omniture

Dable Jalin Kerjasama dengan Malaysiakini Sediakan Cadangan Kandungan Diperibadikan

Born2Global Centre
2019-12-23 10:30 199

SELANGOR, Malaysia, 23 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Dable, platform penemuan kandungan utama di Asia dan syarikat anggota Born2Global Centre, telah menjalin satu perkongsian dengan Malaysiakini, platform berita bebas yang terkemuka di Malaysia.

Dable signed a partnership contract with Malaysiakini, Malaysia’s leading independent news platform.
Dable signed a partnership contract with Malaysiakini, Malaysia’s leading independent news platform.

Dengan perkongsian ini, Dable akan menyediakan penyelesaian cadangan kandungan diperibadikan di laman sesawang Malaysiakini, melalui widget. Perkhidmatan ini akan membantu meningkatkan trafik laman sesawang dan meningkatkan penggunaan artikel dengan memberi suapan kepada pembaca berdasarkan kandungan yang diminati oleh mereka.

Dable ialah sebuah syarikat baharu yang berpangkalan di Korea Selatan yang menggunakan data raya dan teknologi pemperibadian untuk menganalisis kandungan media yang digunakan oleh pengunjung pada waktu sebenar dan memberi cadangan diperibadikan yang berkualiti.

Di laman sesawang Malaysiakini, Dable akan mengendalikan "Dable News," yang memberi cadangan kandungan diperibadikan berdasarkan analisis terhadap jantina, umur dan corak tingkah laku pengunjung ke laman tersebut yang dijalankan menggunakan teknologi AI. Dengan widget, seperti "Kandungan lain yang mungkin anda suka" ("Other content you may like") di bahagian bawah laman sesawang, Malaysiakini akan berpeluang untuk meningkatkan kepuasan pengguna, mengekalkan pembaca di laman sesawang tersebut dengan lebih lama dan meningkatkan paparan halamannya.

Dable menyediakan beberapa algoritma cadangan yang boleh digunakan secara selektif bergantung pada ciri-ciri jenis media yang diingini termasuk: "Artikel Diperibadikan," yang menyediakan kandungan yang disesuaikan mengikut minat setiap pengguna, "Artikel Dibaca Dengan Teliti" ("Perused Articles"), yang menunjukkan kandungan yang telah dibaca sebelumnya oleh pengguna dan "Popular mengikut Jantina/Umur" ("Popular by Gender/Age"), yang menunjukkan item-item berita mengikut populariti oleh jantina dan/atau umur.

Di Korea, Dable memegang 80 peratus bahagian pasaran. Pada tahun 2017, syarikat ini, berdasarkan kehandalan teknologi unggulnya, melebarkan sayap ke beberapa pasaran Asia termasuk Taiwan, Jepun, Indonesia dan Vietnam. Pada masa kini, Dable menjalin perkongsian dengan kira-kira 1,800 syarikat media di Korea (MBC, MSN dan Kakao), Indonesia (Liputan6, Suara dan Kaskus), Vietnam (Thanh Niên, Saostar, dan Bongda), serta negara-negara/wilayah-wilayah lain di Asia.

Dable akan turut menyediakan "Iklan Natif Dable" ("Dable Native Ad") yang mempromosikan minat pembaca terhadap kandungan tertentu melalui Dable News dan menunjukkan iklan yang sepadan dengan reka bentuk kandungan yang dicadangkan. Berbeza dengan iklan natif konvensional, yang dipaparkan secara rawak kepada semua pengunjung, Dable Native Ad berpotensi untuk menjadi lebih berkesan, memandangkan iklan diperibadikan berdasarkan analisis kandungan yang telah digunakan oleh pengguna dalam talian serta minat pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Dable Lee Chaehyun berkata, "Pada masa lalu, peningkatan paparan halaman adalah penting untuk meningkatkan keuntungan syarikat media. Namun demikian, syarikat-syarikat media global hari ini menjadi semakin menumpu untuk mengekalkan pengunjung di laman sesawang mereka selama mungkin. Sebagai platform penemuan kandungan yang utama di Asia, Dable menyediakan kandungan diperibadikan kepada pengunjung laman sesawang mengikut minat khusus mereka, yang membantu meningkatkan bukan sahaja bilangan paparan halaman setiap pengunjung dan kadar kunjungan semula, tetapi juga jumlah masa yang dihabiskan oleh pengunjung di laman sesawang berkenaan. Melalui perkongsian ini, kami berharap agar dapat meningkatkan tahap kepuasan pengunjung ke laman sesawang Malaysiakini dan juga meningkatkan pendapatan pengiklanan laman sesawang tersebut."

Untuk maklumat lebih terperinci tentang Dable, kunjungi http://dable.io/en/.

Hubungan Media

Dable: Karen D'cruz (bizdev@dable.io)
Born2Global Centre: Jina Lee (jlee@born2global.com)

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191217/2673625-1?lang=0

Source: Born2Global Centre
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements