omniture

Quectel Perkenal Modul Automotif Baharu Pacu Industri Auto Ke Arah Era 5G

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
2020-01-09 06:03 324

LAS VEGAS, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal global yang terkemuka bagi modul selular dan GNSS, hari ini mengumumkan siri modul komunikasi baharu yang menyasarkan sektor kereta terhubung 5G di CES 2020. Modul gred-automotif baharu daripada Quectel termasuk AG550Q, modul Sub-6GHz Radio Baharu 5G (NR 5G) baharu, modul EAP automotif AG215S, dikhususkan untuk senario C-V2X dan modul Wi-Fi AF50T. Ketiga-tiga modul ini adalah berasaskan Penyelesaian Tanpa Wayar Automotif Qualcomm daripada Qualcomm Technologies, Inc., subsidiari Qualcomm Incorporated. Ia direka bentuk bagi menyediakan ketersambungan awan berbilang gigabit, perkhidmatan lokasi yang lebih baik dan keselamatan yang dipertingkat bagi menyokong peningkatan keperluan kereta terhubung dan keadaan penggunaan pemanduan berautonomi.

Modul NR 5G AG550Q, yang menyokong kedua-dua mod NSA dan SA, adalah berasaskan kepada Platform 5G Automotif Qualcomm® Snapdragon™ berkelayakan AEC-Q100. Modul ini mematuhi keperluan IATF 16949 dan mengikuti proses kualiti automotif seperti APQP dan PPAP bagi menangani keperluan yang mendesak daripada peranti automotif.

Mengguna pakai teknologi 3GPP Rel. 15, AG550Q menyokong kelajuan tinggi dan kependaman ultra rendah bagi memudahkan keselamatan yang lebih baik dan kualiti perkhidmatan untuk perkhidmatan misi kritikal. Modul NR 5G berbilang mod bersifat serasi ke belakang dengan teknologi 4G, 3G dan 2G sedia ada. Ini memastikan agar kereta akan kekal terhubung tanpa mengira di mana ia bergerak dalam rangkaian berkenaan.

Modul AG550Q Quectel menawarkan ciri-ciri Keselamatan Siber hebat, yang melibatkan but selamat perisian tegar, Persekitaran Pelaksanaan Dipercayai (TEE), tembok api rangkaian, kawalan akses kukuh SELinux, protokol keselamatan TLS/SSL dan banyak lagi.

Modul AG550Q kini berada dalam peringkat sampel kejuruteraan manakala AG215S akan membuat pensampelan bermula pada Januari 2020. Ketiga-tiga modul tersebut akan dipamerkan semasa CES di reruai No. 2601 Quectel.

Teks penuh disediakan di laman sesawang Quectel: https://www.quectel.com/infocenter/news/611.htm

Latar Belakang Quectel

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd. (Kod Saham: 603236.SS) ialah pembekal global yang terkemuka bagi modul-modul selular dan GNSS, dengan portfolio produk yang luas merangkumi teknologi tanpa wayar yang paling terkini iaitu 5G, LTE/LTE-A, NB-IoT/LTE-M, UMTS/HSPA(+), GSM/GPRS dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular yang profesional, Quectel berupaya untuk menyediakan perkhidmatan sehenti kepada modul selular IoT. Produk-produk Quectel telah digunakan secara meluas dalam bidang IoT/M2M termasuk pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, gerbang tanpa wayar, industri, penjagaan kesihatan, pertanian dan pemantauan persekitaran. Untuk maklumat lanjut, emelkan kepada info@quectel.com atau kunjungi laman sesawang Quectel, LinkedIn, Facebook dan Twitter.

Source: Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Auto Computer/Electronics Telecommunications Transportation New products/services Trade show news