![]() |
LONDON, 20 Disember 2019 /PRNewswire/ -- TerraPay, rangkaian pembayaran antarabangsa yang mengutamakan mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan UBA Group, kumpulan perkhidmatan kewangan pan-Afrika terkemuka yang beribu pejabat di Nigeria, bagi memudahkan perkhidmatan pemindahan wang waktu sebenar kepada pelanggannya di 20 buah negara dalam seluruh Afrika. http://www.moneytrans.eu/.
Perkhidmatan berkenaan yang kini dilaksanakan di lima buah negara dalam rangkaian UBA termasuk Ghana, Cote d'ivoire, Burkina Faso, Sierra Leone dan Cameroon, akan diperkenalkan kepada subsidiari-subsidiari Bank yang lain di Chad, Liberia, Senegal, Uganda, Congo Brazzaville, Guinea Conakry, Kenya, Mali, Zambia, Congo DRC, Gabon, Mozambique, Tanzania dan Republik Benin dalam masa terdekat.
Sampson Aneke, Ketua Kumpulan, Transaksi dan Perbankan Elektronik, UBA Group, sambil mengulas tentang perkongsian ini menyebutkan bahawa Afrika ialah salah satu penerima kiriman wang yang terbesar di dunia. Beliau turut mengatakan bahawa tatkala teknologi terus mendayakan perdagangan dan pelaburan rentas-sempadan, ketersediaan perkhidmatan pemindahan wang waktu sebenar telah menjadi amat penting.
"Sebagai bank global Afrika, kami berbesar hati untuk membuka peluang baharu kepada pemindahan wang waktu sebenar dengan kerjasama TerraPay. Ini merupakan satu lagi langkah yang amat besar bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan untuk pelanggan kami di seluruh dunia," tambah Aneke.
Mengulas mengenai perkongsian berkenaan, Ambar Sur, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif TerraPay, berkata, "Perkongsian bersama UBA Group ini akan memainkan peranan penting dalam perkhidmatan kiriman wang rentas sempadan di seluruh Afrika, Amerika dan juga Eropah. Kami berasa gembira untuk membawa kemudahan pemindahan wang rentas-sempadan yang segera, terus kepada mana-mana akaun UBA dalam dua puluh buah negara."
Afrika ialah salah satu penerima kiriman wang yang terbesar. Kiriman wang ke Sub-Sahara Afrika meningkat hampir 10 peratus kepada $46 bilion pada tahun 2018, disokong oleh keadaan ekonomi yang kukuh dalam negara-negara berpendapatan tinggi. Ia juga dijangka meningkat pada tahun 2019.
Pada awal tahun 2017, TerraPay juga mendapat kelulusan daripada Bank of Uganda bagi memudahkan pemindahan wang Antarabangsa kepada dompet mudah alih di negara berkenaan. Syarikat ini turut mendapat kelulusan kawal selia yang membolehkan pemindahan wang rentas-sempadan kepada dompet mudah alih di Kenya dan Tanzania serta menjadi satu-satunya suis pembayaran mudah alih berlesen yang dilengkapi untuk menyampaikan pembayaran rentas-sempadan kepada dompet mudah alih di rantau Afrika Timur.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, TerraPay telah memperoleh lesen di United Kingdom, Mauritius, Botswana, Congo B, DRC dan Afrika Selatan bagi membolehkan pemindahan wang rentas-sempadan kepada dompet mudah alih.
Hubungi Perhubungan Awam
Sundeep Mehta
Pengurus Perhubungan Awam Global
TerraPay, Belanda
E-mel- contactus@terrapay.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/717237/TerraPay_Logo.jpg