omniture

Cambium Networks Lantik Mary Peterson sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pemasaran

Cambium Networks
2019-12-13 20:42 125

Veteran perangkaian tanpa wayar penyedia perusahaan dan perkhidmatan bakal isi jawatan yang baru diwujudkan

ROLLING MEADOWS, Illinois, 13 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Cambium Networks (NASDAQ: CMBM), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian perangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan pelantikan Mary Peterson untuk jawatan yang baru diwujudkan iaitu naib presiden kanan dan ketua pegawai pemasaran (CMO), melapor kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) Atul Bhatnagar.

Baru-baru ini Peterson merupakan naib presiden pemasaran global untuk Ruckus Networks, sebuah perniagaan CommScope Inc. Menerusi jawatan ini, tumpuan beliau adalah untuk mengekalkan kedudukan kepimpinan Cambium Networks dalam Jalur Lebar Tanpa Wayar Tetap (FWB) sekali gus membina jenama pencabar dalam segmen tanpa wayar perusahaan. Beliau ditauliahkan dengan pembinaan strategi pemasaran bersepadu yang memajukan strategi global Cambium Networks bagi mengukuhkan pengiktirafan pasaran dan mempercepatkan pertumbuhannya.

"Mary berjaya memimpin pasukan pemasaran global dan memahami bagaimana untuk menghubungkan pelanggan dan rakan kongsi dengan berkesan dalam perbincangan tentang pinggir rangkaian yang pesat berkembang," kata Bhatnagar. "Beliau memegang rekod prestasi yang mantap dalam menyelaraskan strategi-strategi jualan dan pemasaran yang tidak ternilai memandangkan garisannya kabur antara gerakan jualan tradisional dan pemasaran digital. Saya teruja dengan adanya beliau sebagai sebahagian daripada pasukan apabila kami meluaskan kedudukan kepimpinan kami dalam Jalur Lebar Tanpa Wayar Tetap, kepada platform fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung yang beroperasi dalam keadaan yang paling mencabar."

"Saya berbangga untuk menyertai Cambium Networks; kami memberi tumpuan khusus untuk mengukuhkan sambungan tanpa wayar antara orang ramai, tempat dan benda," kata Peterson. "Kami mempunyai beberapa jurutera radio yang terbaik dalam industri dan bersedia untuk menjadi peneraju bagi penumpuan antara Rangkaian Kawasan Luas (WAN) tanpa wayar dan Rangkaian Kawasan Setempat (LAN), disediakan sebagai perkhidmatan gabungan oleh komuniti rakan kongsi kami."

Latar Belakang Mary Peterson
Mary ialah seorang eksekutif pemasaran teknologi bertumpu jualan yang mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman membangunkan pasukan pemasaran global yang berjaya meningkatkan kesedaran jenama, penglibatan audiens dan mencapai skala dengan rakan-rakan kongsi saluran.

Dahulunya sebagai Naib Presiden Pemasaran Global di Ruckus Networks yang kini sebuah perniagaan CommScope Inc., Mary memimpin transformasi digital pemasaran dan pembangunan enjin penjanaan permintaan serta mengurus pemasaran lapangan dan rakan kongsi, pemasaran acara dan komunikasi sosial dan pempengaruh. Kerjaya pemasaran beliau yang berpangkalan di Silicon Valley turut melibatkan pelbagai jawatan pemasaran dalam HP Enterprise dan Compaq Computer.

Mary berkelulusan MBA dalam bidang kewangan dan perniagaan antarabangsa daripada University of Chicago Booth School of Business dan BA dalam Ekonomi serta Bahasa Perancis daripada St. Lawrence University, Canton, New York.

Latar Belakang Cambium Networks

Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan antara orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform diurus awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. 

Hubungan Media
Sara Black
213.618.1501
sara@bospar.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/117974/cambium_networks_logo.jpg

Source: Cambium Networks
Related Stocks:
NASDAQ:CMBM
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Personnel announcements