omniture

YuppTV Peroleh Hak Siaran Digital untuk BCCI Home Season

YuppTV
2020-01-13 20:47 128

Pengguna YuppTV di Benua Eropah, Asia Tengah, negara-negara SAARC & rantau MENA boleh menyaksikan semua aksi Secara Langsung 

NEW DELHI, 13 Januari 2020 /PRNewswire/ -- YuppTV, platform OTT yang terkemuka di dunia untuk benua Asia Selatan, telah memperoleh hak-hak siaran digital untuk BCCI Home Season. Berikutan perkembangan berkenaan, pengguna YuppTV di negara-negara utama di seluruh dunia akan berpeluang untuk menyaksikan aksi sukan kegemaran mereka secara langsung pada platform tersebut. BCCI Home Season menampilkan aksi bersemangat antara Sri Lanka, Australia, Afrika Selatan dan India.

Mr_Uday_Reddy
Mr_Uday_Reddy

YuppTV membawakan aksi sukan yang mengujakan kepada penggunanya yang tersebar merentas Benua Eropah dan Asia Tengah. Pengguna YuppTV di negara-negara SAARC (kecuali India) juga boleh menyaksikan aksi sukan secara langsung. Selain itu, pengguna di Timur Tengah dan Afrika Utara, juga dapat menonton sukan tersebut secara langsung.

Mengulas mengenai perkembangan terkini berkenaan, En. Uday Reddy, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif YuppTV, berkata, "Di YuppTV, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan penyelesaian kandungan dan hiburan yang terbaik kepada diaspora Asia Selatan. Bagi tujuan yang serupa, kami gembira kerana memperoleh hak untuk BCCI Home Season dan menjadikannya lebih mudah untuk pengguna kami menyaksikan aksi sukan secara langsung dan di mana-mana juga. Kami pasti bahawa pengguna kami akan dapat menikmati akses yang mudah dan pada waktu sebenar sukan kegemaran mereka, terus pada peranti pilihan mereka."

Peminat-peminat kriket di seluruh dunia boleh menyaksikan siri terkini di YuppTV. Mereka boleh melog masuk di www.yupptv.com atau mengakses yang sama melalui aplikasi YuppTV pada TV pintar, pemain Blu-ray pintar, pemain media penstriman, konsol permainan video, telefon pintar dan juga tablet.

Latar Belakang YuppTV:

YuppTV ialah salah satu penyedia perkhidmatan TV berasaskan Internet dan Atas-permintaan yang terbesar di dunia untuk kandungan Asia Selatan, menawarkan lebih 200 saluran TV dan lebih 2000 buah filem di India. YuppTV, baru-baru ini menerima pendanaan daripada Emerald Media, sebuah platform Pan-Asia yang ditubuhkan oleh firma pelaburan global terkemuka KKR untuk melabur dalam sektor media dan hiburan, yang mana Emerald Media memperoleh kepentingan minoriti yang penting dalam syarikat pada nilai US$50 juta. Terdahulu, YuppTV mengumpul pusingan pendanaan Siri A daripada Poarch Creek Indian Tribe of Alabama.

Perhubungan Media: 
Manjusha K
manjusha@yupptv.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/839837/YuppTV_Logo.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1064797/Mr_Uday_Reddy.jpg


 



 

 

 

Source: YuppTV
Keywords: Broadcast Technology Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Television Contracts