- Syarikat iPermainan antarabangsa, Ganapati PLC, mengumumkan perkongsian dengan lelaki terpantas di dunia, Usain Bolt
- Perkongsian ini akan menyaksikan pembangunan permainan slot dalam talian Usain Bolt rasmi yang akan dilancarkan pada musim panas ini
- Permainan ini, Usain Bolt, yang akan menampilkan imejan juara pelari pecut ini, bersedia untuk dipromosikan oleh Bolt sendiri di ICE London pada 5 Februari
LONDON, 16 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat iPermainan antarabangsa, Ganapati PLC, mengumumkan satu perkongsian bersama tidak lain tidak bukan lelaki yang paling pantas di dunia, Usain Bolt. Pembangun permainan bertaraf global dan jaguh pecut ini telah berganding bahu untuk menghasilkan permainan slot dalam talian Usain Bolt rasmi pertama, yang akan dilancarkan pada musim panas ini.
Syarikat iPermainan antarabangsa, Ganapati PLC, mengumumkan satu perkongsian bersama tidak lain tidak bukan lelaki yang paling pantas di dunia, Usain Bolt. Pembangun permainan bertaraf global dan jaguh pecut ini telah berganding bahu untuk menghasilkan permainan slot dalam talian Usain Bolt rasmi pertama, yang akan dilancarkan pada musim panas ini.
Syarikat ini bekerjasama erat dengan Bolt bagi mencipta permainan slot yang mencerminkan dengan tepat minat beliau terhadap permainan bertemakan sukan, sekaligus menggabungkan unsur-unsur bertumpu hiburan yang terkenal bagi permainan Ganapati.
Sebagai persiapan untuk pelancaran permainan tersebut, Bolt sendiri akan menyertai Ganapati di acara yang terbesar dalam industri iPermainan bagi tahun ini, ICE London, diadakan di ExCel London pada bulan Februari. Pelancaran permainan ini pada lewat tahun ini akan berlangsung serentak dengan acara sukan terbesar dunia, yang diadakan di Tokyo.
Asalnya ditubuhkan di Jepun, Ganapati memiliki reputasi dalam industri iPermainan bagi membangunkan kandungan kasino dalam talian asal, yang dihasilkan secara unik dari Eropah dan juga Asia. Melaksanakan penajaan sukan yang strategik dan peluang-peluang jenama dengan berkesan, Ganapati menganggap syarikatnya sebagai jenama B2B dengan mentaliti B2C.
Kolaborasi terkini bersama Bolt ini, serta penerbitan permainan slot Manny Pacquiao rasmi oleh syarikat ini pada tahun lalu, menonjolkan dedikasi Ganapati terhadap strategi ini.
Berhubung kolaborasi ini, Usain Bolt mengulas: "Tahun 2020 bukan sahaja mengalu-alukan pertandingan sukan yang terbesar di dunia, tetapi juga kolaborasi baharu yang mengujakan antara saya sendiri dan pembangun iPermainan, Ganapati. Saya berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Ganapati bagi menghasilkan permainan slot dalam talian rasmi saya yang pertama seumpamanya – matlamat Ganapati untuk menghasilkan kandungan yang inovatif dan juga kreatif sesuai benar dengan jenama saya, menjadikan perkongsian ini sesuatu yang dijangkakan buat saya. Saya dan Ganapati telah mengusahakan permainan ini bersama-sama dalam tempoh yang agak lama dan saya tidak sabar-sabar untuk berkongsi produk akhir bersama anda semua."
Ketua Pegawai Operasi Ganapati PLC, Juliet Adelstein, berkata: "Perkongsian antara Ganapati dan Usain Bolt ini adalah amat mengujakan dan memperlihatkan betapa besarnya kami telah berkembang dalam tempoh yang amat singkat. Usain bekerjasama erat dengan kami bagi menghasilkan permainan istimewa ini dan kami berdua tidak sabar-sabar untuk menantikan pelancaran permainan slot Usain Bolt rasmi pada lewat tahun ini."
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1075917/Ganapati.jpg
Hubungi: sales@ganapati.com