MILAN, 17 Disember 2019 /PRNewswire/ -- S.Pellegrino mengumumkan finalis bagi pencarian bakat kulinari globalnya, S.Pellegrino Young Chef 2020. Dilancarkan pada tahun 2015, inisiatif ini bertujuan untuk memupuk masa depan Gastronomi dengan mempromosikan bakat kulinari generasi seterusnya.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8662151-s-pellegrino-young-chef-2020/
Tahun ini, seramai 134 peserta dari seluruh dunia - berumur antara 18 dan 30 tahun - mengambil bahagian dalam 12 Peringkat Akhir Serantau dan ini telah dihadkan kepada hanya 12 peserta, yang akan bersaing dalam peringkat akhir pada Mei 2020. Klik di sini untuk melihat pemenang-pemenang https://www.sanpellegrinoyoungchef.com/en/finalists
S.Pellegrino percaya bahawa mereka yang berada di tahap termaju dalam gastronomi merintis penggunaannya sebagai wadah untuk memberi kesan dan perubahan sosial dan hal ini telah ditunjukkan oleh cef-cef muda sepanjang pertandingan. Sebagai contoh, di Jerman, pemenang pertandingan Eropah Tengah, Levente Koppany mencipta hidangan masakan khas yang menceritakan kisah menarik untuk menghormati alam semula jadi dan bertindak untuk memelihara alam sekitar. Begitu juga di Moscow, pemenang Euro-Asia Vitalii Savelev mengulas bahawa beliau percaya seorang cef akan memberi kesan melangkaui sekadar memasak hidangan.
Selain kedudukan yang menjadi rebutan dalam peringkat akhir, turut disampaikan ialah Acqua Panna Award for Connection in Gastronomy, diundi oleh semua mentor yang mengiringi peserta-peserta muda semasa pertandingan tersebut dan Fine Dining Lovers Food for Thought Award, yang diundi oleh komuniti dalam talian Fine Dining Lovers di seluruh dunia.
Akhir sekali, anugerah ketiga diperkenalkan tahun ini: S.Pellegrino Award for Social Responsibility, yang diundi oleh Food Made Good, suara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi Kemampanan dalam makanan. Anugerah ini diberikan kepada hidangan masakan yang menonjolkan prinsip bahawa makanan adalah yang terbaik apabila ia merupakan hasil daripada amalan yang lestari. Memberi ganjaran kepada mereka dengan pendekatan baharu terhadap kelestarian, hakim-hakim untuk anugerah Tanggungjawab Sosial melihat kesan daripada setiap hidangan dari segi perubahan iklim, kepelbagaian bio, sisa makanan, penggunaan sumber, pemakanan, kolaborasi, advokasi dan inovasi.
Asal-usul merupakan topik kelestarian yang hangat dengan satu perempat daripada semua cef menekankan kepentingan penyumberan bahan-bahan tempatan. Isu kedua yang paling disebut-sebut ialah sisa makanan, menekankan kesedaran cef-cef untuk meminimumkan sisa makanan.
Pencapaian positif yang berkaitan dengan kepelbagaian inisiatif berkenaan melengkapkan acara kemuncak Pertandingan Serantau 2019. Pada awal edisi ini, S.Pellegrino menyatakan komitmen untuk meningkatkan keseimbangan gender dalam inisiatifnya, memandangkan ia menyedari bahawa Gastronomi boleh menjadi persekitaran yang mencabar, kadang kala kurang kepelbagaian. Atas sebab ini, sekurang-kurangnya tiga cef wanita terlibat dalam setiap Peringkat Akhir Serantau dan panel penilaian menyaksikan buat kali pertama pembahagian yang sama rata dengan 50% ahli juri lelaki dan 50% ahli juri wanita dalam seluruh inisiatif tersebut. Tambahan pula, di lebih separuh daripada kawasan berkenaan, bilangan ahli juri wanita adalah lebih tinggi berbanding ahli juri lelaki.
Pengumuman selanjutnya akan dibuat berhubung cef-cef terkenal yang akan menjadi sebahagian daripada Juri Global 2020, selain butiran lanjut tentang Bahagian Akhir 2020 yang amat dinanti-nantikan.