omniture

China Mobile International Buka Pusat Data UK

China Mobile International Limited (CMI)
2019-12-23 14:00 535

LONDON, 23 Disember 2019 /PRNewswire/ -- China Mobile International Limited (CMI) secara rasmi membuka Pusat Datanya di UK pada awal Disember. Sebagai pusat data yang dibangunkan secara khusus, bangunan baharu ini merupakan pusat data pertama CMI di Eropah dan satu tambahan penting kepada rangkaian globalnya yang semakin berkembang. Berkhidmat sebagai hab Pertukaran Rangkaian Antarabangsa dan Pusat Data Internet (IDC), Pusat Data UK menyokong inisiatif 'Jalur dan Jalan' dengan menyediakan sambungan dan membolehkan hubungan rapat antara Asia dan Eropah.

Pusat Data UK CMI
Pusat Data UK CMI

Asia dan Eropah merupakan rakan dagangan utama dengan aliran pelaburan antara rantau yang kuat dan kerjasama yang semakin meningkat dalam pendidikan, penyelidikan dan bidang lain. Dengan penyambungang gentian yang cemerlang, kapasiti kuasa yang stabil dan tenaga kerja IT yang berkemahiran tinggi, UK juga merupakan hab pusat data utama bagi Eropah.

Dengan memperluaskan rangkaian pusat data global ke UK, CMI menyokong peningkatan sambungan bagi perniagaan multinasional dari Asia Pasifik dan Eropah dalam era baharu globalisasi digital. Pusat Data UK berhubung dengan lancar dengan pusat data Singapura CMI yang baru dibuka, Pusat Rangkaian Global (GNC) di Hong Kong, China, dan komunikasi mudah alih global dan infrastruktur awan globalnya yang meluas. CMI kini sedang membina pusat data khusus di Frankfurt, Jerman serta lokasi-lokasi lain.

Melalui sambungan langsung dengan lingkaran tempatan CMI di Eropah dan sistem kabel SMW5 Asia-ke-Eropah, pusat data ini boleh dikaitkan dengan sistem kabel bawah laut Asia Pasifik CMI, SJC, APG dan SJC2. Ini membolehkan sambungan lancar dalam dan antara Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Lautan Hindi dan Asia Pasifik, memberikan pelanggan perniagaan sambungan berkelajuan tinggi dengan sumber rangkaian global CMI yang luas.

Pusat data UK juga boleh memanfaatkan sumber sistem kabel bumi yang mantap yang meliputi wilayah jalur dan jalan - terutamanya, Transit Eropah-Asia 2 (TEA-2), Transit Eropah-Asia 3 (TEA-3), Eropah-Rusia-Mongolia-China (ERMC), dan Laluan Pelbagai untuk rangkaian Pasaran Eropah dan Asia (DREAM). Rangkaian keseluruhan menyediakan akses cepat ke lebih daripada 300 bandar di 31 wilayah dan rantau di seluruh Tanah Besar China.

Sebagai salah satu Cloud Connect PoP yang menyediakan akses kepada penyedia awan awam dan platform pertukaran awan, Pusat Data UK juga membantu perusahaan melaksanakan penyelesaian berbilang awan dan hibrid-awan dan menghubungkan rangkaian mereka di seluruh dunia, menyampaikan penyepaduan rangkaian awan yang tangkas dan profesional serta perkhidmatan pengurusan hujung-ke-hujung.

"Pembukaan pusat data baharu kami di UK ialah tanda komitmen CMI dalam mempromosikan sambungan berkelajuan tinggi yang selamat dan boleh dipercayai di seluruh dunia, dan kami terus melihat permintaan pelanggan yang kukuh untuk penyelesaian sambungan, awan dan penyelesaian penghantaran kandungan antara Asia Pasifik dan Eropah, tambahan pula juga di kalangan wilayah Timur Tengah dan Afrika," kata Dr Li Feng, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif China Mobile International Ltd.

"Dalam era data raya, pusat data memainkan peranan utama dalam memudahkan pertukaran maklumat. CMI menyediakan perkhidmatan kedai sehenti, membolehkan peluang tanpa kebimbangan bagi perusahaan mengembangkan perniagaan mereka. Pusat Data UK kami menyediakan platform yang mantap untuk memenuhi keperluan sektor kewangan, perniagaan internet dan industri digital yang didigitalkan hari ini dan untuk masa depan," tambah Dr Li.

Terletak di Slough Trading Estate, Pusat Data UK CMI menempatkan lebih daripada 1,600 rak. Pusat Data telah memperolehi piawaian pusat data Uptime Institute Tier III TCDD dan menawarkan 99.99% perkhidmatan dan ketersediaan kuasa.

Sebagai tambahan kepada reka bentuk yang boleh dipercayai dari tiga kabel gentian kabel individu, kemudahan ini mendapat bekalan dwikuasa daripada dua pencawang kuasa yang berlainan. Sistem kuasa disokong oleh Transformer 2N dan Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS), yang dilengkapi dengan bateri sandaran selama 10 minit di bawah beban penuh. Sistem penyejukan pusat data disokong oleh unit penyejukan pendingin bebas N+1 dan CRAC penyejukan-air N+3 yang digunakan untuk setiap dewan data, di mana penyimpanan air sejuk selama enam minit disediakan untuk sandaran penyejukan yang berterusan. Kemudahan ini mempunyai konfigurasi penjana diesel N+1 dengan penyimpanan bahan api selama 24 jam di bawah beban penuh.

CMI komited untuk menyediakan pelanggan penyelesaian sehenti-kedai dan perkhidmatan yang komprehensif termasuk perkhidmatan bernilai tambah seperti kolokasi profesional, sambung silang dan sokongan di kolokasi secara jarak jauh.

Dengan jejak global sistem kabelnya yang luas, tempat-tempat beroperasi dan pusat-pusat data, CMI akan terus memajukan kehadirannya di seluruh dunia dan memaksimumkan sinergi pusat data untuk mencapai penumpuan dan ketangkasan yang cekap, menyediakan akses global dengan sambungan jalur lebar yang besar kepada pelanggan antarabangsa.

Latar Belakang China Mobile International Limited 

China Mobile International Limited (CMI) merupakan anak syarikat milik penuh China Mobile, yang terutamanya bertanggungjawab ke atas operasi perniagaan antarabangsa China Mobile. Untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di pasaran telekomunikasi antarabangsa, China Mobile menubuhkan anak syarikat, CMI, pada Disember 2010. CMI kini mempunyai 70 sumber kabel darat dan dalam laut di seluruh dunia, dengan jumlah lebar jalur transmisi antarabangsa melebihi 60T, dan sejumlah 168 POP. Dengan Hong Kong, China sebagai tapak pelancarannya, CMI telah mempercepatkan pembangunan IDC global dengan ketara, mewujudkan rangkaian yang mantap untuk pengawanan pusat data. Dengan memanfaatkan sokongan yang kuat oleh China Mobile, CMI merupakan rakan kongsi dipercayai yang menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian telekomunikasi antarabangsa yang komprehensif kepada pengusaha, pembawa dan pengguna mudah alih antarabangsa. Beribu pejabat di Hong Kong, China, CMI telah memperluas jejaknya di 22 negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.cmi.chinamobile.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191219/2674896-1?lang=0

Source: China Mobile International Limited (CMI)
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Corporate Expansion New products/services