omniture

Kelestarian Solar: Menara Pusat Projek CSP 700 MW oleh Shanghai Electric dan DEWA Disempurnakan di Dubai

Shanghai Electric
2020-01-20 23:59 487

SHANGHAI, 20 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Kemajuan yang besar telah dibuat dalam projek kuasa solar tertumpu 700 MW Dubai, diumumkan sebagai projek CSP tapak tunggal yang terbesar di dunia. Pada 9 Januari, sebuah upacara penyempurnaan aras tertinggi diadakan untuk menara pusat 222-meter projek ini, mengalu-alukan wakil-wakil dari Shanghai Electric - kontraktor utama projek ini - Dubai Electricity and Water Authority (DEWA), Noor Energy 1 dan China Construction Third Engineering Bureau.

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8676751-shanghai-electric-dewa-dubai-solar-power-project/

Keraian Pelengkapan Struktur Menara Penerima Solar
Keraian Pelengkapan Struktur Menara Penerima Solar

"SEGC (Shanghai Electric Group Company) menunjukkan kepada kami prestasi mereka yang cemerlang, menyelesaikan menara solar konkrit menurut jadual, walaupun mereka berdepan dengan cabaran yang hebat dalam pelaksanaannya," kata Enrique Valades Nieto, Pengurus Pembinaan Noor Energy 1.

Projek CSP 700 MW menandakan fasa keempat bagi Taman Solar Mohammed bin Rashid Al Maktoum di Dubai dan merupakan bahagian yang amat penting untuk inisiatif "Wawasan 2021" kerajaan UAE bagi menjamin pembangunan yang lestari dan mesra alam.

Selain daripada "Wawasan 2021", kerajaan turut melancarkan rancangan "Rancangan Strategi Tenaga 2050", yang bertujuan untuk meningkatkan sumbangan tenaga bersih dalam jumlah campuran tenaga daripada 25 peratus kepada 50 peratus menjelang tahun 2050. Sebaik sahaja beroperasi, loji CSP ini akan mengurangkan jejak karbon Dubai sebanyak 1.6 juta tan setiap tahun.

Kelestarian merupakan tumpuan projek ini. Shanghai Electric melantik pakar-pakar dan rakan-rakan kongsi untuk memindahkan haiwan liar dan 180 batang pokok mesquite di seluruh tapak yang berkeluasan 40 kilometer persegi ke taman hidupan liar baharu untuk meminimumkan impak pembinaan.

Projek ini juga bermatlamat untuk menghasilkan peluang pekerjaan kepada penduduk dan disokong oleh pasukan antarabangsa. Dianggarkan bahawa apabila projek ini berkembang maju, ia akan mencipta sekitar 6,000 pekerjaan dalam sektor teknologi, pengurusan tenaga dan pembinaan.

Latar Belakang Sistem Kuasa Solar Tertumpu  

Sistem kuasa solar tertumpu menjana kuasa solar dengan menggunakan cermin atau kanta untuk memusatkan kawasan luas cahaya matahari menjadi kawasan yang kecil. Tenaga elektrik dijana apabila cahaya yang tertumpu ditukarkan menjadi haba, yang memacu turbin stim yang disambungkan kepada penjana kuasa elektrik. Pengumpul kuasa solar daripada loji CSP 700 MW termasuk kedua-dua pengumpul menara dan tiub. Menara pusat merupakan komponen yang penting untuk loji ini dan digunakan untuk menerima semua cahaya matahari tertumpu daripada 70,000 cermin bagi meningkatkan suhu kepada lebih 500 ºC dan dengan haba ini dapat menggerakkan turbin stim yang disambungkan kepada penjana kuasa elektrik. Dengan jumlah ketinggian 267 meter, kini ia merupakan menara haba yang tertinggi di dunia.

Latar Belakang Shanghai Electric

Shanghai Electric Group Company Limited. (SEHK:2727, SSE:601727) terlibat khususnya dalam mereka bentuk, mengilang dan mengagihkan kuasa elektrik dan peralatan perindustrian. Fokus utamanya ialah pada tenaga baharu, termasuk pengilangan dan jualan turbin angin dan komponen dan peralatan kuasa nuklear; perniagaan tenaga bersih dan cekap, termasuk pengilangan dan jualan peralatan kuasa terma, peralatan transmisi dan pengagihan kuasa; peralatan perindustrian, termasuk pengeluaran dan jualan lif dan motor, industri perkhidmatan moden, termasuk pengambilan kontrak projek pembinaan kuasa terma dan projek transmisi dan pengagihan, selain perniagaan-perniagaan lain.

Source: Shanghai Electric
Keywords: Construction/Building Oil/Energy Utilities New products/services