QINGDAO, China, 13 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Haier (Shanghai: 600690), pengeluar perkakas rumah yang terkemuka di dunia, telah muncul sebagai jenama perkakas utama yang terbaik seluruh dunia bagi tahun ke-11 berturut-turut, menurut Senarai Kedudukan Jenama Perkakas Utama Global 2020 Euromonitor International. Penghargaan ini adalah susulan usaha berterusan oleh Haier untuk memperoleh kedudukan bertaraf global dengan menggabungkan jenama-jenama yang terkemuka di dunia ke dalam portfolionya sekaligus mempercepatkan ekosistem IoT revolusionernya.
Disusun setiap tahun oleh Euromonitor International, penyedia global yang terkemuka bagi risikan perniagaan, laporan berkenaan menyusun jenama-jenama perkakas bertaraf dunia mengikut nilai jualan runcit. Selain disenaraikan pada kedudukan pertama untuk perkakas global utama, Haier menduduki tempat pertama bagi Peti Sejuk untuk 12 tahun berturut-turut, kedudukan pertama bagi Mesin Basuh selama sembilan tahun, kedudukan pertama bagi Penyejuk Beku selama sepuluh tahun dan kedudukan pertama bagi Pendingin Wain Elektrik selama 11 tahun.
"Kami berbesar hati kerana sekali lagi menjadi jenama perkakas utama yang terbaik di dunia buat tahun ke-11 berturut-turut. Haier tekal berusaha untuk mendengar keperluan pengguna yang berubah-ubah dan beradapatasi terhadapnya, sambil memanfaatkan sekaligus teknologi yang canggih agar menonjol dalam pasaran," kata Wang Ye, Naib Presiden dan Pengurus Besar Kediaman Pintar bagi Haier Home Appliance Industry Group.
Penguasaan Haier dalam segmen perkakas rumah adalah hasil daripada komitmen berterusan terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan keupayaannya untuk menyesuaikan model perniagaannya kepada teknologi terkini dan trend pengguna. Sepanjang dekad yang lalu, industri perkakas rumah berubah secara radikal seiring dengan kenaikan internet, IoT, AI dan 5G. memilih untuk tidak hanya mengikuti trend, Haier telah menakrifkannya menerusi produk-produk revolusioner, bermula daripada mesin basuh Clean-Free kepada peti sejuk dengan kotak simpanan segar.
Hal ini bersedia untuk diteruskan pada masa depan: semasa ulang tahun ke-35nya, Haier mendedahkan peringkat pembangunannya yang seterusnya, yang meletakkan penyesuaian, globalisasi dan jenama ekosistem IoT sebagai teras strateginya.
Sentiasa mengusahakan cara baharu untuk terlibat bersama pengguna, Haier turut melaksanakan model R&D 10+N "RenDanHeYi" pada dekad yang lalu – satu platform keusahawanan terbuka yang menyepadukan sumber-sumber global yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hasrat Haier untuk memperbaharui masa depan hanya mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat perkakas penting yang terkemuka di dunia. Dalam era Industri 4.0, Haier baharu telah muncul untuk memenuhi pengalaman yang semakin sofistikated yang dituntut oleh pengguna dalam era kediaman pintar terhubung. Daripada mengilangkan perkakas pintar, Haier merekayasa ekosistem kediaman pintar yang memanfaatkan IoT dan perkakas pintar bagi meningkatkan kualiti hidup. Dalam sebuah syarikat yang menduduki tempat pertama, Haier melancarkan aplikasi Kediaman Pintar Haier rasminya pada tahun 2019, yang membolehkan pengguna untuk menyesuaikan tanpa henti pengalaman kediaman pintar mereka mengikut senario pengguna, berbanding produk-produk. Video strim langsung yang mengiringi pelancaran aplikasi ini – dalam sehari, Haier menerima lebih 31,337 pesanan untuk lebih 2,440 reka bentuk kediaman yang berbeza.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200110/2687947-1?lang=0