omniture

Webb Fontaine Menang Tiga Anugerah Berprestij di Nigeria Technology Awards 2019

Webb Fontaine
2019-12-13 20:13 187

DUBAI, U.A.E, 13 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Webb Fontaine, penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian untuk Pemudahan Perdagangan yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan, diiktiraf sebagai salah satu daripada pemenang terbesar di Nigerian Technology Awards (NiTA) 2019 tahunan.

Webb_Fontaine_Nigeria_Technology_Awards
Webb_Fontaine_Nigeria_Technology_Awards

Diadakan di Ace-Olivia Hall, Lagos, Nigeria Webb Fontaine meraih tiga anugerah berprestij iaitu Penyedia Perkhidmatan Infrastruktur e-Kerajaan Terbaik Tahunan, Syarikat Pembangunan Perisian Terbaik Tahunan dan Anugerah Pengiktirafan Khas untuk En. Ope Babalola, Pengarah Urusan Webb Fontaine Nigeria.

Sebagai Pengarah Urusan Webb Fontaine Nigeria, Ope Babalola bertanggungjawab untuk mengurus pelaksanaan penyelesaian teknologi Webb Fontaine di Nigeria dan memainkan peranan penting dalam penyelesaian mereka yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan.

"Bagi pihak Webb Fontaine, ini merupakan satu penghormatan apabila diiktiraf oleh NiTA sebagai Penyedia Perkhidmatan Infrastruktur e-Kerajaan Terbaik Tahunan dan Syarikat Pembangunan Perisian Terbaik Tahunan. Sejak tahun 2006, kami telah menjadi rakan kongsi teknologi rasmi untuk Nigerian Customs Service dan anugerah-anugerah ini merupakan bukti hubungan kukuh yang telah dibina oleh kami selama bertahun-tahun. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Webb Fontaine atas usaha berterusan mereka dalam pembangunan penyelesaian bertaraf dunia untuk pemerkasaan masyarakat setempat dan kerajaan," ulas Ope Babalola, Pengarah Urusan Webb Fontaine Nigeria.

Kini memasuki tahun kelimanya, NiTA mengiktiraf setiap tahun usahawan teknologi utama, golongan profesional teknologi, organisasi korporat, penginovasi, ilmuwan, pencipta dan penggubal dasar (Kerajaan) di Nigeria; anugerah-anugerah berkenaan bertujuan untuk membina Anugerah Teknologi yang berskala luas dan diiktiraf di peringkat antarabangsa di Nigeria.

Anugerah berkenaan menandakan langkah yang besar untuk Webb Fontaine memandangkan penyelesaian teknologi mereka diiktiraf merentas benua.

Webb Fontaine terdiri daripada 15 pejabat dalam pasaran-pasaran seluruh dunia dan telah bekerjasama dengan entiti-entiti kerajaan dan swasta yang berbeza untuk menyediakan mereka dengan penyelesaian teknologi bagi memudahkan proses-proses perdagangan. Penyelesaian dan perkhidmatan inovatifnya direalisasikan di Pusat-pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang berfungsi secara menyeluruh bagi memastikan ia digunakan dengan betul dan cekap. Terletak di Armenia, Perancis dan Filipina; Webb Fontaine membuat pelaburan yang besar bagi memastikan setiap kemudahan dilengkapi dengan teknologi disruptif seperti AI dan Pembelajaran Mesin untuk tekal membangunkan penyelesaian baharu buat pelanggannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Webb Fontaine dan suit penyelesaian teknologinya, sila kunjungi: www.webbfontaine.com

Latar Belakang Webb Fontaine:

Dipercayai oleh kerajaan seluruh dunia, Webb Fontaine menyediakan penyelesaian seluruh industri bagi mempercepatkan pembangunan dan pemodenan perdagangan. Syarikat menggunakan teknologi unik termasuk Kecerdasan Buatan untuk membolehkan negara-negara muncul sebagai peneraju demi masa depan perdagangan.

Pemindahan pengetahuan menjadi teras dalam Webb Fontaine; terdiri daripada sepasukan pakar yang berkhidmat secara menyeluruh, memperkasa masyarakat setempat dan juga kerajaan.
Sebagai peneraju industri dengan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terbesar dalam industri, Webb Fontaine tekal membangunkan amalan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan negara, sempadan dan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.webbfontaine.com  

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1044074/Webb_Fontaine_Nigeria_Technology_Awards.jpg  

Source: Webb Fontaine
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications Awards