omniture

ZTE umum telefon pintar 5G Axon baharu serasi dengan mod SA/NSA

ZTE Corporation
2019-12-18 10:18 410

SHENZHEN, China, 18 Disember 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet mudah alih, hari ini mengumumkan telefon pintar terunggul yang terkini ZTE Axon 10s Pro yang serasi dengan kedua-dua mod SA dan NSA5G. Peranti ini akan disediakan secara komersial di China pada suku pertama tahun 2020. Berasaskan Android 10, ZTE Axon 10s Pro dikuasakan oleh Platform Mudah Alih 5G Qualcomm® Snapdragon™ 865 terunggul baharu yang mempunyai Sistem Modem-RF 5G Qualcomm® Snapdragon™ X55, platform mudah alih 5G yang paling canggih di dunia. 

ZTE Axon 10s Pro
ZTE Axon 10s Pro

ZTE Axon 10s Pro mempunyai teknologi Wi-Fi 6 terkini yang dapat menyediakan pengguna dengan kelajuan luar biasa sehingga 1.2 Gbps (data ujian makmal) serta kependaman rendah, khususnya dalam persekitaran sesak yang mana banyak peranti berkongsi sumber rangkaian yang terhad.

Di samping itu, ZTE Axon 10s Pro menyokong pelbagai sambungan rangkaian, membolehkan pengguna untuk menghubungkan peranti ini kepada dua rangkaian tanpa wayar seperti 2.4GHz dan 5 GHz, secara serentak untuk kestabilan yang lebih tinggi dan kelajuan yang lebih pantas.

ZTE Axon 10s Pro mempunyai kelebihan unik iaitu penukaran lancar daripada isyarat Wi-Fi kepada rangkaian LTE atau 5G, hasil daripada penyelesaian peningkatan rangkaian penggalak-pautan, yang membolehkan respons pintar kepada persekitaran isyarat yang rumit melalui algoritma berkelajuan tinggi yang dibangunkan sendiri dan juga persepsi pintar. Peranti berkenaan akan menilai sama ada rangkaian semasa cukup bagus untuk digunakan, kemudian berpindah secara automatik kepada sambungan data LTE atau 5G untuk pengalaman internet yang lebih baik dan kependaman yang lebih rendah.

Selain daripada Platform Mudah Alih Snapdragon 865 yang terkini, telefon pintar ini juga mempunyai memori RAM LPDDR5 dan storan ROM UFS3.0 yang menawarkan kecekapan operasi yang lebih tinggi dan kelajuan membaca/menulis yang lebih cepat.

"ZTE aktif dalam mempromosikan peranti 5G di seluruh dunia bagi membolehkan lebih ramai pengguna menikmati pengalaman ekstrem yang dibawakan oleh 5G. Kami akan menyediakan siri peranti terminal 5G yang pelbagai bagi memenuhi keperluan baru muncul daripada pengguna dan pelanggan untuk senario aplikasi 5G," kata Xu Feng, Naib Presiden Kanan di ZTE Corporation dan Presiden Divisyen Peranti Mudah Alih ZTE. "Pada tahun 2020, ZTE akan mengumumkan lebih daripada 15 peranti terminal 5G, termasuk hampir 10 telefon pintar 5G di seluruh dunia. Selain daripada ZTE Axon 10s Pro, ZTE akan mengumumkan telefon pintar 5G generasi seterusnya dengan harga yang berpatutan iaitu kurang daripada RMB 3,000 pada suku pertama tahun 2020."

Komited terhadap inovasi teknologi, ZTE mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mantap serta melakar kemajuan yang hebat dalam meningkatkan prestasi peranti melalui penyelesaian pengoptimuman perisian dan perkakasan bersepadu.

Tambahan pula, ZTE Axon 10s Pro menerima pakai enjin pengoptimuman sistem pemandangan penuh generasi baharu Z-Booster 2.0, yang memperuntukkan sumber sistem dengan pintar berasaskan algoritma AI, seraya dapat mencapai pengalaman penggunaan yang lebih lancar bagi permainan video dan senario berbilang tugas. Z-Booster 2.0 terdiri daripada tiga modul fungsian, termasuk App-Booster, System-Booster dan Link-Booster, masing-masing menjadikan aplikasi bermula dengan lebih cepat, melakukan tugasan dengan lebih cekap dan menyediakan pengalaman internet serta komunikasi yang lebih baik.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 buah negara.

Setakat ini, ZTE telah memperoleh 35 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media:

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191216/2672271-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services