omniture

Beamex Perkenal Revolusi dalam Penentukuran Suhu

Beamex
2019-12-11 14:00 130

PIETARSAARI, Finland, 11 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Beamex memperkenalkan cara yang lebih baik untuk melaksanakan penentukuran suhu dengan penyelesaian penentukuran suhu versatil yang revolusioner dan baharu yang dikenali sebagai Beamex MC6-T.

MC6-T ialah ahli terkini dalam rangkaian Beamex MC6 yang amat berjaya dan disegani termasuk penentukur dan komunikator pendokumenan MC6, penentukur dan komunikator meja MC6-Workstation serta penentukur dan komunikator proses lapangan selamat hakiki MC6-Ex yang diperakui ATEX, IECEx dan Amerika Utara.

Cara lebih baik untuk menentukur suhu 

"Selama lebih 40 tahun Beamex membangunkan kecekapan dalam metrologi suhu dan baru-baru ini kami telah memperoleh pemahaman yang lebih komprehensif tentang termodinamik dan sistem kawalan suhu. Hal ini membolehkan kami untuk menggabungkan pengalaman kami dalam reka bentuk penentukur, penentukuran suhu dan kepakaran dalam metrologi suhu yang memuncak dalam blok kering suhu canggih yang memudahkan penentukuran suhu dengan luar biasa sekali," jelas Pengurus Produk Beamex Antti Mäkynen.

Sifat MC6-T yang berkuasa dan versatil dapat dilihat apabila anda menganggap bahawa peranti ini dapat menyediakan pengukuran dan simulasi rujukan dengan ketepatan yang tinggi untuk: suhu, tekanan dan isyarat elektrik seperti rintangan, mA, mV, V, denyutan dan kekerapan bersama-sama komunikator HART, Profibus PA dan FOUNDATION Fieldbus. "Dengan kesemua fungsi ini, MC6-T boleh menggantikan banyak peranti individu seperti blok suhu, penentukur suhu, penentukur tekanan dan komunikator lapangan, pencatat data dan banyak lagi. Tiada satu pun dalam pasaran yang mempunyai kombinasi fungsian seperti ini," jelas En. Mäkynen. "Sebagai standard, MC6-T menyediakan pengalaman pelanggan yang utama dalam kelasnya dengan kemudahan penggunaan cemerlang digandingkan dengan ciri-ciri keselamatan yang boleh diharapkan bagi melindungi orang ramai dan tempat kerja," sambung beliau.

Gabungan antara suhu unggul, prestasi metrologi, masa kitaran penentukuran dipendekkan dan pertimbangan reka bentuk khas untuk imuniti terhadap keadaan persekitaran merupakan beberapa ciri yang unik. Ia turut menawarkan keupayaan untuk menentukur sensor sanitari pendek dan berbebibir. Biasanya, hal ini tidak mungkin dapat dilakukan dengan blok-kering suhu tradisional. MC6-T disediakan dalam dua model berbeza: MC6-T150 untuk aplikasi suhu rendah dan MC6-T660 untuk penentukuran suhu yang lebih tinggi.

Dengan menggabungkan MC6-T bersama perisian Beamex, proses penentukuran suhu akan berciri automatik sepenuhnya, justeru itu tidak lagi menggunakan kertas. Dengan penyelesaian penentukuran bersepadu seperti ini, masa yang diluangkan untuk penentukuran dapat dikurangkan biasanya sehingga 50%, menjimatkan wang, sekaligus meningkatkan kualiti rekod.

BEAMEX ialah penyedia yang terkemuka di seluruh dunia bagi penyelesaian penentukuran dengan satu-satunya tujuan untuk mencipta cara yang lebih baik untuk menentukur demi industri proses global. Beamex menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan komprehensif — bermula dengan penentukur mudah alih kepada stesen kerja, aksesori penentukuran, perisian penentukuran, penyelesaian yang khusus dalam industri dan perkhidmatan profesional. Melalui subsidiari-subsidiari Beamex, pejabat-pejabat cawangan dan jaringan luas pengedar bebas, produk dan perkhidmatan mereka disediakan di lebih 80 buah negara. Beamex mempunyai lebih 12,000 pelanggan di seluruh dunia. www.beamex.com

 

Source: Beamex
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Construction/Building Electronic Components Household/Consumer/Cosmetics HVAC New products/services