![]() |
SINGAPURA, 26 Disember 2019 /PRNewswire/ -- PeopleStrong, syarikat Kerja dan Teknologi Sumber Manusia yang terkemuka di Asia, mengumumkan pemerolehan Qilo, produk pengurusan prestasi SaaS yang membolehkan CXO untuk mendorong hasil perniagaan dan mewujudkan budaya berprestasi tinggi dengan menjajarkan prestasi-individu terhadap strategi perniagaan. Dengan pemerolehan ini, suit Teknologi HR yang sudahpun komprehensif daripada PeopleStrong, yang kini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 300 perusahaan di seluruh Asia melalui penawaran Pemerolehan Bakatnya, Pengurusan Tenaga Kerja dan Pengurusan Bakat, akan terus diperkukuh. Hari ini, lebih daripada 800 ribu pengguna daripada perusahaan seperti Aditya Birla Capital, Singlife, True Corp, Amara raja group, Chola Finance, Future Group dan Vmart mengalami kod kerja baharu bersama PeopleStrong. Qilo ialah pemerolehan ketiga oleh syarikat ini sejak dua tahun lalu.
Mengulas tentang peristiwa berkenaan, Sandeep Chaudhry, Presiden dan Ahli Lembaga, PeopleStrong, berkongsi, "Mengurus prestasi & produktiviti merupakan keutamaan tertinggi untuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan merupakan jangkaan utama daripada Ketua Pegawai Sumber Manusia (CHRO). Dengan Qilo, kami akan membantu pelanggan kami memudahkan dan mengukur pelaksanaan strategi serta menjajarkan prestasi individu terhadap hasil perniagaan merentas semua peringkat."
Qilo ialah Platform Pengurusan Prestasi Perniagaan Tangkas, diperbadankan pada Julai 2015. Ditubuhkan bersama-sama Arun Verma, Vikram Kohli dan Vipul Mathur, syarikat ini memenuhi keperluan jenama-jenama terkemuka merentas industri-industri. Steel1, SmartWorks, Chumbak dan Cardekho merupakan beberapa jenama yang mengalami faedah-faedah menjajarkan visi dan strategi organisasi terhadap prestasi-individu. Dengan Qilo, CXO memperoleh cara yang mudah untuk memastikan bahawa rancangan strategik mereka dilaksanakan dengan cara yang betul bagi memberi hasil perniagaan. Penambahan Qilo kepada suit produk PeopleStrong akan menyediakan faedah-faedah ini kepada pelanggan mereka dan meningkatkan keupayaan pengurusan bakat mereka.
Menurut Vipul Mathur, Pengasas Bersama, Qilo, "Kami berbesar hati untuk menyertai Pasukan PeopleStrong. Jarang sekali visi kedua-dua organisasi dan produk dapat dijajarkan dan inilah yang berlaku dalam kes kami. Kami amat teruja untuk bergerak ke arah pencetusan impak yang lebih besar kepada perusahaan di seluruh dunia."
Mengulas tentang peristiwa berkenaan, Vishal Saha, Ahli Pengasas, dan Ketua Pegawai Teknologi PeopleStrong, berkongsi, "Kod kerja yang baharu akan memerlukan perusahaan menerima pakai aplikasi yang bukan sahaja terhubung dengan lancar, tetapi dapat membantu orang ramai mencapai lebih lagi dalam segala-gala yang mereka lakukan. Kami di PeopleStrong dengan suit komprehensif produk Kerja dan Teknologi Sumber Manusia kami sentiasa berusaha untuk mencipta ekosistem ini dan dengan Qilo yang turut serta, perjalanan ke hadapan akan menjadi lebih menarik."
Hubungan Media:
Rajat Setia
rajat.setia@peoplestrong.com
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/946957/PeopleStrong_Logo.jpg