omniture

InstaReM Tingkatkan Pengalaman Penggabungan Pelanggan di Malaysia Dengan e-KYC

InstaReM
2020-01-07 14:17 129

KUALA LUMPUR, Malaysia dan SINGAPURA, 7 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Warganegara Malaysia dan golongan ekspatriat di Malaysia yang perlu membuat bayaran tetap ke luar negara, kini boleh menantikan proses onboarding yang mudah dengan ciri Know Your Customer elektronik (e-KYC, Kenali Pelanggan Anda elektronik) yang dilaksanakan oleh InstaReM.

Secara tradisi, pemeriksaan KYC telah dijalankan sendiri, satu proses yang rumit dan mengambil masa. Menyedari cabaran-cabaran yang terlibat bagi mematuhi undang-undang untuk pelanggan, pengawal atur kewangan Malaysia Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan rangka kerja e-KYC pada tahun 2017.

Melancarkan operasi Malaysia pada tahun 2017, InstaReM, kini dikuasakan oleh platform pembayaran NIUM yang dilancarkan baru-baru ini, ialah salah satu teknologi kewangan kiriman wang rentas sempadan digital yang pertama melaksanakan proses e-KYC susulan pengeluaran rangka kerja e-KYC oleh BNM.

Prajit Nanu, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif InstaReM, berkata, "Kami sedar akan cabaran-cabaran pelanggan semasa mematuhi norma KYC dengan kaedah-kaedah tradisional. Hasil daripada pendekatan berpandangan ke hadapan BNM, pelaksanaan e-KYC oleh InstaReM menjadikan perkara mudah untuk semua orang. Apa yang anda perlu dilakukan ialah melog masuk ke akaun anda dan memuat naik dokumen yang diperlukan berserta gambar anda di laman sesawang kami – dan anda bersedia untuk menikmati perkhidmatan pemindahan wang luar negara yang terkenal cepat dan berkesan kos ke lebih 60 destinasi!"

Know-Your-Customer (KYC) adalah satu proses kritikal dimana semua institusi kewangan wajib melaksanakannya bagi pengesahan dan pengesahsahihan identiti pelanggan bagi menilai risikonya dan juga merupakan keperluan yang sah untuk mematuhi undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Memerangi Pembiayaan Keganasan. e-KYC menyingkirkan kesukaran daripada proses onboarding, seraya menjadikannya lebih mudah dan lancar.

Dengan proses e-KYC digital-sepenuhnya daripada InstaReM, yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk dilengkapkan, pengguna dari mana-mana pelosok Malaysia boleh menyempurnakan KYC mereka dari keselesaan rumah atau pejabat mereka.

Latar Belakang InstaReM

  • InstaReM berpangkalan di Singapura ialah sebuah syarikat pembayaran rentas sempadan digital dengan kehadiran seluruh dunia.
  • InstaReM melancarkan operasinya di Malaysia pada tahun 2017.
  • InstaReM dikuasakan oleh platform pembayaran yang dijenamakan semula baru-baru ini, NIUM 
  • Satu-satunya syarikat pembayaran rentas sempadan digital dari Asia meliputi lebih 40 buah negara, InstaReM telah mencipta jaringan pembayaran unik yang dimanfaatkan oleh institusi kewangan, PKS dan individu untuk menjadikan bayaran rentas sempadan pantas dan berkos rendah kepada lebih daripada 55 buah negara.
  • Sejak memulakan operasi, InstaReM telah mengumpul US$ 59.5 juta dalam tiga pusingan pendanaan. Pelabur-pelabur awalnya termasuk Global Founders Capital, Vertex Ventures, Fullerton Financial Holdings, SBI-FMO Emerging Asia Financial Sector Fund, MDI Ventures dan Beacon Venture Capital.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.instarem.com/

Hubungan Media: 

Manessha Kunaselan
+60176954427
manessha.kunaselan@instarem.com

Samrat Manchekar
+91-9820151565
samrat.manchekar@instarem.com

 

Source: InstaReM
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services