omniture

Kat Von D Undur Diri + Jual Saham Pemilikan Kat Von D Beauty untuk Usahakan Rangkaian Kasut Vegan Dan Jelajah Muzik -- KENDO BRANDS Peroleh Kepentingan Lebihan, Namakan Semula KVD Vegan Beauty

KVD Vegan Beauty
2020-01-17 09:08 137

Selepas perkongsian selama 12 tahun, KENDO menjadi satu-satunya daya penggerak bagi jenama kecantikan vegan ini 

Jenama ini kekal komited terhadap alat solek berprestasi tinggi, vegan, bebas-kekejaman  

SAN FRANCISCO, 17 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Kat Von D Beauty hari ini mengumumkan bahawa pengasas Kat Von D telah melepaskan jawatan sepenuhnya daripada jenama tersebut untuk memberi tumpuan pada usaha artistik yang lain (iaitu rangkaian kasut vegan beliau dan album akan datang), seraya menjadikan KENDO sebagai satu-satunya pemilik dan daya penggerak di sebalik rangkaian kecantikan tersebut. Berkuat kuasa serta merta, jenama tersebut kini akan digelar KVD Vegan Beauty.  

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini:
https://www.multivu.com/players/English/8664451-kat-von-d-departs-from-namesake-brand-kendo-kvd-vegan-beauty/

Syarikat akan terus menawarkan rangkaian produk semasanya, serta mencipta alat solek berprestasi tinggi, vegan dan bebas-kekejaman yang baharu dan inovatif untuk pengguna di seluruh dunia. KVD Vegan Beauty terus menghargai ekspresi diri dan rasa ehsan, serta menjadi pengamal awal bagi kolaborasi yang dapat menarik perhatian bersama penghibur, jenama, pertubuhan seni dan badan kebajikan haiwan. Pembangunan jenama KVD Vegan Beauty dan produk-produk ikoniknya ialah hasil daripada perkongsian selama dua belas tahun antara Kat Von D dan KENDO.

David Suliteanu, Ketua Pegawai Eksekutif, KENDO menyatakan: 
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kat kerana membantu mengubah industri kecantikan bersama kami. Produk-produk yang kami hasilkan bersama-sama mampu bertahan lama dan menjadi ikon. KENDO, bersama-sama rakan kongsi jualan runcit global kami, SEPHORA, mengharapkan pertumbuhan berterusan KVD Vegan Beauty di bawah kepimpinan, pemilikan dan hala tuju KENDO. Kami berkedudukan kukuh untuk meneruskan pertumbuhan dan pembangunan jenama ini baik dalam produk mahupun pemasaran. Kami telah membangunkan saluran produk yang amat kukuh untuk tahun 2020 dan akan datang. Pasukan KENDO yang sama yang melakar sejarah bersama KVD Vegan Beauty bersedia melakukannya sekali lagi." 

Kat Von D , Pengasas dan Artis menjelaskan:
"Tahun lalu merupakan salah satu perubahan yang besar buat saya. Seperti yang diketahui ramai, saya melahirkan bayi lelaki comel saya, melancarkan rangkaian kasut vegan saya dan sekarang saya sibuk membuat persiapan untuk melancarkan album saya yang telah lama ditunggu-tunggu pada Musim Bunga, diikuti dengan jelajah antarabangsa! Walaupun saya berharap dapat mengimbangi semua ini, selain daripada meneruskan rangkaian alat solek saya, sudah jelas bagi saya bahawa saya tidak dapat melakukan segala-galanya pada kapasiti maksimum.   

Dengan itu, saya telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengasas (dan daripada semua kapasiti lain) Kat Von D Beauty dan menjual saham saya dalam jenama ini, menyerahkan semuanya kepada KENDO, rakan kongsi saya sepanjang 12 tahun yang lalu. Ini bukanlah satu keputusan yang mudah, namun selepas membuat pertimbangan yang teliti, saya memutuskan bahawa saya ingin rangkaian alat solek ini terus maju dan berkembang, dan KENDO bersedia untuk berbuat demikian." 

Jenama ini dilancarkan pada tahun 2008 dengan empat gincu merah. Hari ini, KVD Vegan Beauty mempunyai lebih daripada 250 produk inovatif dalam hampir setiap kategori kecantikan. Ia dijual di seluruh dunia, dalam setiap pasaran utama, dalam 36 buah negara di serata dunia, terutamanya di SEPHORA dan kvdveganbeauty.com. Sejak penubuhannya, KVD Vegan Beauty telah memenangi banyak anugerah, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, untuk rumusan, pempakejan dan pemasaran produk yang inovatif dan terbaik dalam kelasnya. Lantaran itu, ia berjaya menghasilkan senarai panjang produk jualan terlaris yang bertahan lama, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Tattoo Liner, ikon seluruh dunia dan produk #1 kami
  • Everlasting Liquid Lipsticks, mencetuskan revolusi gincu cecair
  • Shade + Light Contour Palette, membawa kepada kegilaan kontur
  • Go Big or Go Home Mascara, maskara vegan melebatkan yang didayakan oleh lemak berasaskan tumbuhan
  • True Portrait Foundation, krim asas vegan yang benar-benar ringan, cecair-kepada-bedak, berprestasi tinggi
  • Lolita, warna chestnut-rose sejagat yang digemari, dijual dalam gincu, celak dan penggaris bibir serta pelet pembayang mata.   

LATAR BELAKANG KVD VEGAN BEAUTY
KVD VEGAN BEAUTY ialah jenama kecantikan yang ikonik, global, berprestasi tinggi, vegan dan bebas-kekejaman yang mengubah industri sejak penampilan sulung jenama ini pada tahun 2008 -- dengan 4 gincu merah berpigmen tinggi, boleh dipakai lama dan bebas-kekejaman. Pada tahun 2010, kami mencipta celak #1 kami yang memenangi anugerah—Tattoo Liner—dan ia kekal menjadi produk yang dicari-cari yang tidak dapat ditandingi bagi celak cecair. Selepas mempelopori kegilaan gincu cecair, kami sekali lagi mengubah industri kecantikan pada tahun 2016 apabila kami merumuskan semula seluruh rangkaian produk kami menjadi 100% vegan, tanpa mengorbankan prestasi yang menjadikan kami terkenal. Hari ini, kami mempunyai lebih daripada 250 produk inovatif dalam setiap kategori, ratusan anugerah dan kami diedarkan dalam 36 buah negara di seluruh dunia secara eksklusif di Sephora, Sephora dalam JC Penney dan Debenhams di UK dan Ireland serta www.kvdveganbeauty.com // Ikuti kami @kvdveganbeauty.com

LATAR BELAKANG KENDO BRANDS
KENDO BRANDS satu-satunya pemilik dan pengendali KVD VEGAN BEAUTY. KENDO ialah inkubator jenama kecantikan inovatif yang mencipta dan memperoleh jenama-jenama kecantikan dan mengubahnya menjadi kuasa berpengaruh global: FENTY Beauty by Rihanna, Ole Henriksen Skin Care, Marc Jacobs Beauty, Bite Beauty, Lip Lab Stores dan KVD Vegan Beauty. Pejabat-pejabat KENDO berada di San Francisco, Paris, Dubai, London, Sydney dan Singapura.

 

Source: KVD Vegan Beauty
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Acquisitions, mergers, takeovers Broadcast feed announcements