omniture

Festival Koktel Singapura Kembali dengan Edisi Keenam mulai 15 hingga 22 Mei 2020

Singapore Cocktail Festival
2020-01-17 10:00 176

SINGAPURA, 17 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Festival Koktel Singapura (SGCF) kembali mulai 15 hingga 22 Mei 2020, yang melambangkan perayaan menerusi pusat tumpuan baharu Perkampungan Festival di Bayfront Event Space (bersebelahan Marina Bay Sands). Edisi tahun ini mengalu-alukan #SGCFBarAcademy ke Perkampungan tersebut, selain BarStar Award sulung, yang bertujuan untuk menonjolkan bakat-bakat pelayanan bar baru muncul antara bar-bar rakan kongsi Festival tersebut.

SGCF, yang menyaksikan 8,500 hadirin pada tahun 2019, ialah perhimpunan tahunan bagi penggemar koktel, pelayan bar, pemilik bar, pembuat minuman beralkohol dan duta jenama dari seluruh dunia. Temasya tersebut dimulakan dengan upacara penganugerahan Asia's 50 Best Bars pada 14 Mei 2020. Ini akan diikuti dengan lapan hari minuman beralkohol menerusi Rasa (Taste), Belajar (Learn) dan Bermain (Play) di Perkampungan Festival dan merentas bar serta restoran yang terbaik di bandar tersebut.

PERKAMPUNGAN FESTIVAL (15 HINGGA 17 MEI 2020)

Mulai 15 hingga 17 Mei 2020, Perkampungan Festival tersebut mencari pusat tumpuan baharu di Bayfront Event Space, tempat luar utama yang terletak bersebelahan dengan sisiran tepian air di Marina Bay. Perkampungan Festival tahun ini memaparkan suit pengalaman yang diperbaharui:

  • Astaka SGCF, membawakan 50 bar Terbaik yang diperakui seperti Hope & Sesame (Shanghai, China) dan The Old Man (Singapura); Perbualan perdagangan dianjurkan oleh #SGCFBarAcademy, tonggak pendidikan Festival berkenaan; dan '50 Minutes with 50 Best', dibawakan oleh organisasi The World's 50 Best Bars
  • Astaka Gin, menampilkan pembuat gin yang terkenal di dunia seperti Brass Lion Distillery, Hendrick's Gin, Monkey 47, Tanglin Gin dan Roku Gin
  • Astaka Wiski dan Rum, yang mana para peminat jenama-jenama seperti BenRiach, Glenglassaugh, Havana Club, Maker's Mark, Monkey Shoulder, Old Forester dan Woodford Reserve dapat berkumpul
  • Khemah Besar, yang menghimpunkan bar-bar terbaik Singapura seperti CÉ LA VI, CIN CIN dan Mitzo Restaurant & Bar; serta Bilik Merasa Minuman Beralkohol Artisan yang sentiasa popular

Persembahan muzik secara langsung dan set-set DJ oleh rakan kongsi muzik, CÉ LA VI dan NINETEEN80 akan merancakkan suasana, manakala Makanan Jalanan, yang menghimpunkan beberapa buah restoran kegemaran Singapura akan turut kembali. Untuk membeli tiket, sila ke www.singaporecocktailfestival.com.

ACARA-ACARA DI SEKITAR BANDAR (18 HINGGA 22 MEI 2020)

Mulai 18 hingga 22 Mei 2020, perayaan koktel tersebut diteruskan dengan promosi dan acara Festival yang berlangsung menerusi bar dan restoran yang mengambil bahagian di bandar tersebut. Semua promosi boleh ditebus melalui aplikasi Sluggr manakala tempat-tempat yang mengambil bahagian melibatkan IBHQ, Idlewild, Jekyll & Hyde, Origin Bar, Smoke & Mirrors dan banyak lagi. Bar Tours, yang membawa tetamu ke empat tempat koktel dalam satu malam, turut disediakan untuk tempahan.

Festival tahun ini menyaksikan pelancaran sulung BarStar Award, dibawakan oleh SGCF untuk menonjolkan pelayan-pelayan bar muda yang beraspirasi. Pertandingan berkenaan mencabar pelayan-pelayan bar untuk menghasilkan koktel yang dilhamkan oleh kejiranan bar yang diwakili oleh mereka. Pemenang akan muncul melalui undian yang dibuat oleh penulis minuman, pelayan bar dan juga pemilik bar yang terkenal.

Festival Koktel Singapura dianjurkan oleh The Events Artery dan Food News Integrated Marketing Agency. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.singaporecocktailfestival.com.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200109/2686805-1logo?lang=0

Source: Singapore Cocktail Festival
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Awards Future Events