omniture

XCMG Dinamakan dalam senarai 500 Jenama Paling Berpengaruh Dunia buat Julung Kali

XCMG
2019-12-27 09:19 260

NEW YORK, 27 Disember 2019 /PRNewswire/ -- World Brand Lab telah menamakan pengeluar peralatan pembinaan yang terkemuka di China, XCMG (SHE: 000425) sebagai salah satu daripada 500 Jenama Paling Berpengaruh di Dunia buat julung kalinya.

XCMG Dinamakan dalam senarai 500 Jenama Paling Berpengaruh Dunia buat Julung Kali
XCMG Dinamakan dalam senarai 500 Jenama Paling Berpengaruh Dunia buat Julung Kali

Senarai kedudukan tahun 2019 menilai pengaruh jenama, bahagian pasaran, kesetiaan jenama dan kepimpinan global lebih daripada 8,000 jenama terkemuka di seluruh dunia bagi memilih 500 yang paling berpengaruh. XCMG ialah salah satu daripada 40 buah syarikat Cina yang menerima penghargaan tersebut dan salah satu daripada hanya empat pengeluar jentera pembinaan di seluruh dunia yang berjaya dimasukkan ke dalam senarai kedudukan tersebut.

"Industri-industri pengilangan peralatan berkualiti tinggi menunjukkan kevitalan baharu dalam era digital. Dalam beberapa dekad yang lalu, industri jentera pembinaan Cina telah berkembang hasil daripada pelaburan yang besar dan peluang pembinaan. Selama 76 tahun. XCMG telah menerima perubahan dan menerajui transformasi dalam perjalanan untuk menjadi jenama antarabangsa kelas pertama," kata Lu Chuan, Naib Presiden XCMG.

XCMG sedang melalui jalan pembangunan yang "Termaju dan Mampu Bertahan" yang berakar umbi dalam inovasi dan kelestarian bagi menjamin kepuasan pelanggan.

Dengan memberi tumpuan pada produk, teknologi dan inovasi standard, XCMG berusaha untuk menyelesaikan masalah utama yang kritikal dalam industri yang menghalang pembangunan.

Produk-produk berkualiti tinggi daripada XCMG telah mencapai hasil yang mengagumkan dalam pasaran domestik dan antarabangsa. Kren rangkak 4,000 tan yang terbesar di Dunia telahpun menyempurnakan hampir 100 kerja-kerja mengangkat yang berjaya dan turut membuat penampilan sulung luar negaranya di Arab Saudi pada Oktober ini. Pelancaran jentera pengorek lombong 700 tan daripada XCMG telah menjadikan China sebagai negara keempat yang membangunkan dan mengilangkan jentera pengorek hidraulik melebihi 700 tan.

Program kebajikan awam sasaran global XCMG - termasuk 14 projek dalam lima sektor - telah mengubah kehidupan pelbagai orang. Setakat ini, XCMG telah mengambil bahagian dalam 20 operasi bantuan bencana utama, menyumbang sebanyak 30 juta yuan (USD 4.28 juta) dan membina 121 bilik bawah tanah air di Etiopia bagi memberi akses air yang selamat kepada 10,000 penduduk kampung dan pelajar.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 76 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan Dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 buah negara dan wilayah di seluruh Dunia dengan jumlah eksport tahunan mencecah USD 1.6 bilion.

Sila kunjungi www.xcmg.comFacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191224/2679167-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Advertising Auto Machinery Mining/Metals Transportation Awards