3205497 Topseat yang melindungi penutup dan tempat duduk tandas komposit lamina. Hornbach telah menawarkan tempat duduk tandas dengan mengambil kesempatan daripada ciptaan ini. Justeru itu, Topseat, diwakili oleh firma peguam paten dan peguam undang-undang Jerman, BARDEHLE PAGENBERG di Munich, menyaman Hornbach untuk pelanggaran paten di Jerman. Pada 21 Jun 2019, Mahkamah Daerah Mannheim (kes 7 O 122/18) mengesahkan pelanggaran paten EP3205497 Topseat oleh Hornbach dan meluluskan semua tuntutan yang dikemukakan oleh Topseat, termasuk ganti rugi dan injunksi tetap. Pada mulanya Hornbach membuat rayuan untuk keputusan ini, namun menarik balik rayuan pada November 2019. Dengan penarikan balik rayuan oleh Hornbach, penghakiman Mahkamah Daerah Mannheim adalah muktamad. Akibatnya, Hornbach dilarang daripada menawarkan, memasarkan dan/atau menggunakan tempat duduk tandas yang dicabar.

"Keputusan mahkamah Jerman memberi kemenangan dalam litigasi paten kami yang ditujukan untuk pelanggar agar bertanggungjawab kerana menggunakan hak harta intelek kami yang berharga tanpa membuat bayaran kepada kami," kata David Wu, Pengarah Urusan Topseat. "Kami berusaha untuk menguatkuasakan hak paten kami dengan ketat di negara-negara EU yang mana inovasi kami menjadi kunci kepada kejayaan pasaran kami." Justeru itu, dijangkakan bahawa keputusan mahkamah yang mengesahkan pelanggaran boleh memberi pengaruh kepada pasaran di EU.

Latar Belakang Topseat
Topseat ialah peneraju dunia bagi reka bentuk, pengeluaran dan penyempurnaan tempat duduk tandas, diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kualiti tertinggi serta inovasinya. Dengan lebih 200,000 kaki persegi ruang pengilangan, penggudangan, penyelidikan dan pembangunan serta pejabat di seluruh dunia, Topseat mengeluarkan berjuta-juta tempat duduk tandas setiap tahun, menawarkan perkhidmatan dalam pasaran-pasaran Profesional dan DIY di Jerman, Perancis, UK, Itali, Afrika Selatan, AS dan selanjutnya.

Source: Topseat International
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Attorney/Lawsuit Investigation