LAS VEGAS, 6 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Huion, pembuat profesional bagi alat input tulisan tangan, membawakan tablet grafiknya yang baru diumumkan ke acara yang terkenal di dunia, Pameran Elektronik Pengguna, yang membolehkan pengunjung mendapat pengalaman langsung daripada produk baharu tersebut dan bertukar-tukar idea mereka tentang reka bentuk atau lukisan bersama individu-individu yang turut berkongsi hobi dan kerjaya yang sama seperti mereka.
Tablet pen Inspiroy HS611 dibangunkan khas untuk golongan muda kontemporari yang memburu identiti tersendiri disediakan dengan tiga warna, iaitu merah merjan, biru bersinar dan kelabu angkasa. Selain daripada koleksi warna untuk dipilih dan spesifikasi teknikal kompetitif, HS611 ialah tablet pen pertama dalam industri yang dicipta dengan bar media yang disepadukan pada bahagian atasnya. Pengguna boleh menyegarkan minda mereka malah mendapat inspirasi daripada melodi yang dimainkan apabila mereka melukis pada tablet. Bunyinya boleh dilaraskan dengan mudah dengan kekunci sentuh pada bar media, yang melaluinya pengguna boleh melangkau lagu-lagu dan menukar program yang sedang berjalan di komputer.
Bagi mereka yang lebih gemarkan paparan pen berbanding tablet pen, Kamvas 13, yang mempunyai dua port Type-C dan turut didatangkan dengan tiga warna, boleh memenuhi kebanyakan permintaan daripada artis digital, khususnya pelajar-pelajar sekolah seni yang mempunyai peruntukan belanja yang terhad untuk membeli barangan seperti alat input grafik. Walau bagaimanapun, untuk pekerja kreatif profesional terutamanya pereka dalaman, tablet grafik dengan saiz panel yang jauh lebih besar boleh melakukan kerja dengan lebih baik dan memberikan lebih kefleksibelaan kepada mereka; yang mana, Kamvas Pro 24 berbaloi untuk dipertimbangkan. Kamvas Pro 24, dilengkapi dengan skrin QHD dan resolusi paparan 2.5K, setakat ini merupakan produk dengan resolusi paparan tertinggi yang dikeluarkan oleh Huion. Di samping itu, 10 kekunci tekan yang terletak pada kedua-dua sisi panel boleh diprogramkan secara berasingan bagi merealisasikan 20 fungsi berbeza. Bar sentuh yang terletak secara simetri pada setiap sisi alat tersebut direka khas untuk memenuhi permintaan pengguna-pengguna yang menggunakan tangan kiri dan tangan kanan, yang merupakan penjelmaan mantra Huion, untuk Bear User Request in Mind, Encourage User Involvement and Fulfill Targets with User-oriented Thoughts (Sentiasa Ingat Akan Permintaan Pengguna, Galakkan Penglibatan Pengguna dan Penuhi Sasaran Dengan Pemikiran Berorientasikan Pengguna).
Bagi menyerlahkan dan berkongsi kreativiti anda serta mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk Huion, sila kunjungi www.huion.com.
Untuk pertanyaan media:
Carlos Lin
+86-18820178551
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191219/2672218-1-a?lang=0
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191219/2672218-1-b?lang=0