omniture

Malaysia Bakal Ambil Bahagian dalam Master Design Challenge, Pusingan Akhir Dunia Pertandingan Reka Bentuk Ekspres Roca

Roca
2020-01-17 12:00 164

Pemenang-pemenang edisi pertama diadakan di Malaysia akan mengambil bahagian dalam pusingan akhir dunia besar-besaran di Barcelona, penanda aras dalam sektor reka bentuk.

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa pertandingan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

BARCELONA, Sepanyol, 17 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Syafa Mustaffa dan Aresha Suraya, dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, pemenang-pemenang bagi edisi pertama Roca One Day Design Challenge di Malaysia, pertandingan reka bentuk ekspres Roca, akan membuat perjalanan ke Barcelona, satu penanda aras dalam sektor reka bentuk, mulai 20 hingga 22 Januari bagi meraikan edisi pertama Master Design Challenge, bersama-sama pemenang-pemenang kesemua edisi yang diadakan di seluruh dunia pada tahun 2019.

Pusingan akhir dunia ini akan mencabar pereka-pereka muda untuk menunjukkan kualiti mereka bagi menemui siapa yang bakal menjadi pemenang dalam kalangan pemenang. Ia akan diadakan dengan kerjasama BCD (Barcelona Centre de Disseny) dan We Are Water Foundation.

Semua aktiviti akan memberi tumpuan pada inovasi, daya kreativiti, reka bentuk dan kelestarian dan akan diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bagi mencapai masa depan yang lebih baik buat semua.

Cadangan wakil-wakil dari 12 buah negara yang akan menyertai pusingan akhir ini akan dinilai oleh juri yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, terdiri daripada: João Bessa, pereka dan pengasas BESSA; Josep Congost, Pengarah Reka Bentuk dan Inovasi di Roca; Kenneth Koh, pengasas Quarters Architects; Isabel Pintado, Pengarah Urusan Serantau di Wilson Associates; Vladimir Pirozhkov, presiden pusat reka bentuk dan inovasi perindustrian 'Astra Rossa'; Isabel Roig, ketua pengarah Barcelona Center of Design; dan Xavier Torras, Pengarah Komunikasi Jenama Roca.

Pemenang akan berpeluang untuk menyertai sekolah Reka Bentuk dan Seni Bina Boisbuchet yang berprestij di Lessac, Perancis dan akan disampaikan dengan hadiah wang bernilai 3,000€ dan monitor BenQ untuk reka bentuk grafik yang bernilai 1,190 €.

Roca, jenama yang terkemuka bagi produk-produk untuk ruang bilik air, menganjurkan inisiatif-inisiatif ini bagi menonjolkan bakat muda. Roca One Day Design Challenge mula diadakan pada tahun 2012 dan sejak itu pengembangan antarabangsanya telah meningkat selama bertahun-tahun. Pertandingan ini mencabar pelajar-pelajar muda seni bina dan reka bentuk serta golongan profesional bagi mencipta produk-produk asli dan inovatif untuk ruang bilik air hanya dalam masa sehari.

 

Source: Roca
Keywords: Art Entertainment Environmental Products & Services Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Awards Conservation/Recycling