omniture

Hamad Bin Khalifa University Buka Pusingan Kemasukan 2019-2020

Hamad bin Khalifa University
2020-01-08 12:08 117

DOHA, Qatar, 8 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Hamad Bin Khalifa University (HBKU) menerima permohonan untuk 35 program antara bidangnya merentas enam kolej yang pantas berkembang untuk tahun akademik 2019-2020.

Hamad Bin Khalifa University Opens 2019-2020 Admissions Cycle
Hamad Bin Khalifa University Opens 2019-2020 Admissions Cycle

Pada tahun akademik 2018-2019, universiti ini mengalami pengambilan yang terbesar olehnya yang terdiri daripada lebih 370 orang pelajar baharu yang mencakupi 46 kerakyatan, 26 peratus daripadanya merupakan rakyat Qatar. Badan pelajar semasa HBKU mewakili lebih daripada 60 kerakyatan, 34 peratus daripadanya merupakan warga Qatar. Satu senarai multinasional dengan lebih daripada 75 anggota fakulti terus menambah kepelbagaiannya sendiri kepada pengalaman akademik HBKU.

Tahun akademik 2019-2020 menyaksikan pengenalan dua program baharu. Sarjana Sastera dalam Komunikasi Antara Budaya Kolej Kemanusiaan dan Sains Sosial (CHSS) merupakan ijazah yang pertama seumpamanya di Qatar. Pelajar-pelajar akan terlibat dalam aktiviti penyelidikan, pendidikan dan bantuan bagi memahami cabaran-cabaran dalam persekitaran antara budaya masa kini yang berubah-ubah di Qatar dan seluruh dunia. Program Doktor Falsafah Sains Juridikal Kolej Undang-undang (CL) juga merupakan ijazah doktor falsafah intensif-penyelidikan sepenuhnya yang pertama di Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Dijangkakan bahawa program ini akan mewujudkan komuniti yang bersemangat dengan para cendekiawan undang-undang yang akan mengambil alih jawatan mengajar di universiti-universiti dan peranan kerajaan di Qatar, rantau MENA dan selanjutnya.

Kedua-dua program ijazah tersebut menjadikan tawaran kursus HBKU sehingga 35 program yang terdapat dalam seluruh enam kolejnya. Pada tahun akademik 2018-2019, universiti berkenaan memperkenalkan lapan program baharu: Sarjana Sastera dalam Etika Islam Gunaan daripada Kolej Pengajian Islam, PhD dalam Kemanusiaan dan Sains Sosial daripada Kolej Kemanusiaan dan Sains Sosial; Sarjana Sistem Maklumat dalam Pengurusan Kesihatan serta Sarjana Sains dalam Pengurusan Sukan (ijazah bersama dengan University of South Carolina) daripada Kolej Sains dan Kejuruteraan; Sarjana Undang-undang dalam Undang-undang Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri serta Sarjana Undang-undang dalam Undang-undang Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa daripada Kolej Undang-undang; Sarjana Sains dalam Sains Senaman daripada Kolej Kesihatan dan Sains Hayat (ijazah bersama dengan University of South Carolina); serta Sarjana Dasar Awam yang ditawarkan oleh Kolej Dasar Awam.

Mengulas mengenai pembukaan kitaran kemasukan, Dr. Emad El-Din Shahin, dekan CIS dan provos interim HBKU, berkata: "Kami sentiasa berpandangan ke hadapan untuk bersiap sedia menghadapi tahun akademik yang sibuk di HBKU. Proses kemasukan ialah salah satu saluran kami yang paling penting bagi menonjolkan bagaimana program akademik HBKU menyediakan peluang yang tiada tandingan untuk penyelidikan dan penemuan. Pelajar-pelajar yang mendaftar dalam program-program kami boleh menantikan peluang-peluang yang menonjolkan bagaimana kami memaklumkan keupayaan penyelidikan kebangsaan, berkolaborasi dengan institusi-institusi akademik yang terkemuka di dunia, membangunkan pemimpin dan usahawan masa depan dan membentuk penyelesaian baharu demi mencetuskan kesan yang positif di dalam mahupun di luar negara. Akhirnya, kami berharap agar dapat menginspirasikan calon-calon pelajar untuk belajar bersama kami dan mendukung komitmen kami bagi menyerlahkan potensi insan."

Kemasukan ke program HBKU kini boleh dilakukan melalui www.hbku.edu.qa. Hamad Bin Khalifa University (HBKU) kerap mengadakan acara-acara bagi menonjolkan aktiviti dan projek penyelidikannya.

Latar Belakang Hamad Bin Khalifa University 

Menginovasi Hari Ini, Membentuk Masa Depan 

Hamad Bin Khalifa University (HBKU), anggota Qatar Foundation untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Masyarakat (QF), ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai sebuah universiti intensif-penyelidikan yang bertindak sebagai pemangkin demi perubahan transformatif di Qatar dan wilayah tersebut sekaligus memberi impak global. Terletak di Bandar Pendidikan, HBKU komited untuk membina dan memupuk keupayaan manusia melalui pengalaman akademik yang diperkaya, ekosistem inovatif dan perkongsian yang unik. HBKU menyediakan program-program ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana pelbagai bidang melalui kolej-kolejnya, serta menyediakan peluang-peluang penyelidikan dan biasiswa melalui institut-institut serta pusat-pusatnya. Untuk maklumat lanjut tentang HBKU, kunjungi www.hbku.edu.qa.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/770031/HBKU_Logo.jpg  

Photo- https://mma.prnewswire.com/media/1062050/HBKU_Opens_2019_2020_Admissions_Cycle.jpg

 

Source: Hamad bin Khalifa University
Related Links:
Keywords: Education Higher Education New products/services