KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Vivo Technologies Sdn Bhd (vivo) dan Pine Payment Solutions Sdn Bhd telah berganding bahu untuk menawarkan Pelan Bayaran Ansuran (IPP) 0% disokong-jenama kepada semua pengguna kad kredit CIMB. IPP disediakan bagi pembelian telefon mudah alih V17 Pro dan NEX 3 yang terkini daripada vivo di sembilan kedai Thunder Match Technology (TMT) yang mengambil bahagian. Perkongsian ini akan membolehkan satu juta pengguna kad kredit CIMB untuk menukarkan pembelian telefon mudah alih vivo dalam-kedai TMT mereka kepada bayaran insurans bulanan yang mudah tanpa kos serta menerima bungkusan hadiah yang menarik termasuk pembesar suara JBL 2 Go untuk NEX 3 dan ScanDisk Drive untuk V17 Pro.
Kolaborasi perayaan istimewa ini akan disediakan di sembilan outlet TMT yang mengambil bahagian bermula pada 15 Disember 2019, tepat pada masanya untuk musim perayaan akhir tahun. Outlet-outlet ini termasuk TMT Megastore Mid Valley Megamall, vivo Mid Valley Megamall, TMT Megastore Gurney Plaza, TMT Megastore Plaza Low Yat, TMT Alamanda Shopping Centre, TMT Megastore The Mall, Mid Valley Southkey, vivo The Mall, Mid Valley Southkey, TMT Kota Bharu dan TMT Mesra Mall.
Mengulas tentang perkongsian ini, Chayan Hazra, Ketua - Perniagaan Pembayaran APAC, Pine Payment Solutions Sdn Bhd berkata, "Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan CIMB dan vivo bagi mendayakan penawaran unik ini di outlet-otlet TMT yang mengambil bahagian. Ini merupakan kali pertama di rantau ini apabila jenama telefon mudah alih pengguna global akan menawarkan bayaran ansuran bulanan yang mudah bagi menjadikan produknya lebih berpatutan buat pengguna. Kami komited untuk menawarkan penyelesaian dengan faktor kemampuan bagi meningkatkan bilangan pelanggan di Asia. Kami mempunyai ekosistem luas untuk tujuan ini di India yang membolehkan kami untuk mengembangkan perniagaan sebanyak berbilang kali ganda pada tahun lalu. Kami optimis untuk melancarkan IPP di Malaysia dan yakin bahawa ini akan membolehkan outlet-outlet jualan runcit TMT untuk menjual lebih banyak kepada pelanggannya. Kami berharap agar dapat memperluaskan penawaran IPP merentas jenama-jenama, dalam masa terdekat."
"Di vivo, kami membangunkan teknologi inovatif untuk menyelesaikan masalah utama pengguna dan memberi pengalaman yang lancar merentas seluruh rangkaian peranti kami. Kami komited untuk menjadi penetap trend dan pempengaruh dalam budaya belia. Perkongsian ini akan membantu kami untuk menjadikan produk kami lebih mudah dicapai untuk pengguna di Malaysia dan selaras dengan komitmen kami untuk memberi yang terbaik kepada pelanggan kami," kata Jeremy Lin, Pengarah Jualan Vivo Technologies Sdn. Bhd.
James Low, Pengarah Pemasaran Produk, TMT berkata, "Di TMT, kami berusaha untuk menjadi peneraju pasaran dan nama yang menjadi sebutan ramai di Malaysia dalam menyediakan penyelesaian teknologi maklumat sehenti dan tahap komitmen perkhidmatan tertinggi kepada pelanggan kami. Perkongsian ini merupakan sesuatu yang saling menguntungkan buat semua pihak."
Latar Belakang VIVO
Vivo Communication Technology Co. Ltd. ialah sebuah syarikat teknologi Cina yang dimiliki oleh BBK Electronics yang mereka bentuk dan mengeluarkan telefon pintar serta aksesori telefon pintar di China. Vivo Communication Technology menembusi pasaran Malaysia pada tahun 2014 melalui Vivo Technologies Sdn Bhd (vivo) dan kini mempunyai 5,000 outlet dan 20 pusat perkhidmatan di Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.vivo.com
Latar Belakang Pine Payment Solutions Sdn Bhd
Pine Payment Solutions Sdn Bhd ialah subsidiari Pine Labs Pte Ltd., sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura yang mempunyai operasi terbesarnya di India. Ia merupakan syarikat platform peniaga yang menyediakan pembiayaan dan teknologi transaksi jualan runcit langkah terakhir. Tawaran Pine Labs Singapura melalui subsidiari-subsidiarinya digunakan oleh lebih 1,50,000 peniaga di 3700 buah bandar dan kota di seluruh India dan Malaysia. Pada tahun 2019, Pine Labs Singapura mengambil alih syarikat penyelesaian cenderamata yang terkemuka di India, Qwikcilver. Pelabur-pelaburnya termasuk Sequoia India, PayPal, Temasek, Actis Capital, Altimeter Capital, Madison India Capital dan Sofina.
Hubungan Media:
Akanksha Jain
Pine Labs
Akanksha.jain@pinelabs.com
+91-9871900447