omniture

TCL menang Anugerah Emas TV QLED 8K di CES 2020 sebagai pengiktirafan inovasinya

TCL
2020-01-10 04:12 110

LAS VEGAS, 10 Januari 2020 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pemain utama dalam industri televisyen global, dianugerahkan penghormatan tertinggi oleh International Data Group (IDG) di CES 2020. Penghargaan penting yang dimenangi oleh syarikat ialah "Anugerah Emas TV QLED 8K 2019-2020" untuk Siri X premium X915.

Anugerah ini mengiktiraf daya saing produk TCL yang mengagumkan dan juga teknologi inovatif yang utama dalam industri.

Anugerah ini disampaikan sebagai sebahagian daripada Upacara Penganugerahan Jenama-jenama Utama Global yang ditaja oleh IDG, diadakan pada 8 Januari di Wynn & Encore Hotel di Las Vegas, Nevada. Juri yang terdiri daripada pakar-pakar global dan media berpengaruh memutuskan pemenang-pemenang dan mengambil kira aspek-aspek jenama-jenama yang berbeza. Pemenang-pemenang perlu menunjukkan kekuatan mereka dalam inovasi dan menunjukkan bahawa mereka berada di barisan hadapan dalam industri mereka.

TCL QLED TV 8K X915
TCL QLED TV 8K X915

"TCL menjadikan kehidupan pintar dengan teknologi inovatif dan kami teguh membawakan pengalaman tontotan yang terbaik kepada pelanggan kami di seluruh dunia," kata Kevin Wang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Industrial Holdings dan TCL Electronics.

X915 ialah model QLED yang terkini dalam Siri X unggulan TCL, menyediakan pengguna dengan pengalaman hiburan premium yang disokong oleh teknologi paparan rintis. X915, yang disediakan dengan model 75-inci dan 65-inci, ialah TV QLED TCL yang mempunyai 8k, Teknologi Paparan Titik Kuantum dan teknologi pengimejan HDR Dolby Vision®. X915 menggunakan Teknologi Pemalapan Setempat, yang membolehkan kawalan cahaya belakang yang jitu dilakukan bagi memberi kontras yang dipertingkat, imejan ultra jelas. X915 diperakui oleh IMAX Enhanced® untuk membawakan pengalaman hiburan dalam rumah yang berkualiti tertinggi.

X915 juga mempunyai sistem audio Onkyo dan audio imersif Dolby Atmos® yang membawakan pengalaman mendengar yang luar biasa dengan bunyi yang memenuhi ruang bilik anda dan bergerak di sekitar anda dengan realisme yang menakjubkan.

* Spesifikasi dan saiz produk berbeza mengikut kawasan. Ketersediaan produk berbeza mengikut rancangan pelancaran tempatan.

* Dolby, Dolby Atmos dan Dolby Vision ialah tanda dagangan berdaftar Dolby Laboratories, Inc.

Latar Belakang TCL

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang pantas berkembang dan penggiat utama dalam industri TV global. Ditubuhkan pada tahun 1981 di China, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk-produk barangan elektronik pengguna bermula daripada televisyen, produk audio dan kediaman pintar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200109/2686793-1?lang=0

Source: TCL
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Retail Television Awards