omniture

Sidang kemuncak PingWest SYNC SEA 2019 perkukuh hubungan antara syarikat-syarikat teknologi China dan SEA

PingWest
2019-12-27 09:06 460

BEIJING, 27 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Sidang kemuncak PingWest SYNC SEA 2019 melabuhkan tirainya pada 6 Disember di Singapura. Bertema "Membentuk Masa Depan", sidang kemuncak ini merupakan yang pertama seumpamanya, dianjurkan oleh media berita teknologi dalam talian utama dengan latar belakang Cina dan wartawan seluruh dunia, dan bertujuan untuk merapatkan jurang industri-industri teknologi dari China mahupun Asia Tenggara, pasaran yang berkembang paling pantas di seluruh dunia.

"Matlamat kami adalah untuk memecah sempadan dan memperkenalkan ekosistem teknologi dan usahawan Asia Tenggara kepada syarikat-syarikat teknologi serta pelabur-pelabur Cina yang ingin berkembang ke luar negara," kata Thomas Luo, Pengasas Bersama, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Editor PingWest semasa majlis pembukaan persidangan.

Sidang kemuncak ini menampilkan lebih daripada 300 pemimpin industri dan pelabur, bermula daripada syarikat-syarikat yang terkemuka seperti Ant Financial, Alibaba Cloud, Google Cloud, Twitter, ZEGO Technology dan nama-nama yang menjadi sebutan ramai dalam perniagaan modal usaha niaga seperti Sequoia Capital, Plug and Play Tech Center dan Golden Gate Ventures. Tetamu-tetamu meneroka topik-topik seperti penggunaan kecerdasan data untuk memperkasa Asia Tenggara, pengaplikasian AI dalam industri teknologi kewangan yang sedang mengalami pertumbuhan pesat di rantau tersebut, pengkomputeran awan, pengenalpastian biometrik, rantaian blok dan pelaburan merentas semua peringkat dengan mendalam.

Caixin dan Lianhe Zaobao (Nanyang Sin-Chew United Morning News) merupakan antara 20 outlet media domestik dan Singapura utama yang mengambil bahagian dan melapor tentang PingWest SYNC SEA 2019.

Pemimpin-pemimpin Industri Global menyampaikan pandangan mereka dan membincangkan tentang masa depan inovasi serta trend yang akan menakrifkan semula industri. Wu Shilin, Ketua Perniagaan Global Zoloz, syarikat pengenalpastian biometrik gred-kewangan yang terkemuka menginkubasi dalam Ant Financial, memperincikan strategi kemajuan teknologi syarikat untuk aplikasi pengenalpastian data dan biometrik masa depan. Syarikat menyediakan teknologi Know Your Customer elektronik (e-KYC) gred-kewangan kepada bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang terkemuka di seluruh dunia.

Wu berkata dalam ucapan beliau bahawa identiti digital bermula dengan faktor-faktor tunggal seperti nama pengguna dan kata laluan, kemudian ia ditingkatkan oleh faktor terjamin tambahan seperti SMS, token, kad pintar. Pada masa kini, identiti digital berkembang menjadi pengesahan yang mudah dalam telefon pintar dengan teknologi pengenalpastian biometrik, yang boleh dimanfaatkan oleh pasaran Asia Tenggara tatkala penembusan internet mudah alih berkelajuan tinggi terus bertambah baik.

Salah satu misi syarikat adalah untuk membantu bank serta institusi kewangan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih banyak dan lebih baik kepada 1.7 bilion orang di rantau ini yang sebelum ini tidak mempunyai akaun bank, membolehkan mereka untuk membuka akaun baharu, memohon pinjaman dan melabur secara dalam talian pada telefon pintar mereka dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan ratusan juta jam institusi-institusi dengan memperkemas perkhidmatan mereka.

Semasa menyampaikan ucapan beliau dalam sektor kecerdasan buatan perusahaan di sidang kemuncak tersebut, Lawrence Lu, pengarah urusan Asia dan Singapura di Tongdun Technology memperincikan risiko penipuan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh Asia Tenggara tatkala industri internetnya menjadi semakin rancak dan bagaimana syarikat-syarikat dapat mengurangkannya dengan bantuan kecerdasan buatan termaju.

Asia Tenggara mengalami kesan paling teruk akibat penipuan di rantau Asia-Pasifik, mengakibatkan kerugian hampir 40% yang berjumlah 650 juta dolar A.S., menurut pelbagai sumber data. Data yang diproses oleh syarikat Lu menunjukkan bahawa serangan bot ialah kaedah yang paling biasa digunakan dalam kegiatan palsu di rantau ini, menyumbang sebanyak 64.2% merentas enam buah negara Asia Tenggara yang ditinjau.

Tongdun Technology membantu perniagaan mengurangkan risiko dengan menggabungkan algoritma yang amat canggih ke dalam sistem pengurusan risiko bagi mengenal pasti dengan mudah corak yang mencurigakan dan transaksi yang melibatkan penipuan. "Kami yakin bahawa teknologi kami dapat membantu pelanggan institusi memberikan pengurusan risiko lebih baik yang dapat mengelakkan penipuan dengan berkesan," kata Lawrence Lu semasa menyampaikan ucapan dasar sebelah pagi di persidangan SYNC SEA 2019.

Lawrence Lu, pengarah urusan Asia dan Singapura di Tongdun Technology. Imej: PINGWEST
Lawrence Lu, pengarah urusan Asia dan Singapura di Tongdun Technology. Imej: PINGWEST

Industri pengkomputeran awan Asia Tenggara telah berkembang dari segi pelaburan mahupun perkhidmatan yang ditawarkan. Alibaba Cloud dan Google Cloud, dua penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan yang terbesar di rantau ini ditonjolkan di persidangan PingWest.

Dr. Derek Wang, pengurus besar Alibaba Cloud Singapore berkata awan memperkasa ekonomi digital di Asia Tenggara dan memberikan syarikat-syarikat besar serta perusahaan bersaiz kecil & sederhana dengan dorongan yang diperlukan, sebagaimana penyedia awan seperti Alibaba sering memberi banyak bantuan untuk membantu pelanggan berjaya.

"Terdapatnya peningkatan permintaan dari segi cara untuk menembusi pasaran Asia Tenggara daripada syarikat-syarikat besar serta PKS. Alibaba akan menyediakan khidmat runding dan infrastruktur teknologi yang diperlukan," kata Wang, menambah bahawa syarikat yakin dapat membantu semua saiz dan latar belakang perniagaan tempatan untuk berkembang di rantau ini dan memindahkan kejayaan mereka ke pelosok dunia yang lain. Alibaba Cloud kini mempunyai 56 zon ketersediaan di seluruh dunia, dengan 7 zon ketersediaan terletak di seluruh Asia Tenggara iaitu di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Mark Johnson, Ketua bagi Pakar Perusahaan APAC di Google Cloud berkata bahawa penyedia awan yang berpangkalan di A.S. memberi tumpuan untuk menggunakan teknologi pembelajaran mesin memenangi anugerahnya untuk membantu pelanggan menganalisis dengan lebih baik sejumlah besar data dan mengesan ancaman dengan lebih cepat dan tepat.

Persidangan PingWest 2019 SEA juga bermatlamat untuk memupuk hubungan antara pelabur-pelabur global dan tempatan bersama syarikat-syarikat dan para usahawan di Asia Tenggara. Pieter Kemps, Prinsipal di Sequoia Capital, berkata Asia Tenggara mempunyai potensi yang besar dan firma tersebut telah mengalihkan tumpuannya dan melabur lebih banyak masa dan dananya ke dalam pasaran ini.

"Teknologi Asia Tenggara mula mengalami pertumbuhan pesat. Anda boleh melihat modal-modal baharu mengalir masuk memandangkan pelabur-pelabur menyedari bahawa syarikat-syarikat teknologi di sini dapat mencapai kadar pertumbuhan yang sama sebagaimana beberapa syarikat yang berkembang paling pantas pada masa kini di seluruh dunia," kata Russ Neu, rakan kongsi di Quest Ventures.

Diadakan pada sebelah malam 6 Disember, makan malam pelayaran telah ditaja oleh Bank of Singapore. Pemimpin industri, pengasas syarikat baharu dan firma modal usaha niaga menghadiri acara tersebut, meliputi topik-topik seperti pelaburan di Asia Tenggara, AI selain teknologi kewangan dan gaya hidup. Sambil menikmati makanan yang lazat dan wain serta mengambil bahagian dalam permainan yang interaktif, pemimpin-pemimpin industri mengukuhkan hubungan mereka dengan PingWest demi kerjasama rentas sempadan yang berterusan.

Latar Belakang PingWest Beijing

Laman Sesawang: https://www.pingwest.com/
https://en.pingwest.com/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191224/2679179-1?lang=0

 

Source: PingWest
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Trade show news