omniture

Pasport Terhebat Dekad ini - Kebangkitan pemburu kebebasan

Passport Index
2019-12-30 05:35 142

MONTREAL, 30 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Dalam dekad yang baru berlalu ini, kita menyaksikan kemunculan banyak trend baharu dan kejatuhan kejayaan-kejayaan lalu.  Namun apabila berbicara tentang dunia mobiliti global – tahun 2010an benar-benar meninggalkan kesan yang berpanjangan.

The fastest-growing passports of 2019 as per the Passport Index.
The fastest-growing passports of 2019 as per the Passport Index.

Menurut Laporan 2019 yang diterbitkan oleh Passport Index, platform kecerdasan mobiliti global terkemuka, pasport terhebat pada dekad ini bukanlah datang dari tempat yang biasa di Eropah, atau Amerika Utara, tetapi dari negara-negara yang di luar jangkaan yang perlahan-lahan menaiki kedudukan tertinggi carta.

Laporan Passport Index 2019 mengenal pasti trend yang sama dalam negara kepulauan yang meningkat naik secara perlahan-lahan dalam kedudukan sebagai pasport yang paling pantas berkembang, negara-negara Afrika pantas meninggalkan kedudukan terendah, dan banyak negara Kesatuan Eropah kekal tidak berubah dan selesa di kedudukan teratas.

Dunia semakin terbuka

Berbeza dengan persepsi popular, dalam era pembinaan benteng dan penutupan sempadan, dunia agak terbuka pada dekad yang lalu.

Laporan Passport Index 2019 merujuk kepada Skor Keterbukaan Dunia, berkongsi bahawa dunia sebenarnya kini 54% terbuka.

"Pada purata peningkatan 4% tahun-ke-tahun, ia sesuatu yang mengagumkan untuk mengandaikan bahawa menjelang 2035 seluruh dunia akan terbuka untuk pengembaraan," kongsi Armand Arton, Presiden Arton Capital.

Selesa di kedudukan teratas

Tidak menghairankan bahawa beberapa negara Eropah sering berubah-ubah kedudukan dalam kalangan 5 Teratas bagi pasport yang paling berkuasa dalam dekad yang lalu. Walaupun sesetengah mendominasi kedudukan tertinggi utama sedekad yang lalu, mereka yang berjaya pada hari ini amat berbeza sekali.  Satu kehilangan yang ketara ialah AS yang tidak atau kurang membuat kemajuan atau mendapat perhatian, meskipun Presiden Trump menjanjikan untuk "Menjadikan Amerika Hebat Semula".

Kebangkitan negara yang tidak dikenali

Banyak negara menyedari kepentingan kuasa pasport mereka.

Laporan Passport Index 2019 mendedahkan bahawa di sepanjang dekad ini, negara-negara yang kurang mendapat perhatian, seperti negara kepulauan dan bekas republik Soviet, yang menjadi bukti kepada kuasa memecahkan sempadan sebagai halangan dan menjadikannya sebagai laluan masuk kepada pertumbuhan.

Dari Vanuatu ke Moldova, Ukraine ke Taiwan, senarai yang mengujakan ini mendedahkan kebangkitan negara-negara bukan pilihan yang memberikan inspirasi; dengan kebanyakan passport melonjak melebihi 100% kuasa asal passport mereka dari tahun 2010.  Yang mencuri tumpuan dengan kedudukan Pertama dengan peningkatan 161% yang menakjubkan dalam kuasa pasportnya antara tahun 2010 dan 2019, ialah Unikorn Dekad ini.

Unikorn

Di kedudukan teratas sebagai Pasport Terhebat Dekad ini ialah Emiriah Arab Bersatu, memperoleh sejumlah lebih 111 pengecualian visa, yang kebanyakannya berlaku dalam tempoh 3 tahun yang lalu! Kejayaan dan pengekalan kedudukan teratas untuk  lebih setahun setakat ini, kebangkitan hebat UAE menjadi salah satu contoh paling mempesonakan bagi kejayaan mencapai matlamat negara.

Menuju ke atas

Hala tuju ideal bagi mana-mana pasport negara ialah meningkat naik, namun dua negara ini mempamerkan keazaman mereka untuk meningkat jauh lebih tinggi mengatasi yang lain. Laporan passport Index 2019 mendedahkan bahawa Angola dan China merupakan dua negara berkedudukan terendah sepuluh tahun lalu yang telah membuat lonjakan yang besar setakat ini.

Keluar daripada kedudukan terendah

Salah satu penemuan yang mengujakan dalam dekad ini adalah menyaksikan kebangkitan daripada kejatuhan dalam negara-negara Afrika dengan kedudukan rendah yang bukan sahaja menunjukkan peningkatan dalam kedudukan mereka tetapi berjaya keluar dari 10 Terbawah di sepanjang dekad yang lalu; termasuk Angola, Burundi, Kepulauan Comoros, Djibouti, dan Equatorial Guinea.

Merudum ke bawah

Peperangan di Syria telah memaksanya menurun ke tempat ketiga sebagai pasport terlemah dunia. Pada tahun 2010 Syria tidak berada di senarai kedudukan 10 terbawah. Maklumat penting ini memberikan gambaran korelasi antara keadaan ekonomi dan politik sesebuah negara dan kuasa pasportnya, dan boleh dilihat sekali lagi di Yemen, Wilayah Palestin dan Libya yang berada dalam senarai 10 terbawah.

Kekal di kedudukan bawah

Berada di bawah - perbezaannya mengejutkan. Kebanyakan negara yang berlaku peperangan dan kurang maju membentuk negara di kedudukan terendah. Tetapi apabila kita melihat dengan teliti perbezaan-perbezaan di permulaan dan akhir dekad ini, keadaan politik dunia kita terserlah.

Peralihan yang berdikit-dikit dari tahun ke tahun, negara-negara yang berkedudukan rendah yang tertera di dalam Laporan Passport Index 2019 telah kekal di bahagian bawah senarai, memberikan kurang 20% akses dunia kita kepada rakyat mereka.

Juara 2019

Tahun lepas ini mengilhamkan banyak kemajuan dan pertumbuhan mengejutkan dalam kalangan negara yang mengamalkan visi global. UAE kekal menjadi peneraju global, sambil menambah lagi lebih 12 negara kepada skor mobilitinya yang terus berkembang.

Sementara itu, negara-negara yang lain seperti Qatar, Rwanda, Ukraine, Macau, dan Indonesia berada tidak jauh di belakang, menunjukkan pertumbuhan dan kemajuan besar dalam kuasa pasport mereka tahun lalu.

Satu lagi negara dalam senarai Pasport yang Paling Pantas Berkembang 2019, ialah Arab Saudi, menunjukkan bahawa pasport utama ini mungkin telah memberi inspirasi kepada beberapa pengganti.

Pada tahun ini juga menunjukkan peningkatan kuasa pasport dengan negara-negara yang menawarkan Program Kerakyatan-melalui-Pelaburan. Salah satu faedah terhebat dari program ini adalah memberikan kebebasan pergerakan global, yang memperlihatkan tanpa ragu-ragu lagi, bahawa nilai mempunyai pasport yang mantap telah benar-benar menjadi trend global.

Dekad ini menjelaskan kepada kita satu perkara; akses dan kebebasan ialah pemangkin penting kepada evolusi dan kemajuan. Hanya ada satu cara untuk faedah dan peluang yang tiada tandingan bagi masa depan yang lebih cerah, baik untuk negara dan warganya, dan yang menguatkuasakan kepentingan dan kuasa peningkatan mobiliti global.

Latar Belakang Passport Index

Diperkasakan oleh Arton Capital, Passport Index telah menjadi platform kecerdasan mobiliti global paling popular di dunia yang menyediakan keperluan pengembaraan interaktif dan keupayaan untuk membanding, menentukan kedudukan dan menambah baik pasport berdasarkan skor mobiliti mereka.

Untuk maklumat lanjut: Hubungan Media: En. Hrant Boghossian, info@passportindex.org, T +1 514 935 6665

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1059802/Passport_Index_The_Greatest_Passports_of_the_Decade___The_Rise_o.jpg

Source: Passport Index
Keywords: Travel Survey, Polls & Research