omniture

iSTOX Peroleh Dana USD 5 Juta daripada Hanwha Asset Management Korea

iSTOX
2020-01-15 03:07 271

SINGAPURA, 15 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Platform pasaran modal generasi seterusnya iSTOX telah memperoleh pelaburan sebanyak USD 5 juta daripada Hanwha Asset Management, syarikat pengurusan aset komprehensif yang terkemuka di Korea Selatan.

Dari kiri ke kanan: Yong Hyun Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Hanwha Asset Management dan Danny Toe, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ICHX Tech
Dari kiri ke kanan: Yong Hyun Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Hanwha Asset Management dan Danny Toe, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ICHX Tech

Pelaburan oleh pemimpin kewangan Korea tersebut dalam iSTOX adalah susulan perkongsian yang serupa dengan Kiatnakin Phatra Financial Group Thailand dan Tokai Tokyo Financial Holdings Jepun. Pemegang-pemegang saham utama yang lain untuk iSTOX termasuk Singapore Exchange (SGX), bursa berbilang aset antarabangsa yang terkemuka di Asia dan Heliconia, subsidiari Temasek Holdings yang memberi tumpuan untuk melabur dalam syarikat-syarikat yang berkembang pantas.

"Tatkala iSTOX terus berkembang, hubungan kami bersama rakan-rakan kongsi seperti Hanwha membolehkan kami untuk membina asas yang hebat bagi membangunkan iSTOX untuk menjadi perkhidmatan rintis yang dapat menangani keperluan pelabur-pelabur abad ke-21 yang semakin berkembang," kata Danny Toe, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ICHX Tech berpangkalan di Singapura yang mengendalikan platform iSTOX. "Perkongsian ini akan menjadi suatu kepentingan yang lebih besar pada awal tahun 2020 apabila iSTOX beralih kepada status operasi penuh."

Beribu pejabat di Seoul, Hanwha Asset Management menawarkan rangkaian penuh produk pelaburan kewangan dalam bentuk ekuiti, pendapatan tetap, pelaburan alternatif dan strategi berbilang aset di seluruh Korea, Asia Tenggara, China, A.S. dan seterusnya. Ia merupakan subsidiari Hanwha Life dan merupakan pemegang saham terbesar dalam Hanwha Investment & Securities.

iSTOX ialah platform pasaran modal dikawal selia yang pertama dalam mana-mana pusat kewangan utama yang menyokong terbitan, penjagaan dan perdagangan sehenti sekuriti digital. Memanfaatkan kuasa kontrak pintar yang canggih dan teknologi lejar teragih bagi menyelaraskan proses terbitan dan perdagangan, iSTOX berusaha untuk menakrifkan semula pasaran modal persendirian dengan membolehkan pelabur dan penerbit untuk berhubung dan berurus niaga secara langsung. Dibandingkan dengan tempat perdagangan tradisional, iSTOX ialah alternatif yang lebih fleksibel, berpatutan dan inklusif serta menawarkan pilihan pelaburan yang sebelum ini tidak dapat diakses.

Kini didaftarkan dalam Sandbox Pengawalseliaan Teknologi Kewangan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS), iSTOX dijangka akan menamatkan program tersebut pada suku pertama tahun 2020.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200113/2690296-1?lang=0

Source: iSTOX
Keywords: Banking/Financial Service Mutual Funds Licensing/marketing agreements