omniture

Systech International bakal Diambil Alih oleh Dover Corporation

Systech International
2020-01-09 10:50 90

Pemerolehan perluas jangkauan & skala global Brand Protection Suite™ Systech

PRINCETON, New Jersey, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Systech International ("Systech") hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian muktamad untuk diambil alih oleh Dover Corporation ("Dover"). Dover ialah pengeluar global yang pelbagai, menyediakan peralatan dan komponen inovatif, sistem khusus, bekalan guna habis, perisian dan penyelesaian digital serta perkhidmatan sokongan. Susulan penutupan urus niaga berkenaan, Systech akan menjadi sebahagian daripada unit perniagaan Markem-Imaje Dover, pembekal global bagi penyelesaian pengenalpastian dan kebolehkesanan produk dalam segmen Pengimejan dan Pengenalpastian Dover.

Systech beribu pejabat di Princeton, New Jersey dan diiktiraf sebagai perintis dalam melindungi jenama-jenama farmaseutikal dan pengguna dalam seluruh rantaian bekalan global. Systech menyediakan penyelesaian perlindungan jenama digital kepada 19 daripada 20 pengeluar farmaseutikal global terbaik dan berkembang menerusi penyelesaiannya yang inovatif dan terbukti dalam vertikal berkaitan seperti penjagaan peribadi, kosmetik, wain & minuman beralkohol serta peralatan perubatan. Memandangkan penyelesaian paling terkini berciri analog dan aditif, Systech memperkasa pemilik-pemilik jenama untuk mendigitkan penyelesaian perlindungan jenama mereka melalui kaedah bukan aditif dan perlindungan tanpa keraguan daripada ancaman pemalsuan global yang semakin meningkat.

"Penyepaduan dengan Markem-Imaje akan meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Systech serta menyokong agenda inovasi teknologi bercita-cita tinggi kami. Pemerolehan berkenaan akan turut meningkatkan skala pelaksanaan, mempercepatkan inovasi dan membantu menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada kumpulan pelanggan global kami dan juga rakan kongsi kami," kata Ara Ohanian, Ketua Pegawai Eksekutif Systech. En. Ohanian menyambung, "Penyelesaian kami bersifat pelengkap dan gabungan penawaran tersebut akan mengukuhkan janji jenama kami untuk membawakan produk yang autentik, selamat dan terhubung dalam seluruh rantaian bekalan, bermula daripada pembuatan ke tangan pengguna."

Terma-terma urus niaga tidak didedahkan. Urus niaga berkenaan tertakluk kepada syarat-syarkat penutupan biasa yang dipenuhi, termasuk kelulusan kawal selia yang berkaitan dan dijangka selesai pada suku pertama tahun 2020. Atlas Technology Group dan Chiesa Shahinian & Giantomasi, PC masing-masing berperanan sebagai penasihat kewangan dan penasihat undang-undang Systech.

Latar Belakang Systech International:

Systech International, sebuah syarikat yang berpangkalan di Princeton, New Jersey, telah membangunkan suit perisian inovatif dengan penyelesaian pengesahan dan kebolehkesanan bagi memerangi pemalsuan, mencegah penyimpangan dan memenuhi pematuhan kawal selia. Berdasarkan pengalaman selama berdekad-dekad sebagai peneraju dalam penyirian farmaseutikal, Systech merevolusikan perlindungan jenama dengan suit komprehensifnya yang memberi pandangan pada waktu sebenar, data produk boleh diambil tindakan, sambungan digital dan fungsi penglibatan pengguna yang diperlukan untuk memerangi ancaman rantaian bekalan. Jenama-jenama global dalam industri-industri bergantung pada Systech untuk memastikan produk mereka autentik, selamat dan terhubung tatkala mereka melalui rantaian bekalan. Kunjungi www.systechone.com untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang Dover:

Dover ialah pengeluar global yang pelbagai dengan pendapatan tahun mencecah kira-kira $7 bilion. Dover membawakan peralatan dan komponen inovatif, sistem khusus, bekalan guna habis, perisian dan penyelesaian digital dan perkhidmatan sokongan melalui lima segmen operasi: Produk Direkayasa, Penyelesaian Pengisian Bahan Api, Pengimejan & Pengenalpastian, Pam & Penyelesaian Proses serta Peralatan Penyejukan & Makanan. Dover menggabungkan skala global dengan ketangkasan operasi untuk memimpin pasaran yang mendapat khidmat kami. Diiktiraf untuk pendekatan keusahawanannya selama lebih 60 tahun, pasukan Dover dengan kira-kira 24,000 kakitangan menerima penetapan minda pemilikan, berkolaborasi dengan pelanggan bagi menakrifkan semula apa yang dapat dijayakan. Beribu pejabat di Downers Grove, Illinois, Dover berdagang dalam Bursa Saham New York di bawah "DOV." Maklumat tambahan disediakan di www.dovercorporation.com.

Latar Belakang Markem-Imaje:

Markem-Imaje, subsidiari milik penuh tidak langsung Dover, ialah pengeluar dunia yang dipercayai bagi penyelesaian pengenalpastian dan kebolehkesanan produk, menawarkan barisan penuh pancut dakwat yang andal dan inovatif, pemindahan haba, laser serta sistem label cetak dan guna. Markem-Imaje memberi jangkauan global kepada lebih 50,000 pelanggan dengan 30 subsidiari, 6 pusat teknologi, beberapa pusat pembaikan peralatan dan kilang pembuatan dengan portfolio penandaan dan pengekodan yang paling komprehensif yang tersedia dalam pasaran. Maklumat tambahan disediakan di www.markem-imaje.com.

Perhubungan Media:
Jefferson Barr
Naib Presiden – Pemasaran
(609) 235 8446
jefferson.barr@systechone.com 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/461585/Systech_Logo.jpg

Source: Systech International
Related Stocks:
NYSE:DOV
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Acquisitions, mergers, takeovers