omniture

JMD Group of Companies Pilih Yardi Voyager

Yardi
2019-12-27 16:38 214

Pemilik dan pengurus hartanah multinasional menumpukan operasi pada penyelesaian pengurusan hartanah terhubung tunggal

SINGAPURA, 27 Disember 2019 /PRNewswire/ -- JMD Group of Companies berpangkalan di Singapura akan mengurus portfolio aset hartanah premiumnya dengan Yardi Voyager®, perisian pengurusan hartanah dan perakaunan berasaskan awan.

Pemberitahuan dan pelaporan waktu sebenar didayakan oleh Voyager — satu platform hujung-ke-hujung untuk pelbagai jenis hartanah — akan mendorong proses membuat keputusan eksekutif yang lebih pantas dan lebih bermaklumat buat JMD. Voyager akan mengutomasikan proses perniagaan bagi membantu JMD beroperasi dengan lebih cekap dan memperoleh ketelusan maksimum dalam seluruh portfolionya.

JMD akan menyelaraskan operasi sampingan dengan Yardi® PayScan, yang mengimbas invois ke dalam transaksi elektronik dan mengautomasikan aliran kerja kelulusan dan pembayaran vendor. Ia juga akan menggunakan Yardi® Fixed Assets yang membolehkan pemantauan aset-aset tetap daripada pengeluaran pesanan pembelian melalui pembelian, penggunaan dan penyusunan akhir.

"Kami berharap agar memperoleh kecekapan yang hanya boleh dicapai apabila pelbagai aktiviti operasi dan juga kewangan berkongsi sumber data yang sama dalam sistem awan yang direka khas untuk pengurusan hartanah," kata Jacqueline Wang, pengasas bersama dan pengarah untuk JMD.

"Yardi® mengalu-alukan JMD sebagai pelanggan dan berharap untuk melaksanakan platform yang akan mengurangkan jumlah kos pemilikan syarikat dan meningkatkan khidmat pelanggan," kata Neal Gemassmer, naib presiden antarabangsa untuk Yardi.

Lihat testimoni tentang nilai yang dibawa oleh Voyager kepada pelanggan-pelangaan hartanah di Asia.

Latar Belakang JMD Group of Companies

JMD Group of Companies ialah sebuah syarikat pelaburan hartanah dan pengurusan aset, JMD berbangga menjadi tuan tanah yang unik dan kreatif untuk aset-aset hartanah jangka panjang yang diurus olehnya. Kumpulan ini mengurus portfolio aset premium di seluruh wilayah termasuk hartanah komersial, bangunan perindustrian dan kediaman. Untuk maklumat lanjut kunjungi jmd.com.sg.

Latar Belakang Yardi

Yardi® membangunkan dan menyokong perisian pelaburan dan pengurusan hartanah yang utama dalam industri untuk semua jenis dan saiz syarikat hartanah. Ditubuhkan pada tahun 1984, Yardi berpangkalan di Santa Barbara, California dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan seluruh dunia dari pejabat-pejabat di Asia, Australia, Timur Tengah, Eropah, Afrika Utara dan Amerika Utara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi yardi.asia.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/737275/Yardi_Logo.jpg

 

 

Source: Yardi
Keywords: Commercial Real Estate Computer Software Computer/Electronics Real Estate