omniture

"Tolong Selamatkan Koala," Gesa Ty Warner, Lancar Beanie Boo Baharu untuk Bantu Australia

Ty Inc.
2020-01-15 03:50 252

Semua keuntungan daripada Katy Koala disumbangkan kepada pertubuhan yang menyelamatkan hidupan liar Australia

OAK BROOK, Illinois, 15 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Ty Warner telah mencipta Katy Koala bagi membantu hidupan liar Australia yang terancam. 100% daripada semua keuntungan daripada jualan asal akan disumbangkan kepada WIRES.


"Diharapkan agar Beanie Boo istimewa ini akan dapat meningkatkan kesedaran di seluruh dunia tentang kebakaran dahsyat ini yang memarak ke seluruh Australia dan akan memberi bantuan kepada semua hidupan liar yang terjejas akibat tragedi ini," kata Ty Warner, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Ty Inc.

Latar Belakang Ty Inc.
Ty Inc. ialah pengeluar yang terbesar bagi patung plush di dunia. Katy Koala boleh didapati di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Ty.com

Latar Belakang WIRES (NSW Wildlife Information, Rescue and Education Service Inc.)
WIRES ialah pertubuhan penyelamat hidupan liar yang terbesar di Australia dan telah menyelamat dan menjaga haiwan-haiwan asli sejak tahun 1985. Ia dilancarkan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan bukan untung pada Mac 1986 dengan misinya untuk aktif memulihkan dan memelihara hidupan liar Australia dan menginspirasikan orang lain untuk melakukan perkara yang sama. WIRES mempunyai 28 cawangan dan lebih 2500 sukarelawan yang terlibat dalam operasi menyelamat dan menjaga hidupan liar di NSW dan mereka membantu banyak haiwan yang sakit, menjadi 'yatim', cedera dan tersingkir setiap tahun. WIRES Rescue Office beroperasi 365 hari setahun agar komuniti dapat melaporkan apabila terlihat haiwan-haiwan asli yang mengalami kesusahan.


 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1076615/Ty_Inc_Save_the_Koala.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1076616/Katy_Koala.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1076096/Ty_Logo.jpg 

Source: Ty Inc.
Related Links:
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys Children-related news Corporate Social Responsibility New products/services Not for profit