omniture

Califia Farms Sempurnakan Pembiayaan $225 Juta Bersejarah dengan Kumpulan Pelabur Global yang Pelbagai

Califia Farms
2020-01-16 03:02 113

Pendanaan Sediakan Califia Farms, syarikat makanan dan minuman berasaskan tumbuhan, dengan modal jangka panjang dan sokongan global untuk pengembangan pesat yang berterusan dan perubahan pasaran tenusu dan kopi sedia diminum bernilai lebih $1 trilion  

LOS ANGELES, 15 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Califia Farms®, sebuah syarikat makanan dan minuman berasaskan tumbuhan dimiliki secara bebas yang terkemuka, ditubuhkan oleh individu berwawasan produk asli Greg Steltenpohl, mengumumkan bahawa ia telah menyempurnakan salah satu pengumpulan modal persendirian yang terbesar dalam sektor makanan asli, melalui pembiayaan Siri D bernilai $225 juta yang dipimpin oleh Qatar Investment Authority (QIA). Pelabur-pelabur lain dalam pembiayaan ini termasuk syarikat pelaburan yang beribu pejabat di Singapura Temasek, Claridge yang berpangkalan di Kanada, Green Monday Ventures yang berpangkalan di Hong Kong dan keluarga yang berpangkalan di Amerika Latin yang mempunyai kepentingan yang besar dalam kopi dan produk-produk pengguna.

Califia Farms Completes Landmark $225 Million Financing with Diverse Group of Global Investors
Califia Farms Completes Landmark $225 Million Financing with Diverse Group of Global Investors

Kumpulan pelabur baharu ini akan mengambil kepentingan minoriti dalam Califia Farms, dengan wakil-wakil daripada QIA, Temasek dan Claridge menyertai Lembaga Califia, bersama-sama pengasas Greg Steltenpohl dan pelabur-pelabur sedia ada iaitu Sun Pacific, Stripes dan Ambrosia.

Permintaan untuk minuman berasaskan tumbuhan meningkat secara mendadak di seluruh dunia tatkala pengguna mencari alternatif tenusu yang lebih sihat dan dengan rasa yang hebat. Pusingan pendanaan terkini ini akan membantu Califia Farms meneruskan kejayaan platform oatnya dan melancarkan barisan produk yang lain. Hasil kutipan juga akan membolehkan Califia untuk terus melabur dalam peningkatan kapasiti pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang besar, penembusan A.S. yang lebih mendalam dan pengembangan global yang berterusan.

Diilhamkan oleh Queen Califia yang menjadi legenda, senama bagi negeri California, Califia Farms ditubuhkan pada tahun 2010 dan menjadi salah sebuah syarikat skala makanan dan minuman asli yang paling pantas berkembang di A.S. dan pasaran-pasaran antarabangsa terpilih. Califia mempunyai misi untuk menemui dan berkongsi 'apa yang dapat dilakukan oleh tumbuhan' bagi membantu manusia mengubah tahap kesihatan mereka dan menerima pakai 'jejak makanan'1 karbon lebih rendah.

Califia berharap dapat bekerjasama dengan kumpulan pelabur yang lebih global, tatkala syarikat terus berkembang dan memenuhi misinya. "Industri tenusu dan kopi sedia-diminum bertaraf global yang bernilai lebih $1 trilion ini bersedia untuk mengalami perubahan berterusan, dengan individu-individu di seluruh dunia berusaha untuk mengubah kesihatan & kesejahteraan mereka melalui penerimaan makanan yang diproses secara minimum dan diperkaya dengan nutrien yang lebih baik untuk planet ini dan juga haiwan," kata Greg Steltenpohl, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Califia. "Peranan Califia adalah untuk membantu menanam masa depan."

"Kepantasan dibawa ke pasaran adalah kritikal untuk syarikat-syarikat di peringkat kami dan kami teruja kerana rakan-rakan kongsi baharu kami berkongsi visi kami untuk menjadi jenama bebas yang terkemuka dalam sektor berasaskan tumbuhan. Setiap satu daripada rakan kongsi kami membawakan sumber penting dan kepakaran global bagi mempercepatkan peringkat pertumbuhan kami yang seterusnya," tambah beliau.

Barclays bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif dan satu-satunya ejen penempatan kepada Califia Farms berhubung peningkatan modal manakala Akin Gump berkhidmat sebagai penasihat undang-undang.

Hubungi: Press@califiafarms.com   *  Instagram dan Twitter: @CalifiaFarms
#PlantTheFuture
www.califiafarms.com

Latar Belakang Califia Farms (disebut "Cal-ih-FEE-ah" seperti California)
Diilhamkan oleh Queen Califia, senama mitos negeri California, Califia Farms yang berpangkalan di Los Angeles ditubuhkan pada tahun 2010 dan telah menjadi salah sebuah syarikat minuman asli yang paling pantas berkembang di A.S. Terkenal kerana menawarkan minuman berasaskan tumbuhan yang paling lazat dalam pasaran, dipakejkan dengan cara yang kreatif dalam botol melengkung yang unik, Califia kini merupakan jenama Susu Tumbuhan (Plant Milk), Krimer Tanpa Tenusu (Dairy Free Creamer) dan Kopi Sedia-Diminum (Ready-to-Drink Coffee) disejukkan yang terkemuka dalam saluran Asli dan Istimewa. Minuman susu tumbuhan premium Califia menjadikannya mudah untuk orang ramai untuk membuat pilihan 'didayakan tumbuhan' yang lazat yang menghasilkan pengurangan 60-80 peratus gas rumah hijau berbanding apabila meminum susu lembu2. Baru-baru ini, Califia melancarkan barisan produk rintis minuman Susu Oat (Oat Milks), Yogurt Probiotik Tanpa Tenusu (Dairy Free Probiotic Yogurt) dan kopi Bru Sejuk Nitro (Nitro Cold Brew). Califia mempunyai misi untuk mengembalikan makanan kepada tujuan berkhasiat asalnya dengan mengaplikasikan daya kreativiti dan inovasi untuk menghasilkan makanan serta minuman berasaskan tumbuhan yang baik untuk anda dan juga baik-untuk-dunia.

1 Poore, J. & Nemecek, T. (2018). Reducing food's environmental impacts through producers and consumers. Science. 
2
Geyer, R. and Kendall, A. (2018) Cradle to Gate Life Cycle Assessment of Califia Almondmilk. Universities of California at Davis and Santa Barbara.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1076916/Califia_Funding_Annoucement_Image.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/806617/Califia_Farms_Logo_Logo.jpg

 

Source: Califia Farms
Related Links:
Keywords: Beverages Food/Beverages Retail Venture Capital