LAS VEGAS, 16 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Skyworth, peneraju peralatan pintar dan teknologi maklumat, memperkenalkan sistem kediaman pintarnya dan rangkaian penuh perkakas rumah pintar baharu di Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2020 yang dibuka pada 7 Januari di Las Vegas.
TV Ultra HD 8K Q91 Skyworth dan siri TV OLED Lekat Dinding W81, dipaparkan kepada dunia buat julung kalinya pada 5 Januari, menerajui barisan produk di kawasan pameran Skyworth di acara tersebut. Siri Q91 kini menggamit perhatian industri dengan konfigurasinya yang sangat versatil yang bukan sahaja menyokong 120FPS 8K untuk gambar berdefinisi lebih tinggi, tetapi juga dilengkapi dengan skrin keras IPS 8K yang memberi sudut tontonan yang lebih luas serta respons yang lebih pantas, membawakan kualiti imej yang konsisten serta jelas dari sebarang sudut. Selain itu, siri ini juga mempunyai salah satu cip TV yang paling berkuasa di dunia, MediaTek S900C TV SoC dengan sokongan untuk resolusi 8K, membolehkan pemprosesan dan penghuraian imej yang lebih lancar dan lebih pantas. Dengan reka bentuk OLED Lekat Dinding dan struktur terpisah yang dapat dilekatkan pada dinding dengan mudah dan hanya berukuran 4.6mm lebar pada titiknya yang paling tipis, siri W81 menakrifkan semula produk-produk TV tipis-lekat dinding.
Di samping itu, Skyworth turut menampilkan buat julung kalinya barisan model baharunya termasuk OLED telus, berserta model-model berputar dan bingkai, selain penyelesaian estetik yang telah digelar oleh syarikat sebagai "Suzhou Chinese Circle TV" ("TV Lingkaran Cina Suzhou"), antara lain dengan ciri-ciri yang unik dan hiasan yang menukarkan set televisyen kepada sekeping perabot yang sesuai dengan seluruh reka bentuk dalaman rumah di tempat unit tersebut dipasang.
Kawasan pameran perkakas dapur Skyworth turut menggamit perhatian yang cukup besar. Sebagai blokbuster baharu Skyworth bagi tahun 2020, hud dapur tergantung Skyworth dengan skrin tipis yang dipertingkat dengan AI juga diperkenalkan buat julung kalinya, menawarkan akses mudah kepada resipi melalui skrin pintar 13" dan sistem kawalan interaksi suara awan terbina dalam yang memainkan muzik dan video, dan benar-benar mencapai interaksi AI bagi perkakas dapur pintar.
Kawasan lampu pintar Skyworth di CES turut mengejutkan pengunjung dengan lampu meja OLED. Lampu OLED mempunyai ciri berbeza yang tidak berbahaya kepada mata, seraya menjadikan teknologi tersebut sebagai sumber cahaya yang paling disyorkan untuk membaca. Saling bersambung dengan sistem kediaman pintar Skyworth, kepala boleh laras pada lampu meja OLED tersebut mudah dipindahkan bagi memberi sumber cahaya kepada kedudukan yang paling sesuai untuk membaca, manakala reka bentuk badan yang ringkas juga dapat melengkapkan seluruh persekitaran rumah.
Zon Pengalaman Kenderaan Pintar juga sesak dengan pengunjung, dengan skrin LCD 7", cermin pandang belakang penstriman 9" dengan konsol pusat berserta aksesori automotif pintar lain menarik banyak perhatian. Skyworth telahpun bekerjasama dengan lebih daripada sedozen pembuat kereta, termasuk Geely, Renault, Brilliance Auto, Beijing Hyundai dan Borgward bagi menyediakan komponen dan aksesori yang sepadan selaras dengan ciri-ciri teknikal dan keperluan ujian setiap jenama dan model automobil.
Turut dipamerkan di kawasan VR Skyworth ialah penyelesaian penstriman langsung VR 8K hujung-ke-hujung, dengan pensuisan arbitrari berbilang kamera dan kebolehan untuk menambah teks, suara dan kesan khas selain ciri-ciri lain yang memenuhi keperluan penstriman langsung VR 8K untuk acara permainan video. VR Skyworth telah menubuhkan pasukan pengeluaran kandungan VR khas bagi menghasilkan siri drama VR 8K proprietari dan pada tahun 2020, merancang untuk melancarkan lebih 100 jam video 8K yang menampilkan tempat-tempat tarikan pelancongan yang paling terkenal di China serta 15 sketsa pendek VR 8K bagi memenuhi keperluan kandungan dalam seluruh industri.
Dalam era saling hubungan, sistem kediaman pintar berkembang pantas menjadi suatu keperluan untuk setiap rumah, dengan prospek pasaran yang lebih luas bagi tahun 2020. Skyworth, dengan skrin pintarnya sebagai medium dan teknologi kawalan pintar sebagai teras, telah membina sistem kediaman pintar yang benar-benar membezakannya daripada pesaing-pesaingnya dengan membawakan sesuatu yang diharapkan oleh pembeli belah pada tahun baharu.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200114/2686851-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200114/2686851-1-b?lang=0