omniture

West China Hospital akan membina hospital baharu di Kawasan Baharu Tianfu Chengdu

Chengdu Management Committee of Tianfu New Area
2019-12-13 08:43 82

CHENGDU, China, 13 Disember 2019 /PRNewswire/ -- West China Hospital of Sichuan University, sebuah pusat perubatan yang berprestij di Chengdu, wilayah Sichuan, telah menandatangani satu perjanjian pada 5 Disember dengan Jawatankuasa Pengurusan Chengdu Kawasan Baharu Tianfu, sebuah kawasan pembangunan peringkat kebangsaan yang kesebelas di China, untuk membina hospital baharu di kawasan ini.

The design sketch of the West China Tianfu Hospital.
The design sketch of the West China Tianfu Hospital.

West China Tianfu Hospital direka untuk menjadi sebuah hospital awam kelas pertama dalam rawatan tertiari yang komprehensif dengan set bidang yang lengkap, operasi dan pengurusan yang cekap, juga ciri-ciri yang unik.

Jawatankuasa Pengurusan Chengdu Kawasan Baharu Tianfu akan bertanggungjawab dalam pelaburan dan pembinaan, pemantauan dan pemeriksaan, juga sebagai penetapan institusi bagi hospital baharu tersebut, sementara West China Hospital akan turut serta dalam rekaan dan pembinaan hospital tersebut, juga bertanggungjawab dalam pengurusan dan operasi perniagaan perubatan hospital tersebut.

Dengan jumlah pelaburan kira-kira 4 bilion yuan ($568.4 juta), hospital tersebut akan terletak di kawasan utama di Kawasan Baharu Tianfu. Ia akan dilengkapi dengan 1,200 buah katil, 2,000 tempat letak kereta, 14 pusat perubatan, 68 bilik bedah, juga sebuah helipad di atas bumbung.

Hospital tersebut dijangka akan siap dan akan beroperasi pada tahun 2021. Ia dijangka akan menjadi pusat perubatan peneraju tempatan dan kelas pertama di peringkat antarabangsa apabila ia siap nanti.

Li Weimin, presiden West China Hospital, berkata bahawa usahasama antara dua pihak dalam membina West China Tianfu Hospital merupakan sebuah langkah yang penting bagi melaksanakan strategi China Sihat dan menjadi satu langkah yang khusus dalam melaksanakan pembaharuan dalam bidang perubatan.

Pembinaan dan operasi hospital tersebut akan memenuhi segala keperluan perubatan penduduk China Barat yang selanjutnya, dan ia juga akan menjadi asas yang utuh dalam pembangunan berkualiti tinggi bagi Kawasan Baharu Tianfu, tambah beliau.

Kawasan Baharu Tianfu akan memanfaatkan West China Tianfu Hospital bagi membina sebuah sistem perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang bersepadu yang meliputi pencegahan, rawatan, pemulihan dan jagaan kesihatan, ia berusaha untuk membina kawasan baharu tersebut untuk menjadi sebuah hab perkhidmatan perubatan yang bakal memberikan khidmat kepada wilayah-wilayah dan negara-negara "Jalur dan Jalan".

West China Hospital telah menduduki tempat pertama di China selama lima tahun berturut-turut dalam "Senarai Impak Saintifik Hospital-hospital Cina." Ia juga menduduki tempat ke-38 di dunia dan tempat pertama di China dalam senarai Nature INDEX.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191210/2666084-1?lang=0

Source: Chengdu Management Committee of Tianfu New Area
Keywords: Construction/Building Health Care/Hospital Contracts