omniture

CAS Lancar Keupayaan Retrosintetik Prediktif Baharu dalam SciFinder-n

CAS
2020-01-13 11:51 117

Penyelesaian generasi seterusnya percepatkan lagi penjanaan idea dan kecekapan dalam membangunkan sintesis kimia baharu

COLUMBUS, Ohio, 13 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan mereka untuk membantu pemimpin-pemimpin penyelidikan dan pembangunan (R&D) mempercepatkan penemuan saintifik, hari ini, CAS, sebahagian daripada Persatuan Kimia Amerika, mengumumkan pelancaran keupayaan retrosintetik rintis dalam SciFindern. Penyelesaian reka bentuk sintetik berbantu-komputer (CASD) ini menggunakan teknologi AI, diperkasa oleh himpunan tiada tandingan daripada CAS dengan kandungan tindakan yang dipilih atur oleh saintis dan memanfaatkan teknologi ChemPlanner memenangi anugerah daripada John Wiley and Sons, Inc. untuk mengenal pasti pada masa kini laluan retrosintetik ramalan untuk sebatian yang diketahui dan baharu.

"Perancangan sintetik ialah langkah kritikal dalam saluran R&D dan sering menjadi hambatan ketara yang menghalang kepantasan untuk dibawa ke pasaran," kata Tim Wahlberg, Naib Presiden, Pengurusan Produk di CAS. "Pelanggan memberikan sambutan yang amat baik terhadap keupayaan retrosintetik baharu yang kami lancarkan dalam SciFindern tahun lalu dan kami teruja untuk melanjutkan teknologi ini dengan peningkatan prediktif yang membolehkan ahli kimia untuk menjadi lebih inovatif, lebih yakin dan lebih cekap dengan signifikan."  

Perancang retrosintesis SciFindern menggunakan enjin retrosintetik yang canggih bagi membina laluan untuk sebatian yang dikehendaki yang terdiri daripada langkah-langkah tindak balas percubaan dan ramalan daripada 121 juta tindak balas dalam himpunan CAS yang dikumpul selama lebih 110 tahun daripada kajian kimia. Kandungan saintifik dipilih atur manusia CAS diiktiraf sebagai yang paling komprehensif di dunia. Menggandingkan AI dengan set data yang unik dan berkualiti tinggi ini dapat memaksimumkan kuasa teknologi CASD bagi memberi pandangan baharu untuk membantu menyelesaikan cabaran sintesis yang membebankan. 

Rancangan dinamik dan interaktif yang dibangunkan dalam SciFindern membolehkan ahli kimia untuk menyemak langkah-langkah tindak balas alternatif dengan mudah, menyediakan cara yang intuitif untuk menginspirasikan pemikiran baharu, menilai strategi sintetik alternatif dan membandingkan pendekatan taktikal. Keupayaan retrosintetik SciFindern' menyokong aliran kerja R&D kimia yang kritikal termasuk mensintesis inovasi entiti molekul baharu, peningkatan skala tindak balas dan pengenalpastian peluang untuk perkembangan baharu dalam pembangunan kaedah. Usaha mempercepatkan langkah-langkah penting dalam saluran R&D ini akan membolehkan pelanggan SciFindern' membawa lebih banyak inovasi baharu ke pasaran dengan lebih pantas.

Latar Belakang CAS 
CAS, sebahagian daripada Persatuan Kimia Amerika yang mengkhusus dalam penyelesaian maklumat saintifik, bekerjasama dengan organisasi-organisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di seluruh dunia untuk memberi pandangan yang boleh diambil tindakan yang dapat membantu mereka merancang, menginovasi, melindungi inovasi mereka dan meramalkan sejauh mana pasaran dan peluang baharu akan berkembang. Penyelidik saintifik, ahli profesional paten dan pemimpin perniagaan di seluruh dunia merentas sektor komersial, akademik dan kerajaan bergantung pada penyelesaian dan perkhidmatan kami untuk memberi khidmat nasihat berhubung penemuan dan strategi. Memanfaatkan kandungan tiada tandingan kami, teknologi khusus dan kepakaran manusia yang tiada bandingan untuk menyesuaikan penyelesaian yang akan memberi organisasi anda kelebihan maklumat. Menerusi pengalaman selama lebih 110 tahun, tiada sesiapa yang lebih mengetahui tentang maklumat saintifik daripada CAS. Ketahui lebih lanjut di www.cas.org.

Latar Belakang SciFindern
SciFindern, penyelesaian terbaharu dan paling canggih dalam kelompok SciFinder®, membolehkan penyelidik menghapuskan kekangan produktiviti dan mempercepatkan usaha inovasi mereka untuk dipasarkan. Dengan akses dioptimum kepada himpunan kandungan CAS yang tiada bandingan, penyelesaian perancangan sintetik dan enjin kaitan kimia yang paling canggih dalam industri, SciFindern merupakan rakan kongsi makmal saintis yang membolehkan mereka menjalankan kajian terbaik mereka dalam masa yang singkat.

Perhubungan Media CAS:
Tina Tomeo
614-447-3600
cas-pr@cas.org 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1029755/CAS_Logo.jpg

 

Source: CAS
Related Links:
Keywords: Chemical Computer/Electronics New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)