omniture

Quectel Terima Kelulusan AT&T Pertama Industri untuk Modul berasaskan 9205 Qualcomm

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
2019-12-19 05:11 327

SHANGHAI, 19 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal global yang terkemuka bagi modul IoT, hari ini mengumumkan bahawa AT&T telah memperakui modul LPWA generasi baharunya BG95-M3 untuk operasi pada rangkaian LTE-M dan NB-IoT pembawa. Sebagai modul selular pertama dalam industri yang berasaskan modem Qualcomm 9205 LTE yang telah memperoleh kelulusan AT&T, BG95-M3 akan membolehkan OEM untuk menggunakan serta merta pelbagai jenis peranti IoT di seluruh Amerika Utara. Ini akan mendayakan pelbagai jenis aplikasi seperti penjejak aset, meter pintar, sensor bandar pintar serta penjejak boleh pakai.

Menyasarkan pasaran global, modul BG95-M3 ialah varian yang amat bersepadu, menyokong Cat M1, Cat NB2, EGPRS dan GNSS bersepadu. Berbanding modul terdahulu, modul ini mematuhi 3GPP Release 14 dan memberikan keupayaan yang dipertingkat dari segi penggunaan kuasa, kadar data, VoLTE, GNSS serta keselamatan berasaskan perkakasan.

"Kami berasa teruja apabila menerima kelulusan AT&T, memandangkan ia mengesahkan lagi komitmen kami untuk menyediakan pelanggan dengan produk-produk berkualiti tinggi serta andal," kata Neset Yalcinkaya, Naib Presiden Produk di Quectel. "Dengan penggunaan kuasa yang ultra-rendah dan banyak ciri yang dipertingkat, modul BG95-M3 akan memperkayakan lagi vertikal IoT yang memerlukan sambungan kawasan-luas, berkuasa-rendah dengan kecekapan kos. Selain daripada BG95-M3, rangkaian BG95 kami menawarkan pelbagai varian untuk kawasan dan aplikasi berbeza, termasuk BG95-M1/M2/N1/M4/M5/MF. Modul-modul ini mengikuti laluan pensijilan yang sama, mempunyai jejak yang sama dan boleh menggantikan satu sama lain tanpa perlu menukar reka bentuk aplikasi."

Modul BG95-M3 juga telah memperoleh sijil pengawalseliaan dan pematuhan seluruh dunia termasuk FCC, IC, CE(RED), RCM, GCF dan PTCRB, dan akan memulakan pengeluaran besar-besaran pada Januari 2020.

Teks penuh disediakan di laman sesawang Quectel: http://www.quectel.com/infocenter/news/602.htm 

Latar Belakang Quectel 

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd. (Kod Saham: 603236.SS) ialah pembekal global yang terkemuka bagi modul-modul selular dan GNSS, dengan portfolio produk yang luas merangkumi teknologi tanpa wayar yang paling terkini iaitu 5G, LTE/LTE-A, NB-IoT/LTE-M, UMTS/HSPA(+), GSM/GPRS dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT profesional dan pembekal modul selular, Quectel berupaya menyediakan perkhidmatan sehenti kepada modul selular IoT. Produk-produk Quectel telah digunakan secara meluas dalam bidang IoT/M2M termasuk pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, gerbang tanpa wayar, industri, penjagaan kesihatan, pertanian dan pemantauan persekitaran. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Quectel, laman-laman LinkedInFacebook dan Twitter.

 

Source: Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:603236
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment