omniture

Webb Fontaine Dianugerah Kontrak Dengan Kementerian Pembangunan Ekonomi untuk Republik Maldives

Webb Fontaine
2020-01-16 01:07 148

MALÉ, Maldives, 15 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Webb Fontaine, penyedia penyelesaian yang terkemuka untuk pemudahan perdagangan oleh kecerdasan buatan dan sistem IT generasi baharu, dianugerahkan kontrak selama lima tahun bersama Kementerian Pembangunan Ekonomi untuk Republik Maldives bagi memasang, mengkonfigurasi dan menyelenggara platform National Single Window (NSW) siap guna untuk Perdagangan di Maldives.

Dijangka beroperasi menjelang lewat tahun hadapan, Maldives National Single Window (MNSW) akan menyelaraskan prosedur-prosedur perdagangan antarabangsa dengan menyediakan platform bersepadu untuk operasi perdagangan, pengangkutan dan logistik. Ia akan mendayakan ketelusan, pelepasan lebih pantas, memotong kos dengan mengurangkan kelewatan dan meningkatkan pematuhan perdagangan. Ia seterusnya akan mengoptimumkan pemprosesan maklumat import dan eksport dengan keyakinan dan kebolehramalan buat komuniti perdagangan di Maldives.

Kontrak antara Webb Fontaine dan Kementerian Pembangunan Ekonomi untuk Republik Maldives merupakan sebahagian daripada pacuan negara ke arah pendigitan dan merupakan langkah yang besar ke arah yang betul buat komuniti perdagangan Maldives.

Didier Reymond, Ketua Pegawai Eksekutif di Webb Fontaine berkata, "Perjanjian antara Webb Fontaine dan Kementerian Pembangunan Ekonomi untuk Republik Maldives melambangkan pencapaian penting buat kedua-dua pihak. Dengan pelaksanaan MNSW, masa dan kos akan dapat dikurangkan dengan ketara baik untuk agensi-agensi kerajaan mahupun pemegang-pemegang kepentingan sektor swasta. Ia akan membantu menghapuskan ketidakcekapan yang kini timbul daripada prosedur-prosedur yang kebanyakannya menggunakan kertas."

Pelaksanaan MNSW akan menyediakan Maldives dengan pentadbiran kastam yang moden dan berkesan, prosedur-prosedur perniagaan yang diperkemas dan telus serta perdagangan barangan yang lebih baik dalam sektor swasta untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana.

Yang Berhormat Fayyaz Ismail, Menteri Pembangunan Ekonomi, Republik Maldives berkata, "Perkongsian kami bersama Webb Fontaine merupakan bukti komitmen kami sebagai sebuah negara untuk memodenkan dan menyelaraskan prosedur-prosedur perdagangan semasa kami. Berusaha bersama-sama untuk meningkatkan dan mengoptimumkan platform perdagangan antarabangsa kami akan memberi kesan positif yang amat besar terhadap kemudahan menjalankan perniagaan bersama Maldives."

Menerusi lebih 15 pejabat dalam pelbagai pasaran di seluruh dunia, Webb Fontaine telahpun bekerjasama dengan entiti-entiti kerajaan dan swasta yang berbeza untuk menyediakan mereka dengan penyelesaian teknologi bagi memudahkan proses-proses perdagangan. Penyelesaian dan perkhidmatan inovatifnya direalisasikan di Pusat-pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang berperanan di seluruh dunia untuk memastikan ia digunakan dengan betul dan cekap. Terletak di Armenia, Perancis dan Filipina; pusat-pusat R&D Webb Fontaine membuat pelaburan yang sangat besar dalam usaha ini, dilengkapi dengan teknologi disruptif seperti AI dan pembelajaran mesin untuk tekal membangunkan penyelesaian baharu buat pelanggannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Webb Fontaine dan suit penyelesaian teknologinya, sila kunjungi: www.webbfontaine.com 

 Latar Belakang Webb Fontaine: 

Dipercayai oleh kerajaan seluruh dunia, Webb Fontaine menyediakan penyelesaian seluruh industri bagi mempercepatkan pembangunan dan pemodenan perdagangan. Syarikat menggunakan teknologi unik termasuk Kecerdasan Buatan untuk membolehkan negara-negara muncul sebagai peneraju demi masa depan perdagangan.

Pemindahan pengetahuan menjadi teras dalam Webb Fontaine; terdiri daripada sepasukan pakar yang berkhidmat di seluruh dunia, memperkasa masyarakat setempat dan juga kerajaan.

Sebagai peneraju industri yang mempunyai pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terbesar dalam industri, Webb Fontaine tekal membangunkan amalan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan negara, sempadan dan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.webbfontaine.com 

 

Source: Webb Fontaine
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Contracts