omniture

Teknologi Penjanaan Bahasa Tabii Arria Lanjutkan Liputan BBC untuk Pilihan Raya UK

Arria NLG
2019-12-19 01:00 111

Laman sesawang BBC News lanjutkan penggunaan kecerdasan buatannya dalam kewartawanan separa automatik, memanfaatkan Arria NLG untuk membantu menerbitkan berita dan keputusan pilihan raya setempat bagi setiap satu daripada 690 kawasan pilihan raya United Kingdom beberapa minit setelah undian diisytiharkan

MORRISTOWN, New Jersey, 19 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Arria NLG hari ini melaporkan bahawa laman sesawang BBC News, melalui projek Kandungan Tempatan Separa Automatik (Salco), melanjutkan penggunaan platform Penjanaan Bahasa Tabii (NLG) Arria untuk mengautomasikan penghasilan liputan berita tentang pilihan raya yang dijalankan baru-baru ini di United Kingdom (UK).

BBC News website extends its use of artificial intelligence in semi-automated journalism, leveraging Arria NLG to help publish localized election news and results for each of the United Kingdom’s 690 constituencies minutes after votes are declared
BBC News website extends its use of artificial intelligence in semi-automated journalism, leveraging Arria NLG to help publish localized election news and results for each of the United Kingdom’s 690 constituencies minutes after votes are declared

Matlamat BBC News Labs adalah untuk meluaskan keupayaannya bagi menerbitkan kisah-kisah tersuai di kawasan serantau yang mengandungi statistik dan keputusan tempatan untuk setiap pelanggannya pada malam pilihan raya. Dengan Arria NLG, syarikat gergasi media mencapai objektifnya dan menerbitkan dengan jayanya ratusan artikel, menyampaikan data wilayah untuk setiap demografi pada salah satu malam berita yang paling sibuk dalam sejarah UK.

Arria NLG ialah sejenis kecerdasan buatan yang menukarkan data kepada bahasa bertulis atau dituturkan yang berwawasan. Sebelum pilihan raya tersebut, wartawan BBC telah membina pelbagai templat cerita dalam Salco menggunakan Arria NLG Studio yang meliputi semua senario dan hasil yang mungkin berlaku susulan tamatnya proses pengundian pada hari Khamis 12 Disember. Keputusan diproses secara automatik menggunakan Arria untuk menghasilkan artikel-artikel suara dan teks kontekstual bagi setiap kawasan pilihan raya, yang mana, sebelum penerbitan, disunting oleh wartawan BBC.

Dengan Arria NLG, BBC menerbitkan 689 kisah tempatan, 100,000 patah perkataan dalam masa 10 jam, menyampaikan keputusan pilihan raya pada waktu sebenar untuk setiap satu daripada 690 kawasan pilihan raya negara berkenaan. Kelajuan dan ketepatan yang terhasil daripada teknologi NLG Arria yang mengautomasikan penerbitan versi tempatan kisah berita dapat memperkasa editor dan wartawan yang bekerja dalam suasana sibuk yang didorong oleh tarikh akhir untuk meluaskan penerbitan mereka serta membawa lebih banyak liputan yang pesat kepada pasaran tempatan.

Dalam satu wawancara terkini, David Caswell, BBC News Labs, menekankan nilai yang disediakan oleh NLG kepada BBC dan pembacanya, mengulas bahawa, "Sistem Penjanaan Bahasa Tabii seperti Salco dapat merungkaikan kisah yang beraneka dan relevan yang terkandung dalam set data awam untuk semua orang di seluruh UK. Kisah-kisah tempatan ini, diceritakan dalam bahasa, gaya dan nada yang menjadikannya boleh diakses oleh audiens tempatan, boleh melibatkan lebih ramai orang dalam perdebatan didorong data yang sebelum ini hanya terbuka kepada mereka yang tahu tempat untuk mencari data." Baca wawancara penuh

"Ini melibatkan pelaksanaan tugas kewartawanan yang tidak dapat dilakukan oleh kami bersama manusia pada ketika ini," kata Robert McKenzie, editor BBC News Labs. "Menggunakan bantuan mesin, kami menghasilkan cerita untuk setiap kawasan pilihan raya yang diisytiharkan malam semalam dengan pengecualian kawasan pilihan raya yang masih belum selesai kiraan. Hal berkenaan tidak mungkin dapat dilakukan [menggunakan manusia]."

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan BBC News, salah sebuah syarikat media yang paling disegani secara meluas di dunia," kata Sharon Daniels, Ketua Pegawai Eksekutif Arria NLG. "Apa yang dicapai oleh pasukan BBC News pada malam pilihan raya merupakan satu peristiwa penting yang bersejarah untuk media seluruh dunia. Keadaaan penggunaan yang berjaya ini membuktikan sejauh mana teknologi bahasa tabii mengubah cara orang ramai bekerja dengan mengekstrak pandangan daripada data untuk menceritakan kisah yang lebih lengkap.

"Platform Arria NLG Studio menggabungkan analitik bahasa yang canggih dan linguistik pengkomputeran bersama-sama untuk menukarkan data terus kepada naratif penjelasan, berwawasan yang relevan untuk audiens yang menerima maklumat berkenaan."

Latar Belakang Arria NLG
Arria NLG ialah peneraju global dalam bidang Penjanaan Bahasa Tabii (NLG), satu bentuk kecerdasan buatan yang mengkhusus dalam mengekstrak pandangan daripada sumber data yang rumit dan menyampaikan maklumat tersebut dalam bahasa tabii (iaitu seolah-olah ditulis atau dituturkan oleh manusia). Syarikat ini memiliki, membangunkan dan melesenkan teknologinya melalui Platform Arria NLG Studio. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi https://www.arria.com/.

Hubungi: Lyndsee Manna, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan, +1 973 534 9478 atau melalui emel lyndsee.manna@arria.com 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1055908/bbc_news_ballot_box_crop.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/329543/Arria_NLG_Logo.jpg 

Source: Arria NLG
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet European Government Political campaigns